Menjadi Remaja Smart Studi: Persediaan Minda Utk Menjadi Pelajar Cemerlang

Halangan minda menutup mata anda daripada melihat potensi diri sendiri. Hapuskan halangan minda maka tidak akan ada batasan terhadap segala kejayaan yang boleh anda kecapi.

Ada pepatah mengatakan “Pembaca adalah Pemimpin” dan “Pemimpin adalah Pembaca”. Semua pemimpin yang hebat dan berjaya suka membaca. Tahniah! Anda meletakkan diri anda setaraf dengan para pemimpin dengan mendapatkan buku ini. 

Saya ada satu soalan bagi anda. Tahukah anda mengapa kemahiran belajar adalah penting bagi pelajar? Bagi menjawab soalan ini, saya berikan tiga lagi soalan.

Katakan, ayah kita pergi ke bengkel mekanik dan meminta mekanik membaiki keretanya, tetapi mekanik itu tidak tahu membaiki kereta. Bolehkah kita panggil orang itu mekanik? Tidak dapat bukan?

Katakan pula, emak kita pergi ke kedai tukang jahit bagi menempah baju, tetapi tukang jahit itu tidak tahu menjahit baju. Bolehkah kita panggil orang itu tukang jahit? Tidak dapat bukan?

Jadi, sekiranya pelajar pergi ke sekolah bagi belajar tetapi tidak tahu teknik dan cara belajar yang betul, bolehkah dia dipanggil sebagai seorang pelajar? Tidak, bukan? Habis, apa perlu kita panggil mereka?

Soalan-soalan ini semua menunjukkan kita semua perlu ada kemahiran yang sesuai dengan gelaran yang kita gunakan. Sekiranya kita seorang pelajar, kita mesti tahu bagaimana cara belajar yang berkesan dan cara mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Buku Smart Study Tools – Persediaan Minda ini adalah langkah pertama dalam melengkapkan diri kita dengan kemahiran belajar. Kemahiran belajar bukan hanya bermaksud kemahiran menghafal dan menjawab soalan peperiksaan, tetapi juga kemahiran menggunakan minda kita supaya sentiasa bersedia belajar sesuatu yang baru dan tahan dengan segala cabaran semasa belajar. 

Akhir kata, kajian ada mengatakan sebahagian kecil sahaja pembaca yang membaca dari awal hingga akhir sesebuah buku itu. Sekiranya anda mahu benar-benar berdiri sama tinggi dengan para pemimpin dan orang-orang yang berjaya, kuatkan semangat anda bagi membaca buku ini dari awal hingga akhir. Ini adalah kerana, membaca buku separuh jalan adalah sama ruginya dengan tidak membaca buku itu langsung. Selamat Berjaya!

==================
Format: Paperback
Saiz: 5 x 7.5ISBN-10: 983-3372-79-1
Tarikh Terbit: 11 Sep 2006
Jumlah Muka Surat : 192
Berat (KG): 0.18
Penulis : Osman Affan
Penerbit: PTS MILLENNIA
==================


RM 14.90

Add to Cart

 

No comments

Post a Comment

Info Section