Fiksyen

Showing posts with label Fiksyen. Show all posts
Showing posts with label Fiksyen. Show all posts
Sekolah Sri Bangsar dipilih jadi tuan rumah Ekspo Robot! Cikgu Aziz Zatter selaku guru reka cipta diminta membina sebuah robot. Dibantu Alfi dan Najmina, maka terciptalah sebuah robot bernama TRANSFAMOUS. Malangnya, rekaan tersebut rosak terjatuh dari tingkat tiga. Lebih memeningkan, pertandingan robot tinggal beberapa hari sahaja.

Alfi yang meminati cosplay, mencadangkan robot rosak ditukar menjadi kostum maskot. Masalahnya, ketiga-tiga mereka tidak muat menggayakan kostum tersebut. Alfi terlalu tinggi, Najmina lebar punggung dan Cikgu Aziz pula berperut boroi!
 
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7”
ISBN-13: 978-967-0411-71-2
Jumlah Muka Surat: 210
Tarikh Terbit: 29 Apr 2016
Berat (Kg): 0.20
Penulis: Ain Maisarah, Azanil Fitri
Penerbit: Blink Book
===========================


RM 15.00

Add to Cart
Sambutan hari lahir dibuat di Seoul, Korea. Oh... bukan calang-calang remaja yang dapat menikmati kehebatan sebegitu. Ibu bapa memberi kejutan, malah sudi menaja segalanya.

Sazzy The Wannababes tidak menyangka, itu hadiah buatnya. Menginap hotel mewah... malah bakal duduk kerusi VIP bagi menghadiri Seoul Fashion Week. Kemungkinan besar dapat bertemu artis-artis K-POP. Oh, hebatnya jika ada G-Dragon!

Paling seronok, Sazzy diberi kepercayaan melancong bersama sahabat seusia. Maka tentunya ahli The Wannababes yang jadi teman pilihan bagi menikmati segala kehebatan.

Malangnya sebaik sampai... pemandu teksi membawa dua remaja terus ke ceruk kampung dan bukannya ke Seoul. Lebih menakutkan, mereka dikejar samseng jalanan. Habis pakaian, dokumen daftar hotel dan pasport dicuri dalam sekelip mata!

Percutian merangkap sambutan hari lahir Sazzy terus berubah jadi satu ekspedisi menyelamatkan diri dan nyawa. Mereka perlu bertahan di Seoul dalam keadaan sehelai sepinggang, sekeping duit pun tiada!

Mampukah Sazzy susah di negara orang pada kala selama ini hidupnya senang-lenang? Sememangnya kisah travelog ini mendebarkan... mengundang sakit jantung, pinggang, dan pankreas! Bacalah novel Aku Mahu Jadi Seoulvivor hingga ke muka surat terakhir bagi mengetahui jawapannya!

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7.5”
ISBN-13: 978-967-0411-85-9
Tarikh Terbit: 29 April 2016
Jumlah Muka Surat: 224
Berat (Kg): 0.21
Penulis: Ain Maisarah, Rashiela Nurain
===========================


RM 15.00

Add to Cart
Diari adalah buku peribadi yang mencatat segala luahan hati, perancangan sehari-hari dan rahsia yang disimpan rapi. Gadis bernama Ezra Fazrirah merupakan seorang yang sangat suka menulis diari. Segala apa yang terjadi, semuanya tidak pernah terlepas dirakam memori ke dalam diari merah jambu yang digelarkan Pinky Pink.
 
Diari kesayangan itu mesti dibawa kemana-mana sahaja, sehinggakan ke dalam pawagam yang gelap gelita. Ah... di situ juga dia sempat menulis diari! Tiba-tiba satu hari, tragedi menimpa diri. Pinky Pink kesayangan hilang dan tertukar dengan diari merah jambu lusuh kepunyaan orang lain yang entah siapa pemiliknya. Ezra sememangnya sangat takut jika segala rahsianya terdedah!
 
Paling parah, Ezra mula mengesyaki... diari itu sebenarnya telah tertukar dengan diari seorang pembunuh bersiri yang berbahaya dan kejam sekali! Diari lusuh di tangannya kini menyimpan butiran peribadi 15 orang mangsa yang telah dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa. Apakah yang akan dilakukan oleh Ezra? Adakah dia bakal menjadi mangsa pembunuhan yang seterusnya?
 
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7.5”
ISBN-13: 978-967-0411-87-3
Tarikh Terbit: 29 April 2016
Jumlah Muka Surat: 224
Berat (Kg): 0.21
Penulis: Ain Maisarah, Alam Anuar
===========================
 
 
RM 15.00

Add to Cart
Metamorfosis dan Kisah2 Lain adalah novella oleh Franz Kafka, pertama kali diterbitkan pada tahun 1915. Ia telah dipanggil salah satu karya seminal fiksyen abad ke-20 dan dikaji di kolej dan universiti di seluruh dunia Barat. Ia telah dialih sepenuhnya ke dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.
 
Cerita ini bermula dengan jurujual kembara, Gregor Samsa, bangun untuk mencari dirinya berubah (dimetamorfosis) ke dalam, besar salahnya serangga seperti makhluk yang besar. Punca transformasi Gregor yang tidak pernah dinyatakan dan Kafka sendiri tidak pernah memberikan penjelasan. Selebihnya novella tawaran Kafka dengan cubaan Gregor untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru kerana beliau memperkatakan yang membebankan ibu bapa dan kakaknya, yang ditolak oleh makhluk yang menengerikan penuh kutu.
 
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7”
ISBN-13: 9789671368817
Jumlah Muka Surat: 133
Berat (Kg): 0.15
Penulis: Franz Kafka
Penerbit: Thukul Cetak
===========================
 
 
RM 25.00

Add to Cart
Demi Kharlissa, Khairul Rasheed sanggup melakukan apa sahaja. Malah dia mulai melanggar prinsip hidupnya sendiri. Dia tidak ingin kehilangan wanita yang sangat dicintai. Sungguh dia tidak tahu betapa pahit dan hitamnya sejarah silam Kharlissa. Sehingga satu demi satu rahsia terbongkar. Khairul Rasheed bertindak menyembunyikan Kharlissa jauh dari segala bahaya
 
Tetapi bahaya tetap datang mengintai dan memburu Kharlissa.
 
===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7”
ISBN-13: 9789672011064
Jumlah Muka Surat: 368
Berat (Kg): 0.25
Penulis: Fateen Najwa
Penerbit: Thukul Cetak
===========================
 
 
RM 25.00

Add to Cart
Buku ini merangkumi antologi 24 cerpen indie islamik. Cerpen yang menarik dan ilmiah. Selamat membaca!
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7”
ISBN-13: 9789671277966
Jumlah Muka Surat: 260
Berat (Kg): 0.22
Penulis:
Penerbit: Penerbitan Wahai!
===========================


RM 25.00

Add to Cart
Kombo ini mengandungi Novel:
  1. Satu Janji 
  2. 9 Nyawan
  3. Rayyan Fantasi
=====================
Berat: 1.28kg
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf 21
=====================


Harga Asal: RM 59.70
RM 50.00
Add to Cart
Kombo ini mengandungi novel:
  1. Rahsia Perindu
  2. Hatiku di Haruju
  3. Cinta Sang Ratu
  4. Mandatori
  5. Mikhail
  6. Semangat Hutan
===========================
Berat: 2.58 kg
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf 21
===========================


Harga Asal: RM 119.40
RM 100.00
Add to Cart
Kombo ini mengandungi Novel:
  1. Tombiruo (Penunggu Rimba)
  2. Aku Bercerita
  3. Rayyan Fantasi
  4. Sunan Nanggaroe Sang Kembara
  5. 9 Nyawa 
  6. Satu Janji
===================
Berat: 2.62 kg
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf 21
===================


Harga Asal: RM 127.60
RM 100.00
Add to Cart
Afika berperwatakan sedikit lasak. Dia mempunyai minat dan cita-cita mahu menjadi pereka grafik. Oleh itu, Afika sangat mendambakan laptop berjenama Apple. Dia sanggup berusaha keras demi memiliki laptop Apple dengan cara menjadi mekanik sambilan di bengkel milik abangnya, Iwan. Dia sangat cekap menjadi mekanik dan pada masa yang sama pelajarannya masih pada tahap cemerlang kerana Afika mahu membuktikan kepada keluarganya yang dia bersungguh mahu mengumpul wang demi mengejar cita-cita. Pelbagai suka duka yang diharunginya sepanjang menjadi gadis mekanik. Akhirnya Afika berjaya mendapatkan laptop dambaannya dengan sedikit bantuan ibu tirinya. Afika juga berjaya mengubah dirinya supaya menjadi gadis yang lebih lemah lembut.

=========================
Berat: 0.17kg
Penulis: Nuriazam Ismail
Penerbit: PTS
==========================


RM 14.00

Add to Cart
The new novel from the author of the bestselling collection HORROR STORIES. 
A child goes missing.
On a hill stands a huge banyan tree.
The story unfolds ...
 
Kenny Leong, a university student, and his two brothers open a restaurant in London. 
His Irish friend, Trevor, helps out as a waiter. At first the restaurant is a failure but when the junior chef, Faizah, cooks up a new mysterious Malay dish, everything changes for them all.
 
In this haunting tale of love and healing, we follow Kenny and Trevor from London to Seville, and then to Malaysia thirty years later.

===========================
Format: Paperback
Saiz:
5" x 7
ISBN:
9789670750866
Jumlah Muka Surat: 255
Berat (Kg): 0.21
Penulis: Tunku Halim
Penerbit: 
===========================
 
 
RM 19.90

Add to Cart
Selain dari nampak bermacam jenis hantu di dalam perpustakaan, apa lagi kisah seram yang boleh terjadi? Buku ini boleh menjawab persoalan itu dengan baik. Yang mana kalau kau baca buku ni... kau akan mendapat pengalaman naik roller coaster sambil berbalas pantun dengan cikgu bahasa melayu kau. Sesuatu yang baru, bukan? Begitulah dengan 5 kisah seram yang ada di dalam buku ini!

Setiap kisah di dalam buku ini mempunyai penutup yang tidak kau boleh agak. Ia akan kekal menjadi misteri selagi kau tak baca habis.

Kisah-kisah dalam buku ini juga bermain dengan perasaan takut dan ingin tahu pada tahap maksimum. Persoalan seperti apa kaitan hantu dengan sebuah mesin fotostat dan mangga kunci pintu? Apa hubungan pekerja di perpustakaan awam dengan kes kehilangan beberapa orang remaja? Mengapa buku kosong yang ada diperpustakaan awam membunuh sesiapa saja yang meminjamnya?

Kalau kau tak beli dan baca buku ini, semua persoalan di atas akan kekal menjadi misteri yang menghantui hidup kau. Tapi di sebalik semua itu, terdapat pengajaran-pengajaran yang akan kau perolehi dari buku ini. Menjadikan buku ini bahan hiburan yang memberi manfaat. Pengawas sekolah pun rasa serba salah nak lapor pada cikgu kalau kau bawa buku ini ke sekolah.

Jadi kau belek apa lagi? Beli dan baca saja buku ini!

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7.5”
ISBN-13: 978-967-0411-91-0
Tarikh Terbit: 3 May 2016
Jumlah Muka Surat: 120
Berat (Kg): 0.11
Penulis: Olvidado Shakur
===========================

RM 10.00
Add to Cart
Kalau kau main tengok tajuk dan terus buat andaian yang buku ini adalah satu lagi buku klise, KAU SILAP!

Mana kau nak cari hantu yang buat mangsanya takut sampai nak terkencing dalam seluar dengan hanya melakukan selfie? Apa pula kaitannya hantu dengan projek gelap pertubuhan bukan kerajaan? Kenapa hantu seperti pontianak jadi bahan kajian saintis? Kau tak baca buku ni, memang kau tak tahu jawapannya.

Setiap 5 kisah di dalam buku ini diakhiri dengan cara yang paling kau tak sangka. Buat kau rasa seperti naik roller coaster sambil main teka-teki dengan orang sebelah kau. Tak dapat bayangkan? Begitulah hebatnya buku ini.

Terdapat beberapa pengajaran yang boleh kau jadikan sempadan di dalam buku ini. Penulis buku ini tidak mahu kau mendapatkan hiburan yang sia-sia. Kau nampak tak betapa berfaedahnya buku ini Kalau baca di sekolah pun mesti cikgu tak jadi rampas. Tapi kalau kau baca masa cikgu tengah mengajar, itu namanya baca atas risiko sendiri.

Jadi kau tunggu apa lagi? Jangan belek lama sangat buku ini. Beli dan baca sekarang!

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7.5”
ISBN-13: 978-967-0411-90-3
Tarikh Terbit: 3 May 2016
Jumlah Muka Surat: 140
Berat (Kg): 0.12
Penulis: Olvidado Shakur
===========================

RM 10.00
Add to Cart
Kalau  asrama  tak  ada  cerita  hantu,  memang  bukan  asramalah  namanya.  Sedangkan asrama  tahfiz  pun  ada  kisah  seramnya  yang  tersendiri.  Ini  kerana  asrama  adalah  antara  10 tempat  yang  paling  popular  dengan  cerita  hantu  dan  seram.  Yang ada  cerita  cinta  tu  bukan asrama, dik! Itu asmara namanya. Jadi mohon jangan tersilap di situ.

Penulis buku ini cuba untuk menyampaikan 5 kisah seram di asrama dengan cara yang tidak  klise...  yang  mana  setiap  cerita  akan  berakhir  dengan  cara  yang  kau  susah  nak  agak. Setiap kisah dipilih dan diolah dengan bersungguh-sungguh oleh penulis, supaya kau tak rasa rugi beli buku ini.

Di dalam buku  ini  kau  akan  melihat  dengan  jelas,  bagaimana  hantu  zaman  sekarang  sudah semakin kreatif nak menyakat manusia  sampai pengsan  atau terkencing dalam seluar. Hantu-hantu   di   dalam   buku   ini   mahir   dalam   menggunakan   barang-barang   popular   di kalangan pelajar asrama.

Namun selain dari semua kisah seram, terdapat juga pengajaran yang kau boleh ambil buat pedoman hidup. Jadi  kalau  kau  nak  tahu  cerita-cerita  baru  tentang  betapa  seramnya  tempat  yang dipanggil asrama, pecahkan duit tabung dan beli buku ini sekarang!

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7.5”
ISBN-13: 978-967-0411-89-7
Tarikh Terbit: 3 May 2016
Jumlah Muka Surat: 144
Berat (Kg): 0.14
Penulis: Olvidado Shakur
===========================

RM 10.00
Add to Cart
Bila  bercakap  tentang  kisah  misteri  dan  mistik,  apa  yang  terlintas  dalam  fikiran  kau? Tolong  jangan  cakap  karipap  dan  maggi  cap  itik.  Kalau  kau  google  dua  perkataan  tadi,  mesti ada banyak artikel yang keluar. Ada resepi, ada yang pelik dan ada juga yang buang masa saja membacanya.

Tapi 5  kisah  misteri  dan  mistik  dalam  buku  ini  bakal  memberikan  kau  pengalaman yang baru. Kira macam kau naik roller coaster sambil makan karipap dan hirup maggi panas-panas.  Pelik  dan  mengelirukan?  Begitulah  dengan  kisah-kisah  yang  ada  dalam buku ini.

Tangkal boleh halang aktiviti pembulian budak-budak sekolah? Susuk boleh beri populariti? Huh... memang kepercayaan mistik zaman moden!  Kau  beli  dan  baca  buku  ni  kalau  kau  nak tahu  jawapannya.  Semua cerita  di  dalam  buku  ini  telah  ditapis  dan  bebas  dari  babak-babak  lucah  atau  sewaktu dengannya.

Malah  di  dalam  buku  ini  terdapat  pengajaran  yang  diharap  kau  boleh  terima  dengan baik dan positif. Kalau kau nak rasa ada makhluk mistik yang memerhati waktu baca cerita, beli buku ini!

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7.5”
ISBN-13: 978-967-0411-88-0
Tarikh Terbit: 3 May 2016
Jumlah Muka Surat: 128
Berat (Kg): 0.12
Penulis: Olvidado Shakur
===========================


RM 10.00
Add to Cart
Paris! Kota impian penuh angan-angan. Buatkan ramai teruja dan jatuh hati dengan keindahan kota cinta.
 
Farah Aryani turut merancang ke Paris selepas tamat SPM. Nekad sangat walaupun hasratnya ditentang keluarga. Sampai sanggup merajuk ke rumah kawan selama 3 hari 3 malam! Sudahnya, terpaksalah diturut kehendak anak tersayang.
 
Walaupun membenarkan, ibu bapa Farah tidak sedap hati mahu melepaskan anak dara berjalan seorang. Lalu disuruh Kak Wati, bibik setia agar turut serta. Farah pasrah... jika tidak, melepaslah peluang mahu melancong ke tempat impian.
 
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7.5”
ISBN: 978-967-0411-87-3
Jumlah Muka Surat: 220
Berat (Kg): 0.20
Tarikh Terbit: 29 Apr 2016
Penulis: Ain Maisarah, Haziq Ridzuan
===========================
 

RM 15.00
Add to Cart
Siti Nurlinda binti Ratfar, Ketua Gosip The Wannababes... kumpulan paling popular di Sri Bangsar. Semua ahli-ahlinya merupakan anak-anak orang kaya. Profil Linda sendiri tidak kurang hebatnya. Tinggal di kondo mewah, ibu bapa pula menetap di luar negara kerana menguruskan perniagaan di sana.

Namun, segalanya hanyalah cerekarama yang dicipta. Hakikatnya, Linda hidup amat sederhana. Menetap di kawasan setinggan, ayahnya bekerja sebagai kerani kerajaan. Demi mengaburi mata The Wannababes, Linda sanggup menyamar!

Namun bukan mudah mahu kekal bergaya seiring dengan anak-anak orang kaya. Pada kala poket berhabuk, Linda perlu tampil dengan pemakaian yang elok-elok. Pada ketika duit tidak cukup, sahabat baik pula menyambut hari jadi dan mesti dibelikan hadiah yang meletup.

Linda mencari pelbagai alternatif kewangan sehingga dinobatkan sebagai ‘the new trendsetter in Sri Bangsar!

Namun tiba-tiba identiti Linda terbongkar. Bagaimanakah penerimaan The Wannababes terhadapnya? Adakah masih kekal bersahabat walaupun berlainan darjat? Semuanya terjawab dalam Aku Mahu Bergaya... novel tentang persahabatan yang amat menyentuh jiwa.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5” x 7.5”
ISBN-13: 978-967-0411-81-1
Tarikh Terbit: 29 Apr 2016
Jumlah Muka Surat: 224
Berat (Kg): 0.20
Penulis: Ain Maisarah, Haziq Ridzuan
===========================

RM 15.00
Add to Cart
Kejadian ragut berlaku di Sekolah Sri Bangsar! Ada pelajar sudah menjadi mangsa, sampai tercalar muka! Afiqah si Juara Taekwondo langsung tidak risau... kekuatannya tentu mampu mengalahkan peragut yang datang menyerang. Sekali tumbuk, pasti melayang!

Pada masa yang sama... kumpulan pelajar paling popular iaitu The Wannababes mula ketakutan. Bagaimana sekiranya diri menjadi mangsa? Bimbang beg berjenama mahal akan dicuri oleh perompak durjana! Takutnya jika diragut dan diheret motosikal, nanti kulit mulus laksana model boleh dirobek-robek terkena jalan tar! Paling sadis, rambut yang cantik berseri akan ditarik oleh peragut yang tidak kenal erti simpati. Memang ngeri, ia sesuatu yang mesti dihalang dari awal lagi!

Maka The Wannababes membuat keputusan, memerlukan seorang pengawal peribadi. Pengawal itu mestilah mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri! Boleh menjaga keselamatan, boleh sentiasa ada di sisi bagi memenuhi setiap permintaan. Paling penting, populariti The Wannababes tentu meningkat kerana kini setaraf bintang-bintang Hollywood yang mampu mengupah bodyguard.

Adakah The Wannababes bakal menemui super bodyguard yang dikehendaki? Bacalah novel ini, tetapi hati-hati jangan sampai novel ini diragut pencuri!

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5” x 7.5”
ISBN-13: 978-967-0411-84-2
Tarikh Terbit: 29 Apr 2016
Jumlah Muka Surat: 240
Berat (Kg): 0.21
Penulis: Ain Maisarah, Aman Wan
===========================


RM 15.00
Add to Cart
Syaza anak tunggal yang biasa keseorangan, terkejut apabila ibunya Puan Mariah memberitahu akan kembali berumahtangga. Memilih Tuan Syukur... duda beranak dua. Lebih haru, gabungan dua keluarga kini menetap bersama.

Syawal si abang tiri, aktif bersukan. Jersi dan kasut bersepah. Bau badan pula busuk, sehanyir ikan yang perutnya pecah. Serius boleh termuntah! Syakir pula adik tiri yang membela binatang. Dilepaskan bebas hingga kumbang besar merayap pada paha! Syaza turut histeria melihat mentadak menonton TV di sofa! Paling ngeri, ayah tirinya mengajak seluruh keluarga bercuti di hutan? Oh... tidak sesuainya!

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5” x 7.5”
ISBN-13: 978-967-0411-83-5
Tarikh Terbit: 29 Apr 2016
Jumlah Muka Surat: 223
Berat (Kg): 0.21
Penulis: Ain Maisarah, Nur Khairiah
===========================


RM 15.00
Add to Cart
Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia dua tahun?

Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Zack biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pun dia dengan pernikahan itu pun hanya kerana dia memikirkan air muka tok ayah, insan kesayangannya yang juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob.

“Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. Itu doa saya!” – Pehah.

“Pehah, Pehah... Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing- pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara Aishah ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiii...” – Zack.

Adakah dia bad luck? Lapan tahun pun berlalu, tapi jangankan Siti Nurhaliza atau Izara Aishah, yang ala- ala itu pun Zack tak pernah jumpa. Phewww! Takkan dia dah terkena sumpahan Pehah? Atau mungkin menjadi duda yang terlajak laris itu menjadi satu batu penghalang untuk Zack bertemu dengan pemilik tulang rusuknya yang sebelah lagi itu apabila hubungannya tak pernah kekal sehingga ke jenjang pelamin?

“Nope. I am okay with that. Saya tak kesah pun sama ada awak ni duda atau teruna sebab saya tak pernah letak syarat apa-apa pada calon suami saya. Dan kalau ada pun syaratnya cuma satu. Orangnya mesti awak. Tak ada orang lain. Hanya Zafran Aldrin!” – Idayu.

Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini? Akan diturutkan jugakah untuk menikahi Idayu atau sebaliknya?

Kata orang-orang tua, cakap tu biar berpijak di bumi yang nyata. Jangan bongkak sangat nanti terpaksa telan kata-kata sendiri. Kata-kata sendiri, boleh diterima lagi kalau terpaksa dia telan, tapi kalau terpaksa jilat ludah sendiri? Memang taklah!

============================
ISBN : 978-967-0567-51-8
Berat (kg) : 0.45
Penulis : Aifa Batrisya
Penerbit : Fajar Pakeer

============================


RM 25.00

Add to Cart