Penerbit

Showing posts with label Penerbit. Show all posts
Showing posts with label Penerbit. Show all posts
“Ever wondered why the companions of Prophet SAW easily cried when they listened to the recitation of the Quran? Even the non-believers amongst the Quraisy were constantly amazed by how powerful the quran is! Simply because they UNDERSTOOD the Quran!
‘A cup of wisdom is really a small and humble effort to try to bring you closer to the true meanings of the quran ( via selected surahs of juz amma) Not untill we can appreciate the beauty and wonder of these love letters from allah , we will be able to be a true Muslim!
“Then do they not reflect upon the Quran , or are these locks upon their hears?” -Muhammad, 47 :24

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 8.5"
ISBN-13: 9789671277935
Tarikh Terbit: 2015
Jumlah Muka Surat: 160
Berat (Kg): 0.21
Penulis: Ustaz Kamaru Salam Yusof, Nurhafizatulhikmah Hj Seribini
===========================

RM 20.00
Add to Cart
The new novel from the author of the bestselling collection HORROR STORIES. 
A child goes missing.
On a hill stands a huge banyan tree.
The story unfolds ...
 
Kenny Leong, a university student, and his two brothers open a restaurant in London. 
His Irish friend, Trevor, helps out as a waiter. At first the restaurant is a failure but when the junior chef, Faizah, cooks up a new mysterious Malay dish, everything changes for them all.
 
In this haunting tale of love and healing, we follow Kenny and Trevor from London to Seville, and then to Malaysia thirty years later.

===========================
Format: Paperback
Saiz:
5" x 7
ISBN:
9789670750866
Jumlah Muka Surat: 255
Berat (Kg): 0.21
Penulis: Tunku Halim
Penerbit: 
===========================
 
 
RM 19.90

Add to Cart
Polis koboi Texas dengan serius mengacukan pistol kearah kepala Bad dan menjerit sekuat hati.
“I SAID OPEN THE DOOR! OPEN THE DOOR!” Bad dicampak ke atas lebuh raya dan tangannya digari. Aku digari beberapa minit kemudian dan dicampak ke tepi jalan juga.
Buku ini menceritakan sebuah kisah benar tentang dua pemuda Melayu yang merantau pusing Amerika dengan berbekalkan duit sedikit dan impian setinggi gunung. Satu kereta menjadi saksi bagi semua peristiwa ini. Pada mulanya semua bermula dengan manis dari New York dan perlahan-lahan bertukar menjadi pahit apabila tiba di negeri Texas. Aku dan Bad ditangkap polis koboi kerana mereka mengesyaki kami penjenayah besar.
Moga pengembaraan Merantas Amerika ini menjadi inspirasi bagi anak muda mengejar impian yang lagi besar dalam hidup.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 7" x 5"
ISBN-13: 9789671409008
Tarikh Terbit: April 2016
Jumlah Muka Surat: 210
Berat (Kg): 0.21
Penulis: Badrul Hisham
===========================


RM 25.00
Add to Cart
“Ini bukan percutian ala-ala datin”
“Saya terasa seperti mahu memasukkan tangan ke celah lubang kaunter yang muat dua tangan itu dan mencekik pegawai itu semahunya.”
“Hati gembira dan bersyukur kerana berjumpa orang senegara. Di sini tiada lagi Cina atau Melayu. Di sini orang Malaysia bersatu.”
“Lelaki yang membawa kami segera mencangkukkan sabit yang sentiasa ada ditangannya ke telinga Dik Dik.”
“Memang mencabar! Demam terus, malah ada sesuatu yang lebih menakutkan berlaku ke atas saya. Jeng jeng jeng!”

===========================
Format: Paperback
Saiz: 8" x 5"
ISBN-13: 9789671387702
Tarikh Terbit: Jan 2016
Jumlah Muka Surat: 160
Berat (Kg): 0.17
Penulis: Normi Ahmad Shafie
===========================

RM 25.00
Add to Cart
“Adik, berli satu 10 ringgit,” suara lelaki itu menarik perhatian saya. Saya pandang ke muka lelaki itu, dia orang Korea dalam lingkungan umur 40-an. ‘Eh, tau berbahasa Melayu?’ Dia tersenyum memandang saya sambil mengulangi ayatnya tadi. Saya pandang baju t-shirt yang dijualnya tertera harga KRW10,000. ‘Wah, RM10 kau kata!’ *******
Sedang menuruni tangga subway, kedengaran bunyi ‘gedebuk’ diikuti suara budak mengerang kesakitan. Saya segera berpaling ke belakang dan terlihat seorang budak lelaki dalam linkungan umur 10 tahun yang agak gempal berbangsa Korea sedang terjelepuk di atas tangga tak jauh dari saya.
Dia menangis dan mengaduh. Ada luka di kaki kanannya. Kasihan sungguh!
Saya pun cuba panggil orang-orang tempatan yang sedang lalu-lalang. “Please help him, he’s hurt.”
Ramai terus berjalan, memandang tapi tiada seorang pun berhenti memberi pertolongan.
*******
29 Oktober 2015 kembara ke Seoul, 5 hari 4 malam, RM1,400 termasuk tiket kapal terbang dan penginapan. Ohsem!

===========================
Format: Paperback
Saiz: 8" x 5"
ISBN-13: 9789671387719
Tarikh Terbit: April 2016
Jumlah Muka Surat: 192
Berat (Kg): 0.20           
Penulis: Normi Ahmad Shafie
===========================


RM 25.00
Add to Cart
Musafir Duniawi adalah sebuah buku hybrid petua pengembaraan dan travelog musafir yang menjelaskan bagaimana seorang musafir duniawi boleh terus bermusafir, beserta bekal iman, kecekalan dan ketabahan dalam hati. Segala petua yang diperturunkan dalam pengalaman merentas 5 benua, 60 negara, pelbagai sejarah, agama dan budaya, berjuta rupa manusia, serta berbagai jenis perjalanan yang diambil sejak berusia dewasa 18 tahun. Susah senang, suka duka, tangis tawa, segalanya telah dibukukan sebagai petua dan pengalaman dalam buku ini.

Bumi Allah ini maha luas untuk dijelajah. Seluruh kehidupan pun belum tentu cukup untuk melalui dan mengalami semuanya. Cuma jika manusia tidak mula mengembara, seolah-olah satu halaman buku sahaja yang dibacanya. Halaman lain yang barangkali lebih indah, penuh kisah akan ditinggalkannya. Bumi Allah terlampau indah bagaikan alam mimpi. Hanya kesungguhan untuk bermusafir akan menjadikannya realiti!

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 8”
ISBN-13: 9789671412404
Jumlah Muka Surat: 232
Berat (Kg): 0.25
Penulis: Faiz Najmi
===========================


RM 25.00
Add to Cart
Jika sebelum ini buku Travelog Mr. Traveller lebih tertumpu kisah kronologi perjalanan penulis di Eropah dan India, kali ini penulis telah memuatkan sebanyak 50 kisah benar yang berkait dengan kisah motivasi, inspirasi dan kembara diri dalam buku ini. Kesemua kisah ini adalah realiti dialami penulis sepanjang pengembaraannya ke lebih 35 buah negara. Moga ia mampu memberikan sesuatu yang baru dalam dimensi pembacaan anda dan beroleh manfaat daripadanya.
#TravelogMRTraveller2

===========================
Format: Paperback
Saiz: 8" x 5"
ISBN-13: 9789671412428
Tarikh Terbit: April 2016
Jumlah Muka Surat: 400
Berat (Kg): 0.40           
Penulis: Meor Farid Asyradi
===========================


RM 25.00
Add to Cart
Selain dari nampak bermacam jenis hantu di dalam perpustakaan, apa lagi kisah seram yang boleh terjadi? Buku ini boleh menjawab persoalan itu dengan baik. Yang mana kalau kau baca buku ni... kau akan mendapat pengalaman naik roller coaster sambil berbalas pantun dengan cikgu bahasa melayu kau. Sesuatu yang baru, bukan? Begitulah dengan 5 kisah seram yang ada di dalam buku ini!

Setiap kisah di dalam buku ini mempunyai penutup yang tidak kau boleh agak. Ia akan kekal menjadi misteri selagi kau tak baca habis.

Kisah-kisah dalam buku ini juga bermain dengan perasaan takut dan ingin tahu pada tahap maksimum. Persoalan seperti apa kaitan hantu dengan sebuah mesin fotostat dan mangga kunci pintu? Apa hubungan pekerja di perpustakaan awam dengan kes kehilangan beberapa orang remaja? Mengapa buku kosong yang ada diperpustakaan awam membunuh sesiapa saja yang meminjamnya?

Kalau kau tak beli dan baca buku ini, semua persoalan di atas akan kekal menjadi misteri yang menghantui hidup kau. Tapi di sebalik semua itu, terdapat pengajaran-pengajaran yang akan kau perolehi dari buku ini. Menjadikan buku ini bahan hiburan yang memberi manfaat. Pengawas sekolah pun rasa serba salah nak lapor pada cikgu kalau kau bawa buku ini ke sekolah.

Jadi kau belek apa lagi? Beli dan baca saja buku ini!

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7.5”
ISBN-13: 978-967-0411-91-0
Tarikh Terbit: 3 May 2016
Jumlah Muka Surat: 120
Berat (Kg): 0.11
Penulis: Olvidado Shakur
===========================

RM 10.00
Add to Cart
Kalau kau main tengok tajuk dan terus buat andaian yang buku ini adalah satu lagi buku klise, KAU SILAP!

Mana kau nak cari hantu yang buat mangsanya takut sampai nak terkencing dalam seluar dengan hanya melakukan selfie? Apa pula kaitannya hantu dengan projek gelap pertubuhan bukan kerajaan? Kenapa hantu seperti pontianak jadi bahan kajian saintis? Kau tak baca buku ni, memang kau tak tahu jawapannya.

Setiap 5 kisah di dalam buku ini diakhiri dengan cara yang paling kau tak sangka. Buat kau rasa seperti naik roller coaster sambil main teka-teki dengan orang sebelah kau. Tak dapat bayangkan? Begitulah hebatnya buku ini.

Terdapat beberapa pengajaran yang boleh kau jadikan sempadan di dalam buku ini. Penulis buku ini tidak mahu kau mendapatkan hiburan yang sia-sia. Kau nampak tak betapa berfaedahnya buku ini Kalau baca di sekolah pun mesti cikgu tak jadi rampas. Tapi kalau kau baca masa cikgu tengah mengajar, itu namanya baca atas risiko sendiri.

Jadi kau tunggu apa lagi? Jangan belek lama sangat buku ini. Beli dan baca sekarang!

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7.5”
ISBN-13: 978-967-0411-90-3
Tarikh Terbit: 3 May 2016
Jumlah Muka Surat: 140
Berat (Kg): 0.12
Penulis: Olvidado Shakur
===========================

RM 10.00
Add to Cart
Kalau  asrama  tak  ada  cerita  hantu,  memang  bukan  asramalah  namanya.  Sedangkan asrama  tahfiz  pun  ada  kisah  seramnya  yang  tersendiri.  Ini  kerana  asrama  adalah  antara  10 tempat  yang  paling  popular  dengan  cerita  hantu  dan  seram.  Yang ada  cerita  cinta  tu  bukan asrama, dik! Itu asmara namanya. Jadi mohon jangan tersilap di situ.

Penulis buku ini cuba untuk menyampaikan 5 kisah seram di asrama dengan cara yang tidak  klise...  yang  mana  setiap  cerita  akan  berakhir  dengan  cara  yang  kau  susah  nak  agak. Setiap kisah dipilih dan diolah dengan bersungguh-sungguh oleh penulis, supaya kau tak rasa rugi beli buku ini.

Di dalam buku  ini  kau  akan  melihat  dengan  jelas,  bagaimana  hantu  zaman  sekarang  sudah semakin kreatif nak menyakat manusia  sampai pengsan  atau terkencing dalam seluar. Hantu-hantu   di   dalam   buku   ini   mahir   dalam   menggunakan   barang-barang   popular   di kalangan pelajar asrama.

Namun selain dari semua kisah seram, terdapat juga pengajaran yang kau boleh ambil buat pedoman hidup. Jadi  kalau  kau  nak  tahu  cerita-cerita  baru  tentang  betapa  seramnya  tempat  yang dipanggil asrama, pecahkan duit tabung dan beli buku ini sekarang!

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7.5”
ISBN-13: 978-967-0411-89-7
Tarikh Terbit: 3 May 2016
Jumlah Muka Surat: 144
Berat (Kg): 0.14
Penulis: Olvidado Shakur
===========================

RM 10.00
Add to Cart
Bila  bercakap  tentang  kisah  misteri  dan  mistik,  apa  yang  terlintas  dalam  fikiran  kau? Tolong  jangan  cakap  karipap  dan  maggi  cap  itik.  Kalau  kau  google  dua  perkataan  tadi,  mesti ada banyak artikel yang keluar. Ada resepi, ada yang pelik dan ada juga yang buang masa saja membacanya.

Tapi 5  kisah  misteri  dan  mistik  dalam  buku  ini  bakal  memberikan  kau  pengalaman yang baru. Kira macam kau naik roller coaster sambil makan karipap dan hirup maggi panas-panas.  Pelik  dan  mengelirukan?  Begitulah  dengan  kisah-kisah  yang  ada  dalam buku ini.

Tangkal boleh halang aktiviti pembulian budak-budak sekolah? Susuk boleh beri populariti? Huh... memang kepercayaan mistik zaman moden!  Kau  beli  dan  baca  buku  ni  kalau  kau  nak tahu  jawapannya.  Semua cerita  di  dalam  buku  ini  telah  ditapis  dan  bebas  dari  babak-babak  lucah  atau  sewaktu dengannya.

Malah  di  dalam  buku  ini  terdapat  pengajaran  yang  diharap  kau  boleh  terima  dengan baik dan positif. Kalau kau nak rasa ada makhluk mistik yang memerhati waktu baca cerita, beli buku ini!

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7.5”
ISBN-13: 978-967-0411-88-0
Tarikh Terbit: 3 May 2016
Jumlah Muka Surat: 128
Berat (Kg): 0.12
Penulis: Olvidado Shakur
===========================


RM 10.00
Add to Cart
"Untuk fahami fizik, kita perlu ubah pandangan kita terhadap fizik!" - Fizi

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8”
ISBN-13: 978-967-411-872-3
Tarikh Terbit: 5 May 2016
Jumlah Muka Surat: 144
Berat (Kg): 0.16
Penulis: Tim Misi, Nazry Salam
===========================


RM 9.90
Add to Cart
Apabila Taliban menguasai Lembah Swat di Pakistan, seorang gadis cilik mula bersuara. Malala Yousafzai enggan berdiam diri tetapi berjuang menuntut haknya mendapatkan pendidikan. Pada Oktober 2012, tatkala usianya mencecah 15 tahun, nyawa Malala hampir-hampir tergadai. Dia ditembak di kepala semasa perjalanan pulang ke rumah dari sekolah dan harapan untuk hidup tipis. Namun, penyembuhan Malala yang hebat telah membawa dia dari kawasan terpencil di utara Pakistan ke dewan Bangsa-bangsa Bersatu di New York. Pada usia 16 tahun, dia muncul sebagai lambang protes keamanan global. Setahun kemudian, dia menjadi penerima Hadiah Nobel Keamanan yang termuda.
 
Dipuji kerana ‘perinciannya yang hebat’ oleh Associated Press, Saya Malala akan membuat pembaca percaya pada kuasa suara seseorang untuk merubah dunia.
 
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5'' x 8.25''       
ISBN-13: 9789675266355
Tarikh Terbit: 2016
Jumlah Muka Surat: 544
Berat (Kg): 0.54
Penulis: Malala Yousafzai
===========================

 

RM 45.90
Add to Cart
=========================================================================
 PENTING: Buku ini berstatus PRE-ORDER dan belum siap dicetak. Order pelanggan yang mengandungi buku pre-order hanya akan dihantar apabila buku ini sudah masuk stor.
Tarikh masuk stor : 18 MEI 2016.
 Sekiranya mahu buku-buku lain dihantar lebih awal, mohon buat order yang berasingan daripada buku pre-order ini.
=========================================================================

Tiga wanita muda – Juanita, wartawan investigatif; Katrina, agen insurans; dan Mona, ahli perniagaan berkawan baik dan berkongsi minat, iaitu tarian salsa. Juanita dan Katrina mengajar tarian salsa secara sambilan di studio yang dimiliki dan diurus oleh Mona.

Suatu senja, Katrina melayang jatuh dari tingkap studio tarian di tingkat 20 Menara Kuntum dan mati di atas tarmac. Kisah seram yang selalu menyelubungi menara itu mula tersebar. Juanita gigih mencari kebenaran di sebalik kematian sahabatnya itu. Namun kemudiannya, nyawanya pula yang terancam.

Apakah punca sebenar yang memutuskan nyawa Katrina? Adakah kerana kemalangan? Dibunuh? Membunuh diri? Atau melibatkan dendam dari alam ghaib?

===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7.25"
ISBN-13: 978-967-369-340-5
Tarikh Terbit: 4 May 2016
Jumlah Muka Surat: 424
Berat (Kg): 0.28
Penulis: Abdul Rahim Awang
===========================

 
Harga Asal: RM 25.00
Pre-Order RM 22.50
Add to Cart
=================
Penulis : Jasaiyani Sa’ad
ISBN : 978-967-416-041-8
Muka Surat : 184
Berat (kg) : 0.25
=================

Sinopsis

Buku ini memberi gambaran sebenar berserta idea-idea kreatif, sisipan-sisipan penting dan contoh-contoh praktikal bagi bakal-bakal usahawan baru, penuntut-penuntut bidang perkhidmatan dan juga usahawan yang sedang menjalankan perniagaan Homestay. Skop buku ini merangkumi keperluan penginap, langkah-langkah perniagaan, impak daripada pelbagai pihak dan kejayaan bisnes yang diharapkan. Di akhir pembacaan, semestinya para pembaca akan dapat membuka minda yang akan memberi nafas baru dalam industri penginapan

Mengenai Buku
  • Cara memulakan bisnes Homestay
  • Rahsia mendapatkan wang poket banyak dengan kerja yang selesa
  • Bantuan praktikal untuk menangani masalah perkhidmatan penginapan
  • Teknik untuk tidak gagal cubaan pertama
  • Formula berusaha sedikit untuk untung banyak daripada pelaburan aset yang rendah

Mengenai Penulis

Jasaiyani Sa’ad merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang Teknologi Maklumat dan Pengurusan dari Universiti Terbuka Malaysia. Beliau bekerja sebagai jurutera teknikal elektrikal di Pulau Pinang. Kini, dengan bantuan keluarganya, beliau juga menjalankan bisnes homestay persendirian yang sudah hampir tiga tahun beroperasi dan beliau ingin berkongsi rahsia kejayaan perniagaan tersebut.

RM 39.90
Add to Cart
==================
Penulis : Aqif Azizan
ISBN : 978-967-416-008-1
Muka Surat : 190
Berat (kg) : 0.27
==================

Sinopsis

Anda minat menulis di blog? Bagaimana untuk menjadikan bidang penulisan itu sebagai satu sumber pendapatan lumayan? Ketahui potensi sebenar buat duit dengan freelance blogging dan pelajari teknik yang betul dan praktikal untuk menjana sekurang-kurangnya RM1,000 dalam masa 30 hari dari sekarang melalui medium ini.

Mengenai Buku
  • Jana pendapatan dengan menulis di blog orang lain
  • Bagaimana meningkatkan harga servis freelance blogging dalam masa kurang daripada 10 hari
  • Bagaimana untuk memikat hati pelanggan supaya mereka menggunakan servis kita berkali-kali
  • Cara merangsang idea penulisan tanpa henti
  • Teknik berkesan untuk mendapatkan pelanggan pertama
  • Bagaimana menjaga kualiti penulisan blog

Mengenai Penulis
Aqif Azizan, graduan SEGi University College dalam jurusan Diploma in Creative Multimedia, memiliki empat tahun pengalaman dalam industri blogging, pemasaran dan perniagaan Internet. Beliau merupakan pemilik bersama syarikat pengaturcara laman web dan digital media Inovattic Solution. Antara projek-projek usahasama beliau yang mendapat perhatian media tempatan adalah Majalah Niaga dan Komik Niaga iaitu projek laman web pendidikan yang memberikan informasi mengenai bisnes dan keusahawanan, menerusi perkongsian usahawan daripada pelbagai industri termasuk usahawan yang berstatus jutawan. Beliau juga merupakan jurulatih penulisan digital dan aktif menyampaikan ceramah berkenaan perniagaan Internet dan blogging.

RM 39.90
Add to Cart
===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x7.5
ISBN-13: 978-983-3604-41-8
Jumlah Muka Surat: 484
Berat (Kg): 0.45
Penulis: Zaid Akhtar=========================== 
 
Menyoroti kehidupan seorang gadis bernama Sumayyah, seorang mahasiswi di Universiti Yarmouk, Jordan, yang disapa pelbagai ujian selepas tamat pengajian. Kisah cinta yang tidak kesampaian, umpatan masyarakat sekeliling hanya kerana soal jodoh, penglibatan kakak tersayang dalam ajaran sesat, satu per satu dugaan berkunjung tanpa diduga. Namun, pesan ayahnya selalu disemat dalam ingatan, nama yang diberi kepadanya bukan sebarang nama, tetapi nama srikandi pertama yang syahid, tidak mudah putus asa dek ujian yang menjengah.
Di samping cabaran hidup yang mendatang, kepulangan Sumayyah dari Jordan dengan gelaran mahasiswa sebenarnya menarik perhatian ramai di kampungnya. Sumayyah, nama itu itu mula harum di mana-mana. Namun, satu insiden yang tidak diduga telah berlaku. Sumayyah terbang semula ke Yarmouk demi membersihkan nama. Kepulangan Sumayyah ke bumi Yarmouk Dalam keributan hidup yang melanda, pintu hatinya diketuk oleh dua jejaka yang bukan biasa-biasa. Antara Luqman dan Naufal, siapa yang berjaya menduduki takhta dalam hati Sumayyah? Terjawabkah istikarah Sumayyah dalam perjalanan mencari cinta sejatinya? 

RM 26.00
Add to Cart
Resume seseorang yang bergelar ibu, jika dizahirkan di atas kertas, pasti panjang berjela.
Bertugas tanpa mengira masa, si ibu juga tiang seri sesebuah keluarga. Seribu satu kerenah dan ragam anak-anak yang sedang membesar pastinhya mengundang stress jika tidak diurus dengan betul. Bukan mudah sebenarnya mendapat gelaran syurga di bawah telapak kaki seorang ibu.

Buku ini mengumpulkan 99 kisah ibu dan anak yang ditulis secara santai. segala insiden mencuit hati antara penulis dan anak-anak beliau dihimpun dan ditampilkan sebagai anekdot. Bagi penulis, segala yang terbit dari bibir seseorang anak kecil itu jujur, tidak berselindung demi menjaga hati, bahkan ada ketikanya tersentap dibuatnya.

"LIFE IS WORTH LIVING AS LONG AS THERE'S A LAUGH IN IT"
-L.M MONTGOMERY-



===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7.5”
ISBN:  9789670716763
Jumlah Muka Surat:  152
Berat (Kg): 0.18
Penulis: Zatika Izati Puade
===========================



RM 18.00
Add to Cart
Meletup di Youtube, dan sekarang dia menulis buku. Dia menulis secara sederhana tentang hidup.
Dalam hidup ada pasang surut, ada turun naik, ada rindu benci, ada cinta dendam.
Antara semua perkara itu, ada kisah Shazreen yang acah-acah deep.

ISI KANDUNGAN
Bahasa Utagha inside

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.3" x 7.6"
ISBN-13: 978-967-369-326-9
Tarikh Terbit: 26 Feb 2016
Jumlah Muka Surat: 144
Berat (Kg): 0.17
Penulis: Shazreen Fazlynda
Penerbit:
===========================
 

RM 18.00
Add to Cart

This is a tab-section Edit the text within this box/table in Blogger editor easily & this panel automatically displays & styled automatically on product pages. Use Blogger "Remove Formatting" functions to remove copied & paste texts alignment, fonts, text colours & text styles etc.

Images included inside this box will not be grouped as product image display at product pages.
“Cinta yang sempurna, bila kita dicintai dan mencintai. Cinta yang sejati, bila kita gembira melihat insan yang kita cintai bahagia walaupun bukan bersama kita. Cinta yang poyo... bila dia cintakan aku, dan aku tahu aku juga cintakan dia, tapi aku tak boleh cakap aku cinta.”

Ain Syifa, seorang yang berhati kering. Dia memang langsung tidak punya perasaan tetapi, dia minta dikahwinkan kepada Zaidan Iman tanpa rasa cinta. Dengan cara ini saja, syarikat keluarganya boleh diselamatkan.

Kata Ain Syifa, “Cinta itu hanyalah emosi dan dia tiada emosi!”

Kata papa, “A successful marriage will make a successful business. So, in order to get both, make sure your marriage is successful.”

Kata mama, “Ingat, Aid tu bakal suami Ain, syurga Ain. Jangan buat kahwin macam business.”

Kata Ustaz Abdul Rahim, “Dilarang untuk main-main atau bergurau tentang tiga perkara iaitu cerai, nikah dan rujuk. Talak atau penceraian itu adalah sesuatu yang halal tapi yang paling dibenci Allah SWT.”

Kata Zaidan Iman, “Belajar cemburu sama tau... cemburu tu tanda pengukur cinta pada suami atau isteri. Macam ustaz cakap tadi tu, tak ada orang nak bagi syurga dia pada orang lain.”

Apakah perlu ada cabaran untuk menyintai Zaidan Iman? Atau perlu hadir cinta kedua, untuk membuktikan cinta pertama? Tidak sempurna cinta, tanpa dia...

“Tidak sempurna KITA kalau tidak bersama, tapi kalau KITA bersama, ia lebih dari sempurna.”

======================
ISBN : 978-967-0707-10-5
Berat (kg) : 0.65
Penulis: Syamnuriezmil
Penerbit:
Kategori: Novel
Genre: Cinta
======================

RM 30.00

Add to Cart

.

.