Nabi Muhammad terbukti adalah manusia terbesar sepanjang sejarah. Tidak ada pemimpin spiritual lain yang mampu memberikan pengaruh sebesar pengaruhnya yang merangkumi semua bidang. Nabi juga menghasilkan para sahabat yang juga berjaya dalam banyak bidang, menghasilkan generasi-generasi pembaharu termasuk para ilmuwan, sasterawan, ahli falsafah dan pemimpin yang handal serta menghasilkan pelbagai hukum dan peraturan yang mengatur kehidupan manusia menjadi lebih baik
Format: Paperback
ISBN-13: 978-983-3603-53-4
ISBN-10: 983-3603-53-X
Tarikh Terbit: 6 Oct 2008
Jumlah Muka Surat : 152
Penulis: Muslim Kelana
Penerbit: PTS MILLENNIA
================================
RM 19.50 |
Add to Cart |
Review
Sama ada kita sedar ataupun tidak, orang Islam sering terlupa, Nabi Muhammad adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya pada zamannya. Ini kerana kita sering menyempitkan pandangan kita pada beliau. Kita hanya melihat Nabi Muhammad sebagai pemimpin agama semata-mata. Kita juga lebih banyak mengetahui kisah hidupnya selepas beliau diangkat menjadi rasul. Padahal, contoh-contoh pada dirinya yang perlu kita ikuti wujud sejak beliau kanak-kanak, remaja dan sehingga dewasa. Sebelum diangkat menjadi rasul, nabi menunjukkan peribadi yang menandakan beliau bakal menjadi manusia terpenting dalam sejarah dunia.
Di dalam bukunya yang bertajuk, Muhammad SAW: The Super Leader Super Manager, Muhammad Syafi’i Antonio memaparkan ciri-ciri kehandalan Nabi Muhammad dalam lapan bidang. Bidang-bidang itu adalah pembangunan diri, perniagaan, kekeluargaan, dakwah, sosial dan politik, pendidikan, undang-undang dan ketenteraan. Kelapan-lapan ciri ini berasal daripada satu sumber iaitu ajaran Islam.
Dengan demikian, kita perlu menyelami pelbagai aspek kehidupan Nabi Muhammad dan bukan membatasi pada aspek spiritual sahaja. Aspek spiritual adalah roh kepada keseluruhan aspek kehidupan yang membawa manusia mencapai kejayaan.
Isi Kandungan Kata Pengantar Nabi Muhammad: The Greatest Prakata Prolog Nabi Muhammad yang Tidak Habis-habis Dikagumi Bab 1 Nabi Muhammad Sebagai Seorang Usahawan Pengajaran daripada Menjadi Seorang Penggembala Pengajaran daripada Kegetiran Hidup Jejak Keusahawanan Nabi Muhammad Inti Pati Ajaran Rasul Karier Sebagai Pedagang Inti Pati Ajaran Rasul Bab 2 Bagaimana Nabi Muhammad Membina Keusahawanannya Tahap Keusahawanan Nabi Muhammad Inti Pati Ajaran Rasul Model dan Prinsip Keusahawanan Nabi Muhammad Inti Pati Ajaran Rasul Bab 3 Cara Nabi Muhammad Membina Kredibiliti dan Kebolehan Mengutamakan Akhlak Mengutamakan Pembelajaran Mengutamakan Orang Lain Mengutamakan Silaturahim Inti Pati Ajaran Rasul Karakter Unggul FAST Orang yang Cerdas Inti Pati Ajaran Rasul Orang yang Dipercayai Orang yang Benar dan Jujur Inti Pati Ajaran Rasul Orang yang Komunikatif Bab 4 Nabi Muhammad Sebagai Usahawan yang Berdedikasi Inspirasi Menjadi Kaya Dorongan Umat Islam Memperjuangkan Kekayaan Meluruskan Hakikat Sabar, Qanaah, Tawakal dan Zuhud Daripada Kemahiran Perniagaan kepada Undang-undang Perniagaan Bertumbuhnya Ekonomi Syariah Perbankan Syariah Insurans Pembiayaan dan Penggadaian Peruncitan dan Perhotelan Syariah Nasihat-nasihat Nabi Muhammad dalam Berniaga Persaudaraan Islam Keutamaan Usahawan Tidak Mengecewakan Orang Lain Menimbang dengan Benar Memudahkan dan Tidak Menyusahkan Mengelak Permusuhan Mengelak Kesombongan Melarang Berniaga Barang Haram Melarang Menjual Barang yang Tidak Ada Melarang Bersumpah bagi Meyakinkan Pembeli Melarang Berbohong atau al-Ghisy dan Berkhianat Melarang Memakan Riba Produk-produk Bank Syariah Epilog: Nabi Muhammad Usahawan Berjaya Bibliografi |
No comments
Post a Comment