Senyumlah: Petua dan Nasihat Yang Menceriakan Hidup Anda Seharian

Buku “Senyumlah” ini lahir daripada ilham para peminat Facebook Dato’ Haji Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendesak agar hasil nukilan beliau berbentuk tazkirah motivasi agama yang disiarkan satu per satu dalam laman Facebooknya dikumpulkan dalam sebuah buku. Antara perkara yang unik dalam buku ini ialah “Teori Air Liur” yang dikemukakan beliau yang bakal membuka lembaran baru dalam konteks pemahaman agama Islam. Banyak nasihat ini tidak ternilai harganya dan perlu dibaca oleh seramai mungkin untuk sama-sama ‘Senyum’ tatkala mengharungi ujian Allah di dunia sementara ini.
 
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 8
ISBN: 9789671124802
Jumlah Muka Surat: 218
Berat (Kg): 0.27
Penulis: Tuan Ibrahim Tuan Man
===========================
 

RM 17.00
Add to Cart

Tentang Penulis:
Dato’ Haji Tuan Ibrahim bin Tuan Man, dilahirkan pada 27 Ogos 1960 berasal daripada Kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang adalah seorang bekas pensyarah-kanan Institut Teknologi Mara, Cawangan Phang, Bandar Pusat Jengka, Pahang. Pada 1999, beliau juga adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Pahang. Pada tahun 2011, beliau telah dilantik menjadi Ketua Penerangan PAS dan Pesuruhjaya PAS Pahang selepas menjawat jawatan Naib Presiden sebelum itu.
 
 

No comments

Post a Comment

Info Section