Chicken Soup For The Soul: Cipta Kebahagiaan Kita (Edisi Bahasa Melayu)

Ada banyak jalan bagi mencapai kebahagiaan. Selepas kita membaca cerita dalam buku ini, kita akan lebih bersedia bagi menemukan jalan dan destinasi yang tepat untuk kita. - Deborah Norville

Buku ini adalah susulan kepada buku terlaris, Chicken Soup for the Soul: Berfikir Positif. Kita dapat membaca cerita sebenar yang penuh inspirasi tentang bagaimana orang menggunakan fikiran positif, sifat bersyukur, dan akal mereka bagi menemukan jalan mencipta kebahagiaan, menyuburkan semangat, mencari tujuan, dan mencapai kegembiraan dalam hidup. Kita dapat belajar bagaimana:

- Menggunakan fikiran positif bagi mengubah sikap 
- Mencari kebaikan pada setiap hari dan bersyukur
- Mendengar kata hati dan menyuburkan semangat sebenar
- Menemukan tujuan kita semasa bekerja, bermain, dan menjadi sukarelawan
- Meninggalkan pekerjaan yang tidak berfaedah dan mencari pekerjaan yang lebih bermakna
- Mengalami erti indahnya memberi
- Berhenti sejenak dan menikmati harumnya bau bunga ... dan keluar mencipta kebahagiaan sendiri! 

===========================
ISBN-13: 978-967-369-194-4
Tarikh Terbit: 18 Jan 2013
Jumlah Muka Surat : 456
Berat (kg): 0.56
Kategori: Bantu Diri, Motivasi & Inspirasi,Pembangunan Diri
Penulis: Jack Canfield, Mark Victor Hansen, Amy Newmark
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
=========================== 


RM 28.00

Add to Cart
Review

Hidup ini adalah satu pencarian. Ada yang mahu mencari cinta, mencari kepuasan, dan mencari kebahagiaan. Mereka mencari cinta, namun bertemu derita. Yang mencari kepuasan, hidupnya penuh bosan. Yang mencari kebahagiaan, tewas dengan kesedihan. Kalau yang dicari-cari masih tidak dijumpai, tibalah masa untuk kita sendiri yang menciptanya. Ciptalah kebahagiaan dalam kesedihan dan ciptalah kebahagiaan dalam tekanan.

Batu permata dan intan berlian tidak akan wujud melainkan adanya tekanan selama berjuta-juta tahun. Sebagaimana indahnya kilauan permata, itulah analogi terindah untuk dikaitkan dengan kehidupan manusia. Sinar kebahagiaan tidak akan muncul tanpa adanya tekanan, masalah, dan cabaran dalam kehidupan kita. Tekanan dalam hiduplah yang akan mencipta dan menerbitkan sinaran kebahagiaan. Keadaan ini sudah terbukti kebenarannya. 100 orang insan yang sudah berjaya mencipta kebahagiaan mereka berkongsi cerita dalam buku ini, Chicken Soup for the Soul: Cipta Kebahagiaan Kita.

Apabila kebahagiaan berjaya dicipta, tekanan jadi mainan, dan cabaran jadi hiburan. Itulah yang mereka alami dan kita bertuah dapat membaca kisah hebat mereka dalam buku ini. 100 insan berbeza, dan 100 kisah berbeza. Namun, mereka sepakat mencipta sendiri kebahagiaan mereka. Kerana mereka mampu mencipta kebahagian, tiada sebab untuk kita gagal mencipta sendiri kebahagiaan kita. Masa depan belum kabur dan impian kita belum terkubur. Percayalah, masalah akan melebur dan kebahagian akan kekal subur. Nikmatilah 100 cerita inspirasi dalam buku ini untuk mencipta sendiri kebahagiaan kita.

Isi Kandungan

Bab 1: Mensyukuri Rahmat Tuhan
Bab 2: Kembali Pada Asas
Bab 3: Mencari Semangat yang Membara
Bab 4: Mengubah Sikap
Bab 5: Mengatasi Musibah
Bab 6: Kebahagiaan dalam Memberi
Bab 7: Mencari Tujuan Hidup Saya
Bab 8: Kebahagiaan yang Mudah
Bab 9: Melakukan yang Terbaik
Bab 10: Terjun dari Roda Kehidupan yang Berputar

No comments

Post a Comment

Info Section