Naim Jalil

Showing posts with label Naim Jalil. Show all posts
Showing posts with label Naim Jalil. Show all posts
Sekolah Sri Bangsar Gempar lagi! Sepasang Romeo & Juliet sedang dicari. Pai’e merasakan, inilah peluangnya untuk lari dari jolokan Raja Lawak lantas sedaya upaya berusaha merebut gelaran Romeo Sri Bangsar pula. Apakan daya, wajahnya yang biasa-biasa tidak membawanya ke mana-mana, walaupun dia berjaya meraih perhatian juri dengan markah tertinggi.Namun, dengan bantuan rakan karibnya, Afdlin dan Fizruz, Pai’e bertekad memulakan misi baru, dia mahu menjadi Romeo dengan caranya tersendiri, dia mahu mendapatkan tiga orang Juliet sebelum pementasan teater bermula. Berbagai usaha dan ikhtiar dilaksanakan untuk mencari sepuluh calon Juliet, yang memenuhi ciri-ciri dan kriteria idaman mereka. Akhirnya mereka berjaya mengenalpasti lapan calon yang berjaya mencapai markah tertinggi dalam piawaian yang mereka tetapkan. Sepucuk surat salam perkenalan diutus kepada setiap calon dengan menggunakan nama samaran Prince XCharming. Pai’e hampir kecewa, daripada lapan, hanya empat calon sahaja bersetuju menerima persahabatan yang Pai’e hulurkan. Pai’e meneruskan misi untuk menghampiri peribadi dan mengenali hati budi Chef de Diva, Jarum Emas Genit, Ayu Si Tudung Labuh dan Wanita Besi Koperasi. Pai’e juga menghadiahkan sebentuk cincin ceri kepada setiap calon Juliet. Tanpa diduga, Chef de Diva tersangatlah garang, Ayu Si Tudung Labuh pula terlalu pingitan. Tatkala Pai’e menyerlahkan identiti, Jarum Emas Genit pun menarik diri, kerana belum bersedia lagi untuk menjadi Ratu Lawak Sri Bangsar. Pada masa yang sama, Wanita Besi Koperasi sudah menghidu tembelang Pai’e lantas memutuskan persahabatan yang baru mula mekar. Hampir sahaja Pai’e putus asa. Atas desakan dan dorongan Afdlin dan Fizruz, Pai’e merayu untuk bersemuka dengan Afiqah yang diberi nama kod Wanita Besi Koperasi. Berbekalkan cincin ceri di jari sebagai pengenalan diri, Pai’e menanti dengan debar pada hari dan masa yang dijanji.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5 X 7.5 X 0.5
ISBN-13: 978-967-10404-6-1
Tarikh Terbit: 27 Apr 2012
Jumlah Muka Surat : 320
Berat (kg): 0.26
Kategori: Remaja
Penulis: Ain Maisarah, Naim Jalil
Penerbit: Blink Book Sdn Bhd
===========================


RM 17.00

Add to Cart
Sekolah Sri Bangsar gempar lagi! Sepasang Romeo & Juliet sedang dicari. Nurul Afiqah merasakan inilah peluang meraih populariti. Namun apakan daya, dia pemegang tali pinggang hitam taekwondo. Menyaksikan imejnya yang gagah perkasa, tidak mungkin akan ada Romeo yang mahukan dia menjadi Juliet.

Namun putus asa bukan pilihan! Afiqah mahu berusaha mengubah penampilan jadi lebih feminin. Tanpa diduga, dia menerima warkah dari Prince XCharming. Kata-kata indah jejaka misteri itu membuatkan hati berbunga-bunga. Lebih mengujakan, dia turut dihadiahi sebentuk cincin bunga... cantik terletak di jarinya. Sehingga terasa tidak mahu ditanggalkan lagi!

Siapakah Prince XCharming? Benarkah dia ikhlas atau sekadar bermain kata? Pada masa yang sama, Afiqah mahu menukar penampilan. Dalam hal itu, tentulah The Wannababes jadi teladan dan laman Facebook pula dijadikan ukuran kejayaan. Namun misi mencapai kemahuan, asyik ada halangan. Ketika memotong rambut, dia diserang kerengga. Bila berdandan, wajah diserang alahan. Berkasut tumit, asyik terpelecok bila berjalan. Oh, sukarnya menjadi perempuan sopan! Berjayakah misi ‘Aku Mahu Bunga di Hati’? Ketahui segalanya dalam novel kisah hati remaja ini!

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5 X 7.5 X 0.5
ISBN-13: 978-967-0411-00-2
Tarikh Terbit: 27 Apr 2012
Jumlah Muka Surat : 320
Berat (kg): 0.23
Kategori: Remaja
Penulis: Ain Maisarah, Naim Jalil
Penerbit: Blink Book Sdn Bhd
===========================


RM 17.00

Add to Cart