Kehidupan Ellina memang sengsara.
Sudahlah tiada mak sejak kecil, abangnya pula melarikan diri dari rumah
sewaktu remaja. Tinggallah Ellina bersama ayahnya yang kuat berjudi.
Bertambah sengsara hidup bila dirinya hampir-hampir dijadikan pelacur
oleh Pak Samad gara-gara mahu menebus hutang ayahnya itu. Mujur Hajah
Zainun sudi membeli Ellina, tetapi ada syaratnya.
“Kamu pilih, kamu mahu menjadi pelacur
seumur hidup kamu di kelab malam Wong Pai dan bayar balik hutang ayah
kamu tu sampai habis atau kamu jadi isteri anak saya? Hah...Dah tentu
sangatlah hidup kamu lebih terjamin kalau kamu jadi menantu saya bukan?
Jadi, jangan buang masa hidup kamu lagi, Ellina. Kamu kahwin saja dengan
anak saya.”
Mahu tak mahu Ellina harus akur
memandangkan dia tidak mampu membalas budi yang diberi perempuan tua
itu. Syukurlah dia bahagia melayari bahtera perkahwinannya dengan Datuk
Zafran walaupun lelaki itu bergelar duda terhangat di pasaran. Namun,
dugaan hidup takkan pernah berhenti. Ada saja yang cuba meruntuhkan
kebahagiaan rumah tangganya, tak kiralah sama ada Pak Samad yang masih
tidak jemu-jemu mengganggu atau Puan Sri Arisa, bekas isteri suaminya.
“Kalau El fikir abang akan tinggalkan El
semata-mata kerana fitnah orang, maaf. Abang bukan begitu orangnya,
sayang. Sekali abang katakan abang cinta, seumur hidup abang akan tetap
cintakan El, tak kiralah dari mana pun asalnya isteri abang ni.”
Janji yang diberikan Datuk Zafran berjaya
menghilangkan duka Ellina. Namun, mampukah Ellina terus bersabar dengan
fitnah yang dilemparkan Puan Sri Arisa? Sanggupkah dia berpisah dengan
suami kesayangannya semata-mata ingin memenuhi kehendak Pak Samad yang
tidak jemu-jemu mengganggu kebahagiaan hidupnya?
===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7”
ISBN: 9789673652631
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7”
ISBN: 9789673652631
Jumlah Muka Surat: 520
Berat (Kg): 0.43
Berat (Kg): 0.43
Penulis: Qhayra Qhayriesa
===========================
===========================
RM 24.00 |
Add to Cart |
No comments
Post a Comment