Sekolah Sri Bangsar gempar lagi! Sepasang Romeo & Juliet sedang dicari. Nurul Afiqah merasakan inilah peluang meraih populariti. Namun apakan daya, dia pemegang tali pinggang hitam taekwondo. Menyaksikan imejnya yang gagah perkasa, tidak mungkin akan ada Romeo yang mahukan dia menjadi Juliet.
Namun putus asa bukan pilihan! Afiqah mahu berusaha mengubah penampilan jadi lebih feminin. Tanpa diduga, dia menerima warkah dari Prince XCharming. Kata-kata indah jejaka misteri itu membuatkan hati berbunga-bunga. Lebih mengujakan, dia turut dihadiahi sebentuk cincin bunga... cantik terletak di jarinya. Sehingga terasa tidak mahu ditanggalkan lagi!
Siapakah Prince XCharming? Benarkah dia ikhlas atau sekadar bermain kata? Pada masa yang sama, Afiqah mahu menukar penampilan. Dalam hal itu, tentulah The Wannababes jadi teladan dan laman Facebook pula dijadikan ukuran kejayaan. Namun misi mencapai kemahuan, asyik ada halangan. Ketika memotong rambut, dia diserang kerengga. Bila berdandan, wajah diserang alahan. Berkasut tumit, asyik terpelecok bila berjalan. Oh, sukarnya menjadi perempuan sopan! Berjayakah misi ‘Aku Mahu Bunga di Hati’? Ketahui segalanya dalam novel kisah hati remaja ini!
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5 X 7.5 X 0.5
ISBN-13: 978-967-0411-00-2
Tarikh Terbit: 27 Apr 2012
Jumlah Muka Surat : 320
Berat (kg): 0.23
Kategori: Remaja
Penulis: Ain Maisarah, Naim Jalil
Penerbit: Blink Book Sdn Bhd
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5 X 7.5 X 0.5
ISBN-13: 978-967-0411-00-2
Tarikh Terbit: 27 Apr 2012
Jumlah Muka Surat : 320
Berat (kg): 0.23
Kategori: Remaja
Penulis: Ain Maisarah, Naim Jalil
Penerbit: Blink Book Sdn Bhd
===========================
RM 17.00 |
Add to Cart |
Prolog Bab 1 Si Gadis Gagah Bab 2 Kala Malam Bulan Mengambang Bab 3 Dua Kali Kecundang Bab 4 Mencari Bunga di Hati Bab 5 Misi Bermula Bab 6 Ulat Buku Naik ke Mata Bab 7 Prince XCharming yang Misteri Bab 8 Serikandi Cinta Kebaya Bab 9 Cincin di Jari Bab 10 Hujan di Tengah Hari Bab 11 Prince XCharming Bab 12 Knocked + Out = K.O. Epilog |
No comments
Post a Comment