Bukan Fiksyen

Showing posts with label Bukan Fiksyen. Show all posts
Showing posts with label Bukan Fiksyen. Show all posts
Kombo ini mengandungi buku:
  1. Saiful Nang : Kisah Orang Menang
  2. Saiful Nang : Mat Jenin Sebenarnya Hero
===========================
Format: Paperback
Berat (kg): 0.88
Penulis: Saiful Nang
Penerbit: Puteh Press
===========================

 
RM 50.00
RM 55.00
Add to Cart
Semua orang boleh mengembara mengelilingi dunia jika ada keinginan dan usaha yang berterusan. Semua orang boleh menwan puncak pergunungan jika semangat juang yang tinggi. Sesiapa sahaja boleh meneroka kawasan mundur dan terpencil jika ada keberanian dan ketabahan.
Travelog ini membawa anda kepada pengalaman empat anak muda yang menjelajah pergunungan Annapurna di Banjaran Himalaya, Nepal. Mereka berjaya menamatkan pendakian walaupun berhadapan dengan salji tebal, suhu yang sangat sejuk, cuaca yang tidak menentu serta ancaman runtuhan salji.
Bagi mereka, tiada jalan pintas untuk berjaya melainkan perlu meneruskan langkah demi langkah hingga ke titik penamat selain menempuh liku-liku perjalanan dengan sabra dan tenang. Kekuatan fizikal yang dimiliki tidak membawa apa-apa makna dalam sesuatu pengembaraan jika ia tidak disokong oleh kekuatan mental.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 8.5" x 5.5"
ISBN-13: 9789671398203
Tarikh Terbit: Mac 2016
Jumlah Muka Surat: 144
Berat (Kg): 0.19
Penulis: Mohamad Jafri Ahmad
===========================

RM 22.00
Add to Cart
BADRUL HISHAM – Penulis buku travelog terlaris PBAKL 2015 yang telah berjaya mengayuh basikal dari London pulang ke Malaysia.
NORDIN YAHAYA – Telah mula mengembara dari tahun 80’an dan telah melihat lebih 60 buah negara dari 6 benua.
IDA YUNUS – Dua kali mengembara melalui perjalanan keretapi terpanjang didunia “Trans-Siberian” dan telah menjejakkan kaki ke Annapurna Base Camp.
RAFIEE GHANI – Seorang pelukis yang terkenal dan telah mengembara merentas benua bersama isteri dan anak kecil pada tahun 1987.
NAZRI ARSHAD – Lebih dikenali sebagai Moji, seorang pengembara solo yang pernah kehilangan passport diluar negara dan terkandas di tengah hutan Amerika Selatan.
SITI NORIDAH – “Kembara Afghanistan”, menjadi buku travelog pertama tulisan beliau dan pernah ditangkap oleh askar Afghanistan kerana dituduh sebagai agen perisik Pakistan.
WAZARI WAZIR – Jurufoto sepenuh masa yang terkenal di Malaysia dan tidak pernah lokek dengan ilmu pengembaraan dan ilmu mengetik kamera.
MEOR FARID ASYRADI – Sang musafir dan penulis buku “Travelog Mr. Traveller” yang telah terjual sebanyak 12,000 naskah hanya dalam lapan bulan hasil terbitan sendiri.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 8" x 5.5”
ISBN-13: 9789671412411
Tarikh Terbit: APRIL 2016
Jumlah Muka Surat: 212
Berat (Kg): 0.27
===========================


RM 25.00
Add to Cart
Musafir Duniawi adalah sebuah buku hybrid petua pengembaraan dan travelog musafir yang menjelaskan bagaimana seorang musafir duniawi boleh terus bermusafir, beserta bekal iman, kecekalan dan ketabahan dalam hati. Segala petua yang diperturunkan dalam pengalaman merentas 5 benua, 60 negara, pelbagai sejarah, agama dan budaya, berjuta rupa manusia, serta berbagai jenis perjalanan yang diambil sejak berusia dewasa 18 tahun. Susah senang, suka duka, tangis tawa, segalanya telah dibukukan sebagai petua dan pengalaman dalam buku ini.

Bumi Allah ini maha luas untuk dijelajah. Seluruh kehidupan pun belum tentu cukup untuk melalui dan mengalami semuanya. Cuma jika manusia tidak mula mengembara, seolah-olah satu halaman buku sahaja yang dibacanya. Halaman lain yang barangkali lebih indah, penuh kisah akan ditinggalkannya. Bumi Allah terlampau indah bagaikan alam mimpi. Hanya kesungguhan untuk bermusafir akan menjadikannya realiti!

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 8”
ISBN-13: 9789671412404
Jumlah Muka Surat: 232
Berat (Kg): 0.25
Penulis: Faiz Najmi
===========================


RM 25.00
Add to Cart
Ramai orang biasanya menganggap, dengan melakukan solat istikharah, mereka pasti mendapat keputusan dan pilihan yang betul. Malahan kadangkala, mereka seolah-olah menyuruh Tuhan yang maha mengetahui, supaya memilih untuk mereka, dan kemudian memberitahu mereka pilihan yang tepat hasil daripada solat istikharah yang dilakukan.

Mengapakah Istikharah Tidak Berjawab memberikan kita suatu dimensi kupasan, perihal konsep sebenar solat istikharah menurut sunnah, dan bukan menurut persepsi. Segalanya dikongsikan satu demi satu, iaitu:
  • Bagaimana keputusan dibuat tanpa melibatkan perasaan.
  • Bagaimana mahu menangani perasaan takut dalam memilih dan membuat keputusan.
  • Istikharah sebenar menurut Al-Quran dan As-Sunnah.
  • Panduan dan adab dalam melakukan solat istikharah.
  • Cara terbaik mengharap dan menikmati hasil keputusan istikharah.

======================
ISBN-13: 978-967-411-148-9
Tarikh Terbit: 31 Oct 2013
Jumlah Muka Surat : 152
Berat (KG): 0.17
Kategori: Bukan Fiksyen, Islam, Doa & Amalan
Penulis: Emran Ahmad
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
=====================


RM 15.00

Add to Cart
Buku perundangan pendidikan yang terkini dan lengkap yang membincangkan aspek perundangan dalam Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996.

===============================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-983-3586-76-9
Tarikh Terbit: 1 Oct 2008
Jumlah Muka Surat : 280
Berat (KG):0.37
Kategori: Bukan Fiksyen, Undang-undang, Pendidikan, Pendidikan Umum,Pengurusan Sekolah
Penulis: Mohd. Ismail Othman
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
============================


RM 27.00

Add to Cart
Sejak zaman berzaman, dendam kumpulan Syiah terhadap Ahli Sunnah wal Jamaah seperti tidak berkesudahan. Bermula daripada dendam terhadap Muawiyah bin Abu Sufian yang dituduh merampas kuasa khalifah daripada Ali bin Abu Talib pada tahun 661 Masihi, kumpulan pro Ali terus menyimpan dendam terhadap Muawiyah dan keturunannya daripada Kerajaan Bani Umayyah sehingga dendam terhadap Ahli Sunnah Waljamaah yang mengiktiraf kepimpinan Abu Bakar, Umar Al-Khattab dan Uthman yang mendahului Ali bin Abu Talib.

Buku ini membahas berkenaan kelompok Syiah terbesar yang menjadi tunjang utama dalam politik dunia, Zaidiyah, Itsna Asyariah (Imam 12), dan Ismailiyah Batiniyah dan konflik mereka dengan kelompok Ahli Sunnah Waljamaah yang mempunyai kaedah tersendiri dalam memilih pemimpin. 

=======================
ISBN-13: 978-967-411-030-7
Tarikh Terbit: 20 Aug 2013
Jumlah Muka Surat : 304
Berat (KG): 0.38
Kategori: Bukan Fiksyen Umum, Sejarah
Penulis: Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
=======================


RM 20.00

Add to Cart
Buku ini adalah buku pertama di dunia yang berjaya membongkar misteri sosok Luqmanul Hakim dalam sejarah. Daripada kajian yang dijalankan oleh penulis, ternyata Luqmanul Hakim adalah ahli falsafah Athens, iaitu Socrates (469-366 SM).

Tradisi hadith menyatakan Luqmanul Hakim merupakan lelaki berkulit hitam (keturunan negro) dan bekas hamba sahaya. Tetapi Socrates yang selama ini dikenal sebagai pencetus atau bapa falsafah barat, dipercaya berketurunan kulit putih Eropah. Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan fizikal Luqmanul Hakim.

Menerusi kaedah perbandingan Sinkronik-Diakronik, analisis kandungan, analisis bingkai, dan analisis komponen semantik, Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko menemukan adanya dua persamaan:
  • Pertama - Bentuk fizikal Socrates sama 100% dengan Luqmanul Hakim, iaitu berkulit hitam.
  • Kedua - Ajaran falsafah Socrates memiliki tematik sama 100% dengan nasihat Luqmanul Hakim dalam Al-Quran, menerusi surah Luqman.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 9 x 6 x 1.26
ISBN-13: 978-967-366-172-5
Tarikh Terbit: 8 Jul 2013
Jumlah Muka Surat : 744
Berat (kg): 0.94
Kategori: Bukan Fiksyen, Umum, Sejarah, Islam, Politik & Sejarah
Penulis: Muhammad Alexander
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
===========================


RM 40.00

Add to Cart
Kata Mereka:

"Agama itu semuanya sama sahaja."

"Kita bebas menukar agama. Mana ada murtad."

"Kahwin sahaja walaupun berlainan agama."

"Politik sekular itu pilihan kita."

"Wanita boleh jadi imam."

"Semua orang boleh beri pendapat agama."

"Ulama bukan segala-galanya."

"Poligami itu undang-undang yang tidak adil dan kuno."


==========================
Format: Paperback
Saiz: 6 x 9 inch
ISBN-13: 978-967-366-288-3
Tarikh Terbit: 13 Aug 2014
Jumlah Muka Surat : 216
Berat(kg) : 0.28
Kategori: Bukan Fiksyen, Isu Semasa,Akidah, Perbandingan Agama
Penulis: Ahmad Yumni Abu Bakar, Mohd Fairuz Jamaluddin
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
==========================


RM 20.00

Add to Cart
Nabi Muhammad terbukti adalah manusia terbesar sepanjang sejarah. Tidak ada pemimpin spiritual lain yang mampu memberikan pengaruh sebesar pengaruhnya yang merangkumi semua bidang. Nabi juga menghasilkan para sahabat yang juga berjaya dalam banyak bidang, menghasilkan generasi-generasi pembaharu termasuk para ilmuwan, sasterawan, ahli falsafah dan pemimpin yang handal serta menghasilkan pelbagai hukum dan peraturan yang mengatur kehidupan manusia menjadi lebih baik

================================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-983-3603-53-4
ISBN-10: 983-3603-53-X
Tarikh Terbit: 6 Oct 2008
Jumlah Muka Surat : 152
Penulis: Muslim Kelana
Penerbit: PTS MILLENNIA
================================


RM 19.50

Add to Cart
Halangan minda menutup mata anda daripada melihat potensi diri sendiri. Hapuskan halangan minda maka tidak akan ada batasan terhadap segala kejayaan yang boleh anda kecapi.

Ada pepatah mengatakan “Pembaca adalah Pemimpin” dan “Pemimpin adalah Pembaca”. Semua pemimpin yang hebat dan berjaya suka membaca. Tahniah! Anda meletakkan diri anda setaraf dengan para pemimpin dengan mendapatkan buku ini. 

Saya ada satu soalan bagi anda. Tahukah anda mengapa kemahiran belajar adalah penting bagi pelajar? Bagi menjawab soalan ini, saya berikan tiga lagi soalan.

Katakan, ayah kita pergi ke bengkel mekanik dan meminta mekanik membaiki keretanya, tetapi mekanik itu tidak tahu membaiki kereta. Bolehkah kita panggil orang itu mekanik? Tidak dapat bukan?

Katakan pula, emak kita pergi ke kedai tukang jahit bagi menempah baju, tetapi tukang jahit itu tidak tahu menjahit baju. Bolehkah kita panggil orang itu tukang jahit? Tidak dapat bukan?

Jadi, sekiranya pelajar pergi ke sekolah bagi belajar tetapi tidak tahu teknik dan cara belajar yang betul, bolehkah dia dipanggil sebagai seorang pelajar? Tidak, bukan? Habis, apa perlu kita panggil mereka?

Soalan-soalan ini semua menunjukkan kita semua perlu ada kemahiran yang sesuai dengan gelaran yang kita gunakan. Sekiranya kita seorang pelajar, kita mesti tahu bagaimana cara belajar yang berkesan dan cara mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Buku Smart Study Tools – Persediaan Minda ini adalah langkah pertama dalam melengkapkan diri kita dengan kemahiran belajar. Kemahiran belajar bukan hanya bermaksud kemahiran menghafal dan menjawab soalan peperiksaan, tetapi juga kemahiran menggunakan minda kita supaya sentiasa bersedia belajar sesuatu yang baru dan tahan dengan segala cabaran semasa belajar. 

Akhir kata, kajian ada mengatakan sebahagian kecil sahaja pembaca yang membaca dari awal hingga akhir sesebuah buku itu. Sekiranya anda mahu benar-benar berdiri sama tinggi dengan para pemimpin dan orang-orang yang berjaya, kuatkan semangat anda bagi membaca buku ini dari awal hingga akhir. Ini adalah kerana, membaca buku separuh jalan adalah sama ruginya dengan tidak membaca buku itu langsung. Selamat Berjaya!

==================
Format: Paperback
Saiz: 5 x 7.5ISBN-10: 983-3372-79-1
Tarikh Terbit: 11 Sep 2006
Jumlah Muka Surat : 192
Berat (KG): 0.18
Penulis : Osman Affan
Penerbit: PTS MILLENNIA
==================


RM 14.90

Add to Cart
Selepas minda anda bersedia, kemahiran belajar membawa anda menuju kecemerlangan dengan lebih cepat dan mudah. Kemahiran belajar umpama sejenis kenderaan. Semakin cekap kemahiran belajar anda, bertambah pantas dan selesa kenderaan anda.

Kemahiran belajar membuat anda berasa belajar itu sebenarnya bukan sesuatu yang susah. Malah anda memahami mengapa pelajar yang cemerlang ada kalanya kelihatan seperti tidak mengulang kaji langsung. Tetapi mereka sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

==========================
ISBN-13: 978-983-3604-64-7
ISBN-10: 983-3604-64-1
Tarikh Terbit: 28 Jun 2007
Jumlah Muka Surat : 190
Berat (KG) : 0.18
Kategori: Bantu Diri, Bantu Diri Umum
Penulis: Osman Affan
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
==========================


RM 14.90

Add to Cart
Buku ini adalah himpunan jawapan penulis kepada soalan-soalan yang diajukan menerusi laman sesawang Jabatan Mufti Perlis, talian hukum Jabatan Mufti Perlis, email peribadi, dan Facebook. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa buku ini memuatkan himpunan soal jawab bersifat semasa dan yang sering menjadi kekeliruan dalam masyarakat. Dalam usaha memberi jawapan dan penjelasan itu pula, penulis sentiasa berusaha menjawab setiap soalan yang dilontarkan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah yang shahih. Juga dengan panduan daripada hasil-hasil penulisan para ulama Ahlu As-Sunnah wa Al-Jamaah. Jikalau diperhatikan, kaedah bertanya dan menjawab soalan memiliki kesan yang begitu besar dalam menuntut ilmu. Ilmu itu seperti sebuah menara tinggi yang terserlah, dan ada waktunya kegelapan malam datang melitupi menara itu. Justeru, bersoal jawab itu mengambil peranan lampu yang menyuluh, menerangi menara ilmu yang tinggi, dan menyingkap kesamaran disebabkan sifat tidak tahu. Kerana itu kaedah bersoal jawab ini digunakan dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Semoga buku ini memberi banyak manfaat kepada umat Islam dalam usaha memahami persoalan-persoalan agama.

=============================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-251-6
Tarikh Terbit: 24 Jun 2014
Jumlah Muka Surat : 328
Kategori: Akidah, Bukan Fiksyen Umum,Bantu Diri Umum, Motivasi & Inspirasi,Pembangunan Diri
Penulis: Muhamad Abdul Kadir Sahak
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
=============================


RM 20.00

Add to Cart
Menyelami perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam sebuah perhubungan dan berkongsi tip serta cara komunikasi yang baik untuk membentuk sebuah ikatan perkahwinan yang berkekalan. Buku ini berbentuk soal jawab agar pembaca lebih fokus dan bersistem dalam memahami keperluan dan kehendak pasangan berdasarkan fitrah yang Allah jadikan.

Orang lelaki semasa berurusan di kaunter bayaran mereka akan menggunakan duit besar (wang kertas) agar urusan pecah duit dibuat oleh cashier. "JIMAT MASA".
Orang perempuan pula akan cari duit syiling yang ada di dalam beg sebelum menggunakan wang kertas. "JIMAT DUIT".

MENGAPA?
Hanya dengan kesabaran dan menghormati perbezaan keperluan dan kehendak masing-masing dapat mengekalkan kebahagiaan suami dan isteri.

Cubalah!

=================
Format: Paperback
Jumlah Mukasurat: 228
Berat (kg): 0.31
Penulis: Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)
Penerbit: Galeri Ilmu
=================


RM 20.00
Add to Cart
Di dalam buku yang hebat dan tidak ternilai ini, Michael J. Losier berkongsikan kunci kepada komunikasi berkesan. Apabila anda menggunakan prinsip Neuro-Linguistic Programming (NLP), anda dapat menguasai beberapa kemahiran mudah yang diperlukan bagi mencipta pemahaman lebih baik dengan individu dalam setiap aspek kehidupan anda.
Selain daripada pelbagai tip, bahan, latihan, dan skrip yang dikongsikan, anda juga dapat mempelajari:
- Tiga syarat perhubungan
- Teknik melakukan penyelarasan perbualan anda
- Empat kaedah mudah bagi komunikasi yang berkesan
- Tips menjalinkan hubungan erat yang positif dalam semua situasi
- Topik khas bagi para guru, jurulatih dan sesiapa sahaja yang melakukan penyampaian dalam kumpulan
Bawalah buku LAW OF CONNECTION ini, pulang ke rumah bagi seisi keluarga dan perkenalkannya di tempat kerja anda. Perhatikan dan dengarkan, komunikasi menjadi semakin baik tidak kira lokasi anda dan perhubungan anda menjadi semakin lengkap, lebih bermakna dan bebas konflik.

======================
Format: Paperback
Saiz: 9" x 6" x 0.4"
ISBN-13: 978-967-369-003-9 
Tarikh Terbit: 16 Mar 2010
Jumlah Muka Surat : 176
Berat (kg): 0.25
======================


RM 23.00
Add to Cart
Apa yang kita fikirkan hari ini menentukan apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Jika kita mahukan masa hadapan yang cemerlang, kita perlu berfikir dan mencipta keinginan ke arah kecemerlangan itu.

Persoalannya, apakah kayu ukur bagi memastikan kuasa tarikan yang kita hasilkan tidak merentasi sempadan nilai? Apakah kayu ukur bagi memastikan tenaga daripada kuasa minda kita kekal dalam kerangka agama?

Jawapannya sudah pasti adalah Quran. Melalui Quran, kuasa tarikan yang terhasil diselarikan dengan petunjuk Tuhan. Fikiran dan tindakan kita juga dibentuk sesuai dengan kehendak Tuhan. Kesannya, terhasillah kuasa tarikan yang luar biasa. Namun, yang paling utama, kuasa tarikan itu menjamin kecemerlangan yang lebih holistik, kecemerlangan dunia dan akhirat.

=========================
Format: Paperback
Saiz: 
ISBN-13: 978-983-3603-72-5 
ISBN-10: 983-3603-72-6
Tarikh Terbit: 27 Feb 2009
Jumlah Muka Surat : 158
Berat (kg): 0.22
=========================



RM 13.90
Add to Cart
Sejarah Umat Islam - Edisi 2016 adalah buku yang komprehensif dalam menceritakan kisah sejarah Islam.
Buku ini tidak hanya terhad menceritakan tentang sejarah Nabi Muhammad s.a.w., bahkan meliputi serata dunia,dari zaman kegemilangannya hingga zaman keruntuhannya. Antaranya adalah:
  • TAMADDUN ARAB SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
  • DUNIA SEBELUM KEDATANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
  • PEPERANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
  • KHALlFAH YANG BEREMPAT (KHULAFA’UR-RASHIDIN) [200]
  • KERAJAAN BANI UMAIYAH (UMAWIYAH)
  • KERAJAAN BANI ABBAS
  • KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ANDALUSIA
  • KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI AFRlKA
  • KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DIMESIR, SYAM, DAN SEMENANJUNG ARAB
  • PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI IRAN (PARSI), KERAJAAN MONGOL ISLAM, DAN DAULAT SAFAWIYAH
  • PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI INDIA DAN AFGHANISTAN
  • KERAJAAN TURKI UTHMANIAH
  • PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI NUSANTARA (ACEH, RIAU, SAMUDRA-PASAI, JAWA, MELAKA, DAN JOHOR)
"..Anda akan lihat perjuangan yang tidak habis-habisnya dan anda akan dapat mengambil kesimpulan,"Telah banyak cubaan menimpa Islam.
Kerapkali dia jatuh! Tetapi dia bangun kembali, dan tegak lagi, dan berjalan lagi! Islam tidak akan mati!"" – HAMKA
"Without history, there will be no future." – anonymous
"Meninjau sejarah hendaklah dengan rasa cinta, seakan-akan kita turut hidup dengan mereka.
Oleh itu, rasa hati dan suka duka kita sekarang, adalah rasa hati dan suka duka yang telah mereka tinggalkan buat selama-lamanya." – HAMKA

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN-13: 978-967-411-742-9
Tarikh Terbit: 29 Februari 2016
Jumlah Muka Surat: 1080
Berat (Kg): 1.3
===========================




RM 35.00
Add to Cart
Buku ini dikemas kini daripada segi bahasa dan susun atur bagi meningkatkan penampilan dan kualitinya. Buku ini memberi panduan dan tip kepada sesiapa sahaja yang berminat memulakan perniagaan sendiri. Antara perkara menarik yang disentuh di dalam buku ini seperti bagaimana memilih calon isteri untuk usahawan, bagaimana memilih syarikat dan sektor bisnes, bagaimana memilih rakan kongsi dan bagaimana syarikat dirompak dan perkara baik yang membahayakan.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7.5"
ISBN-13: 978-983-3586-42-4
Tarikh Terbit: 2016
Jumlah Muka Surat: 160            
Berat (Kg): 0.15
Penulis: Ainon Mohd
===========================


RM 14.00
Add to Cart
Rich Dad Poor Dad adalah buku kewangan terbaik yang sudah berjaya mengubah hidup jutaan pembaca di seluruh dunia. Buku ini mengubah perspektif kita kepada wang dan mengeluarkan kita daripada kitaran sia-sia Rat RaceBangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Ramai orang terperangkap dalam kitaran sia-sia ini.
Buku Rich Dad Poor Dad membantu kita:
  • Membina kekayaan berasaskan kewangan yang kukuh
  • Membezakan antara aset yang menambah kekayaan dengan liabiliti yang menghabiskan wang
  • Mencapai kebebasan kewangan dan kepuasan bekerja
  • Menjadikan wang bekerja untuk kita
Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita.”
- Robert T. Kiyosaki

RM 21.00
Add to Cart
===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9
ISBN: 978-967-0886-14-5
Jumlah Muka Surat: 208
Berat (Kg): 0.32
Penulis: Alwi Adam
===========================
Menjadi kaya dan bebas kewangan adalah impian ramai orang. Namun tidak ramai yang mahu belajar sistem untuk menjadi bebas kewangan. Formula asas kaya sangat mudah iaitu, urus duit dan buat duit. Lepas urus duit, buat duit sebanyak mungkin. Lepas buat duit, uruskan sebaik mungkin. Namun menjadi bebas kewangan perlu lebih daripada itu. Pengurusan duit perlu strategik dan bermatlamat. Minda perlu diubah, nafsu perlu dikekang. Fokus kepada matlamat dan tetap pada perancangan. Buku ini membawa anda satu sistem kewangan yang lengkap dan menyeluruh dalam satu modul dinamakan #DIY360FinancialFreedom, satu pengurusan minda dan pelan untuk mencapai kebebasan kewangan.
 
 
RM 35.00
Add to Cart