Telaga Biru

Showing posts with label Telaga Biru. Show all posts
Showing posts with label Telaga Biru. Show all posts
Ensiklopedia Amalan Setahun adalah sebuah kitab yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan nama asalnya Latha’if al Ma‘arif fi ma li Mawasim al-‘Am min al-Wazha’if karangan Ibnu Rajab al-Hanbali. Karangan Ibnu Rajab al-Hanbali ini dilihat sebagai sebuah panduan yang mapan dalam menjelaskan perspektif Islam terhadap amalan dan ibadah sepanjang bulan Hijrah. Secara keseluruhannya buku ini adalah sebuah tulisan lengkap yang dihasilkan bagi membincangkan kelebihan bulan-bulan hijrah dan galakan melakukan amalan kebaikan di dalamnya. Memberi semangat dan motivasi kepada kaum Muslimin agar mempersiapkan diri dengan amalan kebaikan sebelum kematian. Bekalan kepada para pendakwah Islam dalam menyampaikan nasihat dan pengajaran kepada masyarakat awam.
===========================
Format: Hardcover
Saiz: 9" x11”
ISBN-13: 9789673882380
Jumlah Muka Surat: 568
Berat (Kg): 1.40
Penulis: Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali
Penerbit: Telaga Biru
===========================
 
 
RM 80.00

Add to Cart
Siapa yang tidak suka muda? Orang muda – cantik, segak, cergas, lincah, aktif, bertenaga dan bebas meneroka apa sahaja. Waktu mudalah permulaan segala transformasi diri. Ingin menjadi seperti itu, seperti ini, seperti dia, seperti orang itu dan macam-macam lagi. Sehingga akhirnya, lelah mencari identiti yang tiada kesimpulannya. Mengapa? Cantik sudah, segak sudah, bijak sudah, cergas dan lincah pun sudah. Tetapi, mengapa masih mencari-cari atau masih ingin meniru identiti lain? 
 
Remaja mesti mempunyai jiwa yang kuat untuk menghadapi pancaroba hidup. Untuk itu, iman perlu disuburkan selalu. Hidup remaja mestilah dipenuhi dengan program membina dan memperkuatkan iman. Program maksiat dan kemungkaran hendaklah dijauhi. Jika tidak, terimalah akibatnya. Remaja akan menderita dengan pelbagai masalah jiwa. Percayalah, tidak akan ada ketenangan tanpa mengikuti program Islam. Sering dipesankan agar kita beribadah sebanyak-banyaknya sehingga kita merasa letih dan tidak ada daya lagi untuk melakukan maksiat. Dunia tempat berpenat dan berjihad. Akhirat nanti tempat nikmat untuk berehat.
 
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x7.5”
ISBN-13: 9789673882342
Jumlah Muka Surat: 272
Berat (Kg): 0.30
Penulis: Pahrol Mohamad Juoi
Penerbit: Telaga Biru
===========================
 

RM 20.00

Add to Cart
Setiap yang dilahirkan sebagai Islam, ada iman di dalam dirinya. Yang membezakannya, sama ada kita menggunakan dan mempraktikkan iman di dalam kehidupan seharian atau tidak. Iman perlu diraih. Ya, Allah membekalkan kita dengan iman tetapi jika kita tidak istiqamah untuk cuba meraihnya masuk ke dalam budaya diri kita, mana mungkin kita boleh bertenang. Iman perlu dilatih dengan niat, solat, doa, zikir dan tawakal yang berterusan.Buku Bicara Iman untuk Tenang ini sebagai santapan pemurnian iman anda. Melalui pembacaan kisah-kisah di dalamnya, insya-Allah akan menyentak diri kita peri pentingnya iman untuk bertenang.
 
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x7.5”
ISBN-13: 9789673882359
Jumlah Muka Surat: 284
Berat (Kg): 0.30
Penulis: Pahrol Mohamad Juoi
Penerbit: Telaga Biru
===========================
 
 
RM 20.00

Add to Cart
Andai dikurnia segunung emas kepada anak Adam nescaya tidak akan cukup baginya. Manusia berlumba- lumba mengejar dunia sehingga terasa dunia semakin menjauhinya. Kehidupan terasa sempit dan perit. Begitulah keadaan kebanyakan kita pada masa ini kecuali mereka yang dirahmati. Nabi Muhammad telah mengajarkan kita suatu amalan yang jika kita lakukannya nescaya kefakiran dunia tidak menghantui kehidupan dengan mengamalkan bacaan surah al-Waqi’ah.
 
===========================
Format: Paperback
Saiz: 8" x8”
ISBN-13: 9789673882328
Jumlah Muka Surat: 134
Berat (Kg): 0.30
Penulis: Datuk Dr. Hj. Zahazan Mohamed
Penerbit: Telaga Biru
===========================
 

RM 20.00

Add to Cart
"Travelog" membawa maksud ‘suatu ceramah, filem, brosur dan sebagainya yang berkaitan dengan pelbagai kisah perjalanan atau pengembaraan’ manakala ‘tarbiah’ membawa maksud ‘pendidikan’. Maka, ‘travelog tarbiah’ di sini boleh didefinasikan sebagai sebuah wadah berbentuk buku yang menceritakan tentang perjalanan seseorang yang bermatlamat memberi pendidikan kepada yang mengikuti pengembaraannya. Oleh itu, coretan penulis ini menceritakan pengalaman peribadi beliau sewaktu bermusafir di negeri asing.
 
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 7.5”
ISBN-13: 9789673882366
Jumlah Muka Surat: 418
Berat (Kg): 0.40
Penulis: Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
Penerbit: Telaga Biru
===========================
 
 
RM 29.00

Add to Cart
"Realitinya, khilaf itu akan berterusan selagi wujudnya manusia di muka bumi ini, lalu tidak perlu lagi kita bermimpi untuk menjadikan manusia itu satu."
 
Allah SWT telah menjadikan ikhtilaf iaitu perberbezaan pendapat, cita rasa, keinginan dan segalanya menjadi tabiat kehidupan dunia dan para penghuninya. Walaupun ikhtilaf itu satu sunah Rabbaniyyah (ketentuan Tuhan Pencipta Alam), tetapi ia tetap perkara yang sukar diterima.
 
Kebanyakan umat manusia pada hari ini, termasuklah umat Islam sendiri berada dalam perselisihan pendapat yang besar lagi meluas, baik dalam hal akidah, syariah mahupun akhlak. Perselisihan adalah salah satu bentuk 'fitnah' atau ujian Allah SWT ke atas manusia. Meskipun manusia diberi akal fikiran untuk membuat pilihan berdasarkan ilmu dan panduan wahyu, namun perselisihan masih tetap berlaku.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8”
ISBN-13: 9789673882373
Jumlah Muka Surat: 124
Berat (Kg): 0.18
Penulis: Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
Penerbit: Telaga Biru
===========================
 
 
RM 10.00

Add to Cart
Buku ini merupakan himpunan artikel soal jawab antara pembaca majalah Gen-Q (majalah berkonsepkan isu semasa anak muda) yang dikelolakan oleh al-fadhil Ustaz Fauwaz Fadzil Noor. Menariknya mengenai buku ini, setiap isu atau soal jawab dikemukakan secara santai dan bersahaja bagi memudahkan pemahaman para pembaca khasnya golongan remaja. Modus penyampaian dan penerangan berkenaan hukum hakam yang berat. Turut dapat difahami dengan gaya bahasa yang mudah dan mesra pembaca. Selain itu, soalan-soalan yang dikemukakan semuanya dekat dengan para remaja seperti soal berkaitan pergaulan antara lelaki dengan wanita, cinta, sukan, fesyen, kewangan dan sebagainya.
 
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 7.5”
ISBN-13: 9789673882335
Jumlah Muka Surat: 180
Berat (Kg): 0.18
Penulis: Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil Noor
Penerbit: Telaga Biru
===========================
 

RM 14.00

Add to Cart
Buku Hadis 40 Imam Nawawi ini adalah antara yang tersendiri dalam kelasnya di mana setiap satu daripada 42 hadis yang terkandung dalam himpunan HADIS 40 ini diiringi dengan gambar foto, pemandangan, objek, artifak dan grafik untuk menguatkan isi dan hujah serta huraian hadis. Hadis-hadis yang terkandung dalam buku ini tidak disertakan sanadnya pada teks bahasa Arab supaya setiap hadis itu menjadi lebih pendek, ringkas dan mudah dihafal supaya dengan itu hadis-hadis tersebut mudah tersebar dengan meluas serta mudah menjadi sebutan daripada lidah para da’i. Walau bagaimanapun, sanad-sanad tersebut disertakan dalam terjemahan bahasa Melayunya. Jadikan buku ini sebagai bahan bacaan seisi keluarga di rumah, di pejabat dan di masjid untuk diamalkan dalam kehidupan.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 6”
ISBN-13: 9789673880126
Tarikh Terbit: Januari 2011
Jumlah Muka Surat: 240
Berat (Kg): 0.25
Penulis: Zahazan Mohamed, Muhammad Zakaria
===========================


RM 23.00
Add to Cart
Dilengkapi dengan nota kaki bagi menjelaskan makna-makna kalimah yang kabur dan ayat-ayat yang memerlukan penjelasan yang lebih mendalam.
Bertematik  untuk membantu pemahaman ayat mengikut tajuk.
Terjemahan kontemporari untuk pelbagai generasi.
Keluaran eksklusif dengan adanya warna-warna yang menarik.
Sesuai dijadikan hadiah kepada suami isteri, ibu ayah dan sahabat handai.

===========================
Format: Hard Cover
Saiz: 5.5" x 7.8”
ISBN-13: 955-505-604-101-5
Jumlah Muka Surat: 627
Berat (Kg): 0.70
===========================


RM 48.00
Add to Cart
Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Ingatlah, dalam jasad manusia terdapat seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh badan akan menjadi baik. Apabila daging itu tidak baik, maka seluruh badan akan rosak. Ingatlah, daging itu ialah hati.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Buku ini juga sesuai digunakan sebagai bahan bacaan tambahan buat semua peringkat pembaca, dalam sesi pembelajaran dan pengajaran kelas serta ketika sesi usrah keluarga. Semoga buku ini mampu menjadi kesinambungan dakwah yang berterusan dalam usaha menggalakkan seluruh masyarakat mengamalkan budaya membaca. Kongsikanlah kebaikan buku ini kepada sesiapa sahaja agar usaha dakwah kita tidak berhenti pada satu tahap sahaja.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8.2”
ISBN-13: 9789673881796
Tarikh Terbit: Januari 2015
Jumlah Muka Surat: 224
Berat (Kg): 0.29
Penulis: Ustaz Umar Muhammad Noor
===========================
 


RM 22.00
Add to Cart
Buku ini mengumpulkan bacaan doa dan zikir dari hadis sahih, hasan dan yang mempunyai sanad yang baik dan boleh diamal berdasarkan hukum yang diputuskan oleh ulama’ hadis. Ia amat sesuai dihadiahkan kepada sesiapa sahaja sebagai perisai diri kerana buku ini menyediakan kebanyakan doa yang penting untuk kelengkapan diri.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 6”
ISBN-13: 9789675102516
Jumlah Muka Surat: 256
Berat (Kg): 0.22
Penulis: Sheikh Dr. Said bin Ali Wahf Al-Qahtani
===========================


RM 17.00
Add to Cart
================
ISBN : 9555-056-200-115
Muka Surat : 224
Berat (kg) : 1.05
================
RM 80.00
Add to Cart
Al-Quran Al-Karim dengan Panduan Waqaf dan Ibtida' merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida' (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia.

Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna.

Al-Quran Al-Karim dengan Panduan Waqaf dan Ibtida' ini tidak sesekali mengubah tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran.

JIka pembaca berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran, maka itu adalah lebih baik dan lebih diutamakan. Namun, jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan.

=================
ISBN : 9555056010615
Berat (kg) : 0.67
=================

RM 38.00
Add to Cart
Kisah Israk dan Mikraj telah diriwayatkan daripada sahabat yang cukup ramai, iaitu mencapai 26 sahabat yang menceritakannya. Oleh sebab itu kisah Israk dan Mikraj ini termasuk dalam akidah yang wajib dipercayai oleh setiap orang Islam. Israk dan Mikraj merupakan peristiwa penting yang sering dirayakan saban tahun oleh seluruh umat Islam. Peristiwa ini merupakan antara mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah SWT kepada kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW. Allah SWT telah menunjukkan kekuasaan dan kebesaran-Nya serta mengurniakan kekuatan rohani yang besar kepada Baginda demi mengutuhkan jiwanya dan menerangkan hikmah-hikmah ilahiah atas apa yang telah terjadi. Kisah ajaib ini telah direkodkan dalam al-Quran dan hadis-hadis sahih, yang wajib diimani.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7”
ISBN-13: 9789673882205
Tarikh Terbit: April 2016
Jumlah Muka Surat: 104
Berat (Kg): 0.09
Penulis: Ahmad Adnan Fadzil
===========================

RM 10.00
Add to Cart
BukuHimpunan Tazkirah Canteek! (HTC) mengemukakan pendekatan dakwah secara santai atau lebih kepada catatan travelog dakwah yang menjadi trend masa kini. Fresh, ctchy, trendy dan terkini. Buku ini dihasilkan untuk memberikan kemudahan kepada para pendakwah, pentazkirah, pengkuliah, penceramah agama, asatizah, guru-guru, ibu bapa dan individu untuk menjadi bahan mudah guna, mudah baca, mudah faham dan mudah kongsi bagi maksud serta tujuan menyampaikan sesuatu ilmu kepada mad’u (golongan sasaran).

“Menegur kesalahan orang lain itu betul, tetapi sekiranya asyik nampak kesalahan orang lain, itu adalah tidak betul.”

Tajuk yang pelbagai, rencam dan berkait dengan isu (related by issue) meliputi bab akidah, ibadah, akhlak, muamalah dan sebagainya menjadi pilihan (alternative) untuk pembaca sama ada untuk manfaat diri sendiri atau untuk perkongsian manfaat ilmu dengan orang lain


=======================
Tarikh Di Pasaran : April 2015
Kod Produk : TBBK 1324
ISBN : 978-967-388-193-2
Saiz : 14 cm x 21 cm
Muka Surat : 183
Berat: 0.25
=======================

RM 19.00
Add to Cart
Himpunan Tazkirah Canteek 2 karya Ustaz Haji Kamil bin Haji Sidek atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kay, merupakan episod sambungan daripada Himpunan Tazkirah Canteek yang pertama. Sebuah contoh karya yang santai dan ringan namun berkesan dalam mendidik jiwa masyarakat yang dahagakan peringatan dan bimbingan.

Jelas sekali hati ini memerlukan penggilap yang merupakan pengisian ilmu dan peringatan bagi membantu membezakan antara yang halal dengan yang haram. Ilmu yang baik ialah ilmu yang dapat disampaikan dengan tepat dan padan. Padan dengan golongan sasaran. Lantas membuahkan hasil tuaian berupa amalan. Begitulah realiti masyarakat pada hari ini, ilmu dan peringatan perlu disampaikan kepada mereka dengan tepat, padat, santai dan ringan. Bertepatan dengan nukilan hukama, "Sebaik-baik ucapan ialah ucapan ringkas dan membawa erti yang mendalam."

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8”
ISBN-13: 9789673882311
Tarikh Terbit: April 2016
Jumlah Muka Surat: 204
Berat (Kg): 0.26
Penulis: Ustaz Hj. Kamil bin Hj. Sidek
===========================

RM 19.00
Add to Cart