Kerana satu peraduan cabutan bertuah yang
didaftarkan atas nama Durrah, dia memenangi pakej percutian ke
Langkawi. Gara-gara pakej itu, dia bertemu dengan Juliana. Gadis yang
cuba berlagak gentleman dengannya. Mengambil berat, suapkannya makanan.
Mulalah Durrah fikir yang bukan-bukan, tapi ops! Dia bukannya les...Isy!
Takkanlah Ju macam tu?
Luth Zafir, pemilik Perkasa Sdn. Bhd.
Kenapa gadis yang seorang itu degil untuk menjual tanah dan rumah yang
ingin dibelinya? Farhan cakap mustahil. Baginya, mesti ada cara.
Caranya...adalah! Bila dah menjadi, dia dituduh gay. Ini boleh mencabar
kelelakiannya! Lebih daripada itu, Durrah turut terkena tempias.
Nama baik dan maruah gadis itu dijaja.
Dia akui itu berpunca daripada kesilapannya. Ditambah dengan rasa yang
bertamu, dia menyuarakan rasa hati kepada Durrah. Dia ajak Durrah kahwin
dengannya!
Di bawah satu bumbung dengan suami yang
tall, dark and handsome yang memang menepati ciri-ciri idamannya,
mulalah Durrah tak keruan. Sikap budiman semula jadi Luth Zafir yang
ditunjukkan, membuatkan hatinya degil tidak menurut kata.
“Emmm...I tak goda you pun. Bila I goda? Kalau I goda, mesti lain dah jadinya. Ke you yang dah tergoda dengan I, sayang?”
Dan, Alisya tidak senang duduk. Luth
Zafir harus direbut. Dia yang kenal lelaki itu dulu, katanya. Kemunculan
anak kembar Tan Sri Mokhar, Sherin dan Sherina, menambahkan lagi
perisa. Pelbagai perkara mula terjadi. Dan Durrah, sungguh tak ingin
kehilangan Mr. Gentlemannya!
===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7”
ISBN: 9789673652624
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7”
ISBN: 9789673652624
Jumlah Muka Surat: 610
Berat (Kg): 0.47
Berat (Kg): 0.47
Penulis: Daisy Zahra
===========================
===========================
RM 26.00 |
Add to Cart |
No comments
Post a Comment