Inspirasi

Showing posts with label Inspirasi. Show all posts
Showing posts with label Inspirasi. Show all posts
10 Tokoh Usahawan Muslimah mendedahkan rahsia dan resipi kejayaan sebenar para wanita yang hebat dalam empayar perniagaan mereka. Namun, pada masa yang sama, tetap meletakkan Islam di tempat yang tertinggi. Tokoh yang diketengahkan adalah:

  1. Puan Zawati Ibrahim (Jatimas Asia Sdn. Bhd.)
  2. Puan Ramlah Hamad (AnsarComp Sdn. Bhd.)
  3. Puan Qutreen Nada (Children Islamic Centre-CIC)
  4. Chef Hanieliza (Penulis bestseller buku 1 Hari 1 Resipi)
  5. Puan Wan Khadijah (Tanjung Cindai Sdn. Bhd.)
  6. Puan Zainon Salleh (Zai's Food ZS Maju Product)
  7. Puan Famiza Zulkifli (Muslimah Skincare & Cosmetic Manufacturing Sdn. Bhd.)
  8. Dr. Norhanis (Klinik Pergigian Famili)
  9. Puan Rusni (Al-Hikmah Sdn. Bhd.)
  10. Puan Norasyikin (Sumayya Design Sdn. Bhd.)

Kisah mereka yang penuh inspirasi ini digarap dengan jelas, langkah demi langkah, dan diselitkan dengan motivasi perniagaan dalam setiap bab.


============================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8.5"
ISBN-13: 978-967-411-151-9
Tarikh Terbit: 27 Aug 2013
Jumlah Muka Surat : 280
Berat (kg): 0.31
Kategori: Wanita, Motivasi & Inspirasi
Penulis: Sakinah Salleh
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
==============================



RM 18.00
Add to Cart
Imam Al-Fakhr Al-Razi berkata, "Allah bersumpah dengan masa kerana ia mempunyai pelbagai keajaiban. Ini juga kerana dalam tempoh masa itu, umat Islam dapat merasai kegembiraan ataupun kesempitan, kesihatan ataupun kesakitan, dan kekayaan ataupun kemiskinan. Selain itu, masa tidak dapat dinilai dengan sesuatu yang mahal dan berharga.

Justeru, buku Demi Masa digarap oleh penulis supaya menjadi motivasi bagi merujuk tingkah laku dan sikap orang yang berjaya menggunakan dan menguruskan masa.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5 x 7.5 inci
ISBN-13: 978-967-0127-49-1
Tarikh Terbit: 29 Apr 2013
Jumlah Muka Surat : 80
Berat (kg): 0.10
Kategori: Islam Umum, Motivasi & Inspirasi
Penulis: Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Penerbit: PTS Darul Furqan
===========================


RM 9.00

Add to Cart
Himpunan kisah inspirasi daripada pelbagai jenis manusia yang mencari rahsia Tuhan yang paling manis, iaitu jodoh.

Ada perempuan baik yang patah hatinya, ada lelaki yang terkenang dosa silam, ada yang perlu menanggung keluarga, ada yang berasa wajahnya tidak cantik, ada yang sudah tidak percaya kepada cinta, dan segala macam perkara yang membuatkan jodoh itu terasa jauh daripada mereka.

Namun, rahsia Tuhan siapa yang tahu. Ia datang kepada siapa yang mencari dan kepada yang yakin bahawa pada ketika ini, pada saat ini, jodohnya berada di belahan dunia yang lain, tetapi Tuhan belum mempertemukan mereka, kerana mereka sedang diuji.

Manisnya berdua, tidak akan terasa sekiranya sebelum ini tidak diuji dengan pahitnya sepi.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6"x9"
ISBN-13: 978-967-411-317-9
Tarikh Terbit: 13 Oct 2014
Jumlah Muka Surat : 218
Berat(kg) : 0.32
Kategori: Novel Dewasa, Keluarga Umum, Perhubungan, Motivasi & Inspirasi
Penulis: Bahruddin Bekri
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd
===========================


RM 15.00

Add to Cart
Setiap orang di dunia ini pasti mahukan masa hadapan yang cerah. Namun, ada individu yang berjaya dan ada yang tersungkur di pertengahan jalan. Mengapa perkara ini berlaku? Semua persoalan ini akan terjawab dalam buku Create Your Own Future.

Menerusi buku ini, Brian Tracy bukan sahaja merungkai permasalahan yang dihadapi oleh mereka yang gagal dalam kehidupan, malah beliau turut mendedahkan 12 prinsip bagi meraih kejayaan tanpa had!

Buku yang lengkap dengan panduan bagi meraih kejayaan, pencapaian, pendapatan lebih tinggi, kenaikan pangkat yang pantas, dan hasil yang lebih memberangsangkan dalam apa jua perkara dalam kehidupan kita!

=========================== 
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-369-191-3
Tarikh Terbit: 13 Oct 2014
Jumlah Muka Surat : 360
Berat(kg): 0.47
Kategori: Bantu Diri, Bantu Diri Umum,Motivasi & Inspirasi, Pembangunan Diri
Penulis: Brian Tracy
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
===========================


RM 29.90

Add to Cart
Ada banyak jalan bagi mencapai kebahagiaan. Selepas kita membaca cerita dalam buku ini, kita akan lebih bersedia bagi menemukan jalan dan destinasi yang tepat untuk kita. - Deborah Norville

Buku ini adalah susulan kepada buku terlaris, Chicken Soup for the Soul: Berfikir Positif. Kita dapat membaca cerita sebenar yang penuh inspirasi tentang bagaimana orang menggunakan fikiran positif, sifat bersyukur, dan akal mereka bagi menemukan jalan mencipta kebahagiaan, menyuburkan semangat, mencari tujuan, dan mencapai kegembiraan dalam hidup. Kita dapat belajar bagaimana:

- Menggunakan fikiran positif bagi mengubah sikap 
- Mencari kebaikan pada setiap hari dan bersyukur
- Mendengar kata hati dan menyuburkan semangat sebenar
- Menemukan tujuan kita semasa bekerja, bermain, dan menjadi sukarelawan
- Meninggalkan pekerjaan yang tidak berfaedah dan mencari pekerjaan yang lebih bermakna
- Mengalami erti indahnya memberi
- Berhenti sejenak dan menikmati harumnya bau bunga ... dan keluar mencipta kebahagiaan sendiri! 

===========================
ISBN-13: 978-967-369-194-4
Tarikh Terbit: 18 Jan 2013
Jumlah Muka Surat : 456
Berat (kg): 0.56
Kategori: Bantu Diri, Motivasi & Inspirasi,Pembangunan Diri
Penulis: Jack Canfield, Mark Victor Hansen, Amy Newmark
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
=========================== 


RM 28.00

Add to Cart
Siapakah Wartawan Al-Quran ini? Adakah wartawan Al-Quran ini wujud? Jikalau para wartawan mengejar berita eksklusif bagi menarik perhatian awam supaya membeli akhbar mereka,

buku ini berusaha mencerakinkan kisah pengalaman hidup dengan Al-Quran supaya pembaca lebih tertarik bagi mengetahui isi kandungan kitab ini.

Antara kandungan menarik buku ini adalah:

1. Ditegur Allah s.w.t. kerana menipu selama tujuh minit

2. Memeluk Islam selepas mencederakan wanita Islam

3. Paul membawa Al-Quran hari ini!

4. Singa pun takut memberi salam selepas makan

5. Bajet Allah vs bajet manusia

==========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN: 978-967-411-352-0
Tarikh Terbit: 28 Feb 2015
Jumlah Muka Surat: 388
Berat(kg) : 0.52
Kategori: Islam Umum, Bantu Diri Umum, Motivasi & Inspirasi 
Penulis: Abdullah Bukhari Bin Abdul Rahim Al-Hafiz
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
==========================


RM 30.00

Add to Cart
Buku ini adalah himpunan jawapan penulis kepada soalan-soalan yang diajukan menerusi laman sesawang Jabatan Mufti Perlis, talian hukum Jabatan Mufti Perlis, email peribadi, dan Facebook. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa buku ini memuatkan himpunan soal jawab bersifat semasa dan yang sering menjadi kekeliruan dalam masyarakat. Dalam usaha memberi jawapan dan penjelasan itu pula, penulis sentiasa berusaha menjawab setiap soalan yang dilontarkan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah yang shahih. Juga dengan panduan daripada hasil-hasil penulisan para ulama Ahlu As-Sunnah wa Al-Jamaah. Jikalau diperhatikan, kaedah bertanya dan menjawab soalan memiliki kesan yang begitu besar dalam menuntut ilmu. Ilmu itu seperti sebuah menara tinggi yang terserlah, dan ada waktunya kegelapan malam datang melitupi menara itu. Justeru, bersoal jawab itu mengambil peranan lampu yang menyuluh, menerangi menara ilmu yang tinggi, dan menyingkap kesamaran disebabkan sifat tidak tahu. Kerana itu kaedah bersoal jawab ini digunakan dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Semoga buku ini memberi banyak manfaat kepada umat Islam dalam usaha memahami persoalan-persoalan agama.

=============================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-251-6
Tarikh Terbit: 24 Jun 2014
Jumlah Muka Surat : 328
Kategori: Akidah, Bukan Fiksyen Umum,Bantu Diri Umum, Motivasi & Inspirasi,Pembangunan Diri
Penulis: Muhamad Abdul Kadir Sahak
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
=============================


RM 20.00

Add to Cart
Buku Ustaz, Tolong Saya! mengupas berkenaan soal jawab sensasi masyarakat pada masa kini. Antaranya adalah:

Tunang saya mempunyai sifat cemburu dan panas baran. Pantang ada masalah sedikit, terus mahu cari gaduh. Baguskah lelaki begini? ~Gee~

Tunang saya minta putus. Sudahlah dia minta putus, dia kahwin pula dengan abang saya. Abang saya pula kuat cemburu. Sekarang, mahu balik kampung pun susah. Ustaz, apa yang perlu saya lakukan? ~Hamba Allah~

Saya berkasih dan terlanjur. Saya mahu kahwin dengan kekasih saya itu. Tetapi kami berpisah. Selepas berpisah, dia bertunang dengan orang lain. Saya memang tidak puas hati. Jadi, saya bocorkan aib kami. Sekarang, saya sendiri pening.

Tolong saya, ustaz. ~Yang serabut~

Susah hidup saya, ustaz. Bercinta, tetapi asyik dihalang. Ibu saya cerewet dan ada sahaja yang tidak kena. Kerana asyik mengikut lehendak ibu, saya digelar andartu. Apa yang patut saya lakukan? ~Anonymous~

Jangan bimbang. Semua isu boleh diselesaikan, insya Allah. Bumi mana tidak ditimpa, laut mana tidak bergelora. Ada soalan lagi? Boleh email ustaz. Di mana mahu dapat email ustaz? Email ustaz... ada dalam buku ini. ~Ustaz Love~

=============================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-229-5
Tarikh Terbit: 10 Mar 2014
Jumlah Muka Surat : 336
Kategori: Motivasi & Inspirasi
Penulis: Ustaz Love
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
=============================


RM 23.00

Add to Cart
"Kadangkala, petunjuk sudah ada. Dekat dan bukannya jauh dari kita. Tinggal tidak pernah kita bernafsu untuk menyelaknya. Lantas kita rugi setelah mempersiakannya."

Buku Untuk Kita Pendosa: 30 Hari Mencari Tuhan yang dikarang, bukanlah kerana kita hanya perlu mencari Tuhan dalam masa 30 hari. Bukanlah juga kita pasti akan bertemu Tuhan dalam masa 30 hari. Ia hanya tajuk yang dipilih, kerana dalam masa sebulan, kita mempunyai sekitar 29 hari hingga 30 hari (bulan Qamariah), dan mungkin dalam kesibukan kita mengharungi arus kehidupan, dapatlah kita luangkan sebulan untuk memulakan sebuah pencarian yang penting dalam kehidupan kita. Buku ini juga diletakkan sebagai buku kedua dalam siri Untuk Kita Pendosa, kerana ia adalah refleksi yang baik untuk kita semua, manusia yang berdosa. Kita berani melakukan dosa, mungkin kerana kita terlupa hakikat hidup kita ini ada Tuhan. Kita juga mungkin berani melakukan dosa, kerana kita tidak tahu yang kita punya Tuhan. Lantas buku ini kembali mengingatkan kita pada hakikat tersebut, di samping berusaha membawa kita untuk lebih kenal dengan Tuhan.

Buku ini masih dalam kategori santai. Tidak terlalu berat. Ia sekadar sebuah riadhah fikri, untuk kita melakukan lebih refleksi terhadap diri sendiri, serta mengajak para pembaca memulakan pencarian masing-masing terhadap kebenaran Tuhan yang mereka percayakan selama ini. Mungkin buku ini lebih berorientasikan Allah sebagai Tuhan, kerana ditulis oleh seorang Muslim. Namun kita perlu bertanya kepada diri masing-masing, “Sejauh manakah aku mengenal Allah s.w.t.?” Persoalan itu akan membuatkan kita memulakan sebuah kembara pencarian. Dan keyakinan itu adalah, orang yang mencari, dia akan dapat melakukan peningkatan pada kehidupannya.
=============================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-307-0
Tarikh Terbit: 9 Oct 2014
Jumlah Muka Surat : 248
Berat (kg): 0.32
Kategori: Bantu Diri, Motivasi & Inspirasi,Pembangunan Diri
Penulis: Hilal Asyraf
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
=============================


RM 18.00

Add to Cart