Siapa yang tidak suka muda? Orang muda –
cantik, segak, cergas, lincah, aktif, bertenaga dan bebas meneroka apa
sahaja. Waktu mudalah permulaan segala transformasi diri. Ingin menjadi
seperti itu, seperti ini, seperti dia, seperti orang itu dan macam-macam
lagi. Sehingga akhirnya, lelah mencari identiti yang tiada
kesimpulannya. Mengapa? Cantik sudah, segak sudah, bijak sudah, cergas
dan lincah pun sudah. Tetapi, mengapa masih mencari-cari atau masih
ingin meniru identiti lain?
Remaja mesti mempunyai jiwa yang kuat
untuk menghadapi pancaroba hidup. Untuk itu, iman perlu disuburkan
selalu. Hidup remaja mestilah dipenuhi dengan program membina dan
memperkuatkan iman. Program maksiat dan kemungkaran hendaklah dijauhi.
Jika tidak, terimalah akibatnya. Remaja akan menderita dengan pelbagai
masalah jiwa. Percayalah, tidak akan ada ketenangan tanpa mengikuti
program Islam. Sering dipesankan agar kita beribadah sebanyak-banyaknya
sehingga kita merasa letih dan tidak ada daya lagi untuk melakukan
maksiat. Dunia tempat berpenat dan berjihad. Akhirat nanti tempat nikmat
untuk berehat.
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x7.5”
ISBN-13: 9789673882342
Jumlah Muka Surat: 272
Berat (Kg): 0.30
Saiz: 5.5" x7.5”
ISBN-13: 9789673882342
Jumlah Muka Surat: 272
Berat (Kg): 0.30
Penulis: Pahrol Mohamad Juoi
Penerbit: Telaga Biru
Penerbit: Telaga Biru
===========================
RM 20.00 |
Add to Cart |
No comments
Post a Comment