Kalau asrama tak ada cerita hantu, memang bukan asramalah
namanya. Sedangkan asrama tahfiz pun ada kisah seramnya yang
tersendiri. Ini kerana asrama adalah antara 10 tempat yang
paling popular dengan cerita hantu dan seram. Yang ada cerita
cinta tu bukan asrama, dik! Itu asmara namanya. Jadi mohon jangan
tersilap di situ.
Penulis buku ini cuba untuk menyampaikan 5 kisah seram di asrama dengan cara yang tidak klise... yang mana setiap cerita akan berakhir dengan cara yang kau susah nak agak. Setiap kisah dipilih dan diolah dengan bersungguh-sungguh oleh penulis, supaya kau tak rasa rugi beli buku ini.
Di dalam buku ini kau akan melihat dengan jelas, bagaimana hantu zaman sekarang sudah semakin kreatif nak menyakat manusia sampai pengsan atau terkencing dalam seluar. Hantu-hantu di dalam buku ini mahir dalam menggunakan barang-barang popular di kalangan pelajar asrama.
Namun selain dari semua kisah seram, terdapat juga pengajaran yang kau boleh ambil buat pedoman hidup. Jadi kalau kau nak tahu cerita-cerita baru tentang betapa seramnya tempat yang dipanggil asrama, pecahkan duit tabung dan beli buku ini sekarang!

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7.5”
ISBN-13: 978-967-0411-89-7
Tarikh Terbit: 3 May 2016
Jumlah Muka Surat: 144
Berat (Kg): 0.14
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7.5”
ISBN-13: 978-967-0411-89-7
Tarikh Terbit: 3 May 2016
Jumlah Muka Surat: 144
Berat (Kg): 0.14
Penulis: Olvidado Shakur
===========================
===========================
RM 10.00 |
Add to Cart |
No comments
Post a Comment