Perjalanan cintanya selalu kecundang,
termasuk dengan Akeel Firdaus, lelaki terakhir yang berjaya buat dia
gila bayang. Namun, Zulfah Insyirah bukan cita rasa dia! Dia kan Minah
Kertu. Lelaki itu pergi dengan model yang bekerja di syarikat Zulfah
Insyirah.
Untuk melunaskan dendamnya, Zulfah Insyirah beri tawaran kepada Afeef Zakwan, abang kepada Akeel Firdaus.
“Will you marry me?” – Zulfah Insyirah
“Hah?” – Afeef Zakwan
Kehidupan Zulfah Insyirah berubah 180
darjah selepas berkahwin. Afeef Zakwan bawa isterinya tinggal di
kampung. Bermulalah episod Zulfah Insyirah merasa suasana kampung yang
tak sesuai dengan jiwanya.
Lama-kelamaan Zulfah Insyirah terbiasa
juga. Dia mula menyemai benih cinta terhadap suami sendiri yang selalu
bermain dengan kata-kata manis bak lori tertumpah gula satu tan. Namun,
setiap perhubungan pasti ada ‘langau’ yang cuba memisahkan.
Salbiah, si janda berhias
seboleh-bolehnya mahu Afeef Zakwan memperisterikannya. Dia tidak kisah
mahu jadi isteri nombor berapa, asalkan bersama dengan lelaki itu.
Geramnya Zulfah Insyirah dengan Salbiah yang tak tahu malu!
Bermacam-macam dugaan yang mereka
terpaksa lalui. Bermacam-macam helah dan cara untuk Salbiah hancurkan
rumah tangga mereka. Mampukah mereka bersabar dengan fitnah dan cabaran
yang terpaksa mereka lalui bersama? Dapatkah Afeef Zakwan mempertahankan
cintanya hanya untuk Zulfah Insyirah?
===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7”
ISBN: 9789673652648
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7”
ISBN: 9789673652648
Jumlah Muka Surat: 532
Berat (Kg): 0.47
Berat (Kg): 0.47
Penulis: Hanny Esandra
===========================
===========================
RM 24.00 |
Add to Cart |
|
No comments
Post a Comment