Tuan Ibrahim Tuan Man

Showing posts with label Tuan Ibrahim Tuan Man. Show all posts
Showing posts with label Tuan Ibrahim Tuan Man. Show all posts
Buku “Senyumlah” ini lahir daripada ilham para peminat Facebook Dato’ Haji Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendesak agar hasil nukilan beliau berbentuk tazkirah motivasi agama yang disiarkan satu per satu dalam laman Facebooknya dikumpulkan dalam sebuah buku. Antara perkara yang unik dalam buku ini ialah “Teori Air Liur” yang dikemukakan beliau yang bakal membuka lembaran baru dalam konteks pemahaman agama Islam. Banyak nasihat ini tidak ternilai harganya dan perlu dibaca oleh seramai mungkin untuk sama-sama ‘Senyum’ tatkala mengharungi ujian Allah di dunia sementara ini.
 
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 8
ISBN: 9789671124802
Jumlah Muka Surat: 218
Berat (Kg): 0.27
Penulis: Tuan Ibrahim Tuan Man
===========================
 

RM 17.00
Add to Cart
Nasihat seorang ayah dan ibu terkadang tidak mampu diucap oleh lidah. Ada masanya ia lebih baik dalam bentuk tulisan agar ia boleh terus dibaca dan diulang. Anak hari ini adalah bakal ayah dan ibu masa depan. Apa jua nasihat yang didengari hari ini akan menjadi pedoman baginya untuk menasihati anaknya pada masa depan. Lantaran itu, catatan dalam FB ini, tentulah bukan tulisan ilmiyah yang didokongi sumber rujukan tertentu. Ia adalah luahan nasihat agar hati yang jauh dari Allah dapat didekatkan, dan seterusnya mampu mengolah menjadi mutiara amalan seharian.
 
Catatan ini adalah berupa hadiah dari seorang ayah dan ibu buat anaknya, dan saya tinggalkan beberapa halaman kosong di bahagian belakang buku ini untuk catatan tangan ayah dan ibu khusus untuk anaknya. Gunalah ruang ini untuk menambahkan nasihat dan ingatan sebagai tanda kasih sayang seorang ayah dan ibu kepada anaknya. Semoga suatu hari nanti, ia akan menjadi catatan yang sangat mahal harganya. Semoga tulisan ringkas ini dapat disebar sebagai perkongsian nasihat dari seorang hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaan-Nya dalam menempuh cabaran kehidupan yang sementara ini.
 
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 8
ISBN: 9789671124833
Jumlah Muka Surat: 192
Berat (Kg): 0.25
Penulis: Tuan Ibrahim Tuan Man
===========================
 

RM 17.00
Add to Cart
Manusia merupakan makhluk yang mulia di sisi Allah, lantaran itu, ketaqwaannya menjadikan ia akan menjadi lebih mulia dan lebih hebat. Namun, kehebatan manusia bukan terletak kepada apa yang ia miliki, namun sejauh mana sesuatu yang dimiliki itu dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Bukanlah seorang yang kaya, andainya orang miskin tidak boleh menumpang hartanya, demikianlah bukan seorang yang alim, andainya si jahil tidak boleh menumpang ilmunya.

Umumnya manusia tidak suka dimarahi, tetapi ia suka dinasihati. Jesteru, lahirnya cara menegur atau menasihati seseorang dalam pelbagai bentuk dan kaedah. Penceritaan adalah satu cara bagi mendidik manusia. Maka apa yang penting bukan sesuatu kisah yang diutara, tetapi apakah pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah tersebut.

Dalam siri Senyumlah 3 ini, saya mengemukakan pelbagai kisah yang bertujuan untuk memberi pengajaran serta mengambil manfaat dari kisah tersebut. Terkadang kisah tersebut hanyalah rekaan semata-mata bagi menyesuaikan dengan pengajaran yang ingin diutarakan. Namun, tidak kurang juga kisah yang berlaku dan diolah semula bagi memudahkan pemahaman kepada pembaca, knususnya di kalangan anak-anak.

Saya mengharapkan siri Senyumlah 3 ini yang dipersembahkan dalam bentuk penceritaan dan pengajaran di sebaliknya mampu memberi suatu motivasi dan nasihat yang berguna kepada pembaca. Kesemua kisah ini adalah himpunan penulisan cerita dalam Facebook yang ditujukan buat pembaca, khususnya anak- anak yang sering-kali mengikuti penulisan ini.

Salam perjuangan.
Senyum.
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Mei 2014

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7
ISBN: 9789671124840
Jumlah Muka Surat: 251
Berat (Kg): 0.30
Penulis: Tuan Ibrahim Tuan Man
===========================


RM 18.00
Add to Cart
Buku Senyumlah 4 ini, saya mengutarakan beberapa cebis ingatan dan nasihat agar semua pihak samada ayah, ibu, datuk dan nenek serta anak cucu memelihara tanggungjawab dengan Allah yang menyebabkan turunnya keberkatan dalam rumahtangga.
Selain itu, buku ini juga menyentuh pelbagai aspek mengenai erti kehidupan yang diharapkan dapat menceriakan hati yang susah, menghentikan air mata yang mengalir, menenangkan jiwa yang gelisah dan ketakutan dan membuka fikiran untuk menghadapi cabaran ketika persinggahan pendek di dunia ini.
Senyumlah bersama Senyumlah 4.
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7
ISBN: 9789671124857
Jumlah Muka Surat: 206
Berat (Kg): 0.25
Penulis: Tuan Ibrahim Tuan Man
===========================

RM 19.00
Add to Cart