Himpunan kisah inspirasi daripada pelbagai jenis manusia yang mencari rahsia Tuhan yang paling manis, iaitu jodoh.
Ada perempuan baik yang patah hatinya, ada lelaki yang terkenang dosa silam, ada yang perlu menanggung keluarga, ada yang berasa wajahnya tidak cantik, ada yang sudah tidak percaya kepada cinta, dan segala macam perkara yang membuatkan jodoh itu terasa jauh daripada mereka.
Namun, rahsia Tuhan siapa yang tahu. Ia datang kepada siapa yang mencari dan kepada yang yakin bahawa pada ketika ini, pada saat ini, jodohnya berada di belahan dunia yang lain, tetapi Tuhan belum mempertemukan mereka, kerana mereka sedang diuji.
Manisnya berdua, tidak akan terasa sekiranya sebelum ini tidak diuji dengan pahitnya sepi.
Format: Paperback
Saiz: 6"x9"
ISBN-13: 978-967-411-317-9
Tarikh Terbit: 13 Oct 2014
Jumlah Muka Surat : 218
Berat(kg) : 0.32
Kategori: Novel Dewasa, Keluarga Umum, Perhubungan, Motivasi & Inspirasi
Penulis: Bahruddin Bekri
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd
===========================
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd
===========================
RM 15.00 |
Add to Cart |
Kisah 1 : Mencari Jodoh yang Sempurna Kisah 2 : Dipaksa Menikahi Perempuan Cantik Kisah 3 : Bukan Jenis Termakan Kata-Kata Kisah 4 : Maknanya, Aku dan Dia Tiada Jodoh Kisah 5 : Malu Aku Mungkin Cuma Seminit Dua Kisah 6 : Jodohku di Internet Kisah 7 : Bekas Tunangku Kini Beranak Tiga Kisah 8 : Memang Minatku Pada Kaum Sejenis Kisah 9 : Dipaksa Mengahwini Lelaki yang Aku Benci Kisah 10 : Mustahil Playboy Mahu Bernikah Kisah 11 : Abang Gempal Itu Jodohku Kisah 12 : Aku Berjuang untuk Menjadi Suaminya Kisah 13 : I Love You kerana Berbaju Kurung Kisah 14 : Bagaikan Mimpi Aku Jadi Dato' Kisah 15 : Hinanya Aku pada Pandangan Bapanya Kisah 16 : Fobia pada Tamparan Lelaki Kisah 17 : Aku Tewas dengan Janji Perempuan Kisah 18 : Kami Mahu Kakak Ipar dan Anak Buah Kisah 19 : Hanya Kerana Aku Tiada Rupa Kisah 20 : Aku Terpaksa Menjadi Isteri Kedua |
No comments
Post a Comment