Persoalannya, apakah kayu ukur bagi memastikan kuasa tarikan yang kita hasilkan tidak merentasi sempadan nilai? Apakah kayu ukur bagi memastikan tenaga daripada kuasa minda kita kekal dalam kerangka agama?
Jawapannya sudah pasti adalah Quran. Melalui Quran, kuasa tarikan yang terhasil diselarikan dengan petunjuk Tuhan. Fikiran dan tindakan kita juga dibentuk sesuai dengan kehendak Tuhan. Kesannya, terhasillah kuasa tarikan yang luar biasa. Namun, yang paling utama, kuasa tarikan itu menjamin kecemerlangan yang lebih holistik, kecemerlangan dunia dan akhirat.
=========================
Format: Paperback
Saiz:
ISBN-13: 978-983-3603-72-5
ISBN-10: 983-3603-72-6
Tarikh Terbit: 27 Feb 2009
Jumlah Muka Surat : 158
Berat (kg): 0.22
=========================
RM 13.90 |
Add to Cart |
Kata Pengantar Penghargaan Bab 1: Permulaannya adalah Mengetahui Apa Itu Hukum Tarikan? Jadi, Apakah Sebenarnya Hukum Tarikan Itu? Quran, Sumber Hukum Tarikan? Berapa Dekatkah Kita Mengenali Quran? Quran Bertindak Balas denganKehendak Saudara Menyuntik Kekuatan Quran ke dalam Nurani Kehidupan Pandangan Quran Mengenai Kejayaan dan Kebahagiaan Keimanan dan Hukum Tarikan Bahagia Sebelum Bertindak Bab 2: Pusat-pusat Tenaga dalam Quran Tenaga Doa Kenapa Doa Saya Masih Tidak Dikabulkan? Tenaga Syukur Apa Maknanya Kesyukuran? Bagaimana Mengundang Rasa Syukur? Tenaga Sabar Melatih Kesabaran Sabar, Kuasa Sebenar Kejayaan Menghadapi Musibah dengan Sabar Mengundang Pertolongan Tuhan Balasan bagi Orang yang Sabar Bab 3: Gandingan Tenaga Doa, Syukur dan Sabar Pertama: Ketahuilah Apa SebenarnyaSaudara Inginkan Kedua: Berdoalah, Tuhan pasti Menyambutnya Ketiga: Tanamkan Kuat-kuat Tujuan Doa Saudara Keempat: Dari Mana Datangnya Keraguan Itu? Kelima: Menghidupkan Rasa Syukur dalam Hati Keenam: Gunakan Tenaga Sabar bagi Bangkit daripada Kegagalan Ketujuh: Solatlah dengan Syukur dan Sabar Bab 4: Quran Menjawab Keinginan-keinginan Saudara Menawarkan Penyelesaian Masalah Hidup Mewujudkan Keinginan-keinginan Saudara Meningkatkan Ketabahan Saudara Bab 5: Cara Saudara Bertindak Balas dengan Quran Bacalah Quran, Walaupun Satu Minit Sahaja! Bermeditasi dengan Quran Fahamilah Kata-kata Quran Gunakan Doa-doa yang Ada di dalam Quran Waktu Tepat Berdialog dengan Quran Bukan Hanya Sekadar ‘Tahu’, Saudara Juga Mesti ‘Mahu’ Bibliografi Tentang Penulis
Permulaannya adalah Mengetahui
Saya bersyukur kerana berpeluang membaca buku-buku The Secret (karya Rhonda Byrne) dan Law of Attraction (karya Michael J. Losier). Kedua-dua buku ini berjaya menyentuh jiwa saya. Pertanyaan yang timbul dalam fikiran saya bertambah. Saya berjaya membaca kedua-dua buku itu dalam masa tiga hari. Saya terkejut. Tiba-tiba saya sedar ajaran yang terdapat dalam kedua-dua buku itu begitu ‘ajaib’. Lebih terkejut apabila ajaran yang terdapat dalam kedua-dua buku itu sebenarnya diajarkan Tuhan dan Nabi Muhammad beberapa abad lalu. Malah, sekiranya kita perhatikan dan fahami Quran serta sunah Nabi, kita tentu dapat menemukan banyak Hukum Tarikan di dalamnya. Penjelasan dan bukti-bukti Hukum Tarikan dalam Quran jauh lebih baik, lebih sempurna dan tidak menyesatkan. Quran juga membimbing kita memanfaatkan Hukum Tarikan dengan baik dan sederhana. Semua orang dapat mempraktikkannya. Sekiranya kita berjaya mencapai tahap ini, saya yakin kita terbimbing menuju ‘stesen’ kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Oleh sebab itu, saya menyarankan supaya pelajarilah (kemudian praktikkan) Hukum Tarikan yang sesuai dengan nilai-nilai Quran! Kita tentu tidak sesat menjalani kehidupan ini. Sekali lagi ingin saya katakan, kita mencapai kebahagiaan yang sebenarnya iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat. Dalam buku ini, saya tunjukkan kepada saudara kekuatan Hukum Tarikan yang terdapat dalam Quran, yang membimbing saudara menuju kejayaan dan kebahagiaan hidup selama-lamanya. Insya-Allah. Mari kita mulakan! Apa Itu Hukum Tarikan? Mungkin ada di antara saudara berasa kecewa dengan apa yang diperoleh sekarang. Walhal, saudara membanting tulang mencari rezeki. Namun, hingga ke hari ini, saudara masih berjaya mendapat duit banyak. Saudara berasa kecewa. Setiap hari saudara mengeluh dengan apa yang berlaku dalam kehidupan saudara. Saudara mengejar wang tetapi wang tidak mahu mendekati saudara. Walaupun saudara mendapat wang, ia sentiasa tidak cukup. Saudara juga tidak pernah merasakan kesenangan dengan pendapatan yang saudara peroleh hari ini. Kenapa jadi begini? Setiap pagi, saudara bangun daripada tidur dengan perasaan kecewa. Saudara berfikir yang saudara tidak mungkin menjadi kaya, kerana setiap hari saudara menjalani kehidupan yang sama maka sukar mendapat rezeki. Pemikiran begini sering menghantui dan menguasai kehidupan saudara. Selepas bergelut dengan pemikiran seperti ini, saudara masih juga tidak mendapat wang yang cukup iaitu pendapatan yang saudara peroleh hanya sekadar mencukupi. Mungkin saudara bangun pagi dengan penuh keceriaan, bahagia dan gembira. Saudara yakin saudara bakal bertemu dengan orang yang mahu menjalin hubungan perniagaan dengan saudara. Saudara juga yakin yang jualan saudara akan terjual dengan banyaknya. Saudara dirikan solat subuh, berdoa memohon kemudahan darinya dan kemudian berbual dengan isteri dan anak. Selepas itu saudara pergi menemui pelanggan-pelanggan dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan. Hasilnya, sungguh menakjubkan! Saudara memperoleh keuntungan besar ataupun hasil jualan saudara begitu memuaskan. Mungkin juga, semasa saudara menelefon teman lama, dia mengatakan yang dia juga sebenarnya mahu menelefon saudara. Pada masa yang lain pula, semasa menghadiri satu majlis, saudara mendapat tiket cabutan bertuah dan hadiahnya adalah kereta. Tiba-tiba saudara merasakan saudara pernah membayangkan semua peristiwa itu dan sekarang menjadi kenyataan. Beberapa contoh di atas menunjukkan Hukum Tarikan sedang bekerja dalam kehidupan kita. Ia benar-benar wujud dan kita dapat rasa dengan setiap hembusan nafas kita. Cuma kita kurang bertindak balas ataupun tidak menyedari kewujudannya. |
No comments
Post a Comment