Buku Untuk Kita Pendosa: 30 Hari Mencari Tuhan yang dikarang, bukanlah kerana kita hanya perlu mencari Tuhan dalam masa 30 hari. Bukanlah juga kita pasti akan bertemu Tuhan dalam masa 30 hari. Ia hanya tajuk yang dipilih, kerana dalam masa sebulan, kita mempunyai sekitar 29 hari hingga 30 hari (bulan Qamariah), dan mungkin dalam kesibukan kita mengharungi arus kehidupan, dapatlah kita luangkan sebulan untuk memulakan sebuah pencarian yang penting dalam kehidupan kita. Buku ini juga diletakkan sebagai buku kedua dalam siri Untuk Kita Pendosa, kerana ia adalah refleksi yang baik untuk kita semua, manusia yang berdosa. Kita berani melakukan dosa, mungkin kerana kita terlupa hakikat hidup kita ini ada Tuhan. Kita juga mungkin berani melakukan dosa, kerana kita tidak tahu yang kita punya Tuhan. Lantas buku ini kembali mengingatkan kita pada hakikat tersebut, di samping berusaha membawa kita untuk lebih kenal dengan Tuhan.
Buku ini masih dalam kategori santai. Tidak terlalu berat. Ia sekadar sebuah riadhah fikri, untuk kita melakukan lebih refleksi terhadap diri sendiri, serta mengajak para pembaca memulakan pencarian masing-masing terhadap kebenaran Tuhan yang mereka percayakan selama ini. Mungkin buku ini lebih berorientasikan Allah sebagai Tuhan, kerana ditulis oleh seorang Muslim. Namun kita perlu bertanya kepada diri masing-masing, “Sejauh manakah aku mengenal Allah s.w.t.?” Persoalan itu akan membuatkan kita memulakan sebuah kembara pencarian. Dan keyakinan itu adalah, orang yang mencari, dia akan dapat melakukan peningkatan pada kehidupannya.
=============================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-307-0
Tarikh Terbit: 9 Oct 2014
Jumlah Muka Surat : 248
Berat (kg): 0.32
Kategori: Bantu Diri, Motivasi & Inspirasi,Pembangunan Diri
Penulis: Hilal Asyraf
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
=============================
RM 18.00 |
Add to Cart |
Bab 1 Bacalah dengan Nama Tuhan Kamu yang Menciptakan Bab 2 Menyedari Kewujudan Tuhan Bab 3 Tuhan Pemilik Al-Quran, Tuhan Pemilik Alam Semesta Bab 4 Allah Itu Esa Bab 5 Kebesaran Allah s.w.t. Bab 6 Allah Tidak Memerlukan Kita Bab 7 Allah Tidak Perlu Dibela? Bab 8 Allah s.w.t. yang Memberi Tawa Bab 9 Allah yang Membuatkan Kita Menangis Bab 10 Allah Itu Tidak Jauh Bab 11 Allah s.w.t. Tidak Lalai dan Alpa Bab 12 Mengapa Allah Menciptakan Kita untuk Ujian? Bab 13 Allah s.w.t. Tidak Akan Sesekali Zalim dan Memungkiri Janji-Nya Bab 14 Kerana Allah yang Menghitung Bab 15 Talian Hayat daripada Allah Sepanjang Kehidupan Bab 16 Islam yang Dia Turunkan Itu Bab 17 Allah Tidak Menciptakan Kita untuk Sia-sia Bab 18 Kuda Perang dengan Tuannya, Kita dengan Allah s.w.t. Bab 19 Dia yang Mengetahui Apa di dalam Rahim Bab 20 Dia yang Maha Pengampun Bab 21 ‘Ibadurrahman, Adakah Kita Orangnya? Bab 22 Pada Saat Kita Berdiri di Hadapan Allah Bab 23 Neraka Allah s.w.t. Bab 24 Syurga Allah s.w.t. Bab 25 Mereka yang Memilih untuk Beriman kepada-Nya dan Mereka yang Derhaka Bab 26 Allah Hanya Mahukan Kebaikan untuk Hamba-Hamba-Nya Bab 27 Datang daripada Allah, Kembali kepada Allah Bab 28 Pilihan di Tangan Kita Bab 29 Bersyukur Allah Itu Tuhan Kita Bab 30 Refleksi Seorang Hamba Tuhan |
No comments
Post a Comment