Mohd Razali Kamarudin

Showing posts with label Mohd Razali Kamarudin. Show all posts
Showing posts with label Mohd Razali Kamarudin. Show all posts
Buku Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak menjawab dilema pelajar yang sentiasa dihambat waktu saban hari.

Tempoh masa 24 jam sehari dirasakan terlalu singkat dan tidak cukup bagi mengulang kaji pelajaran dalam tempoh yang lama.

Namun para pelajar mampu tersenyum lega apabila selesai membaca buku ini yang padat dengan pelbagai tip dan info santai seperti: 
  1. Bina Mood Belajar Dengan Sengaja
  2. Hentikan Sabotaj Diri Sendiri
  3. Membuka Minda Untuk ‘A’
  4. Praktikkan Pembacaan Aktif
  5. Beranikan Diri Dengan Peperiksaan
  6. Mari Bedah Kertas Peperiksaan
  7. Amalan Kerohanian Penenang Jiwa
Fahami dan praktikkan teknik yang diajar di dalam buku ini bagi menguji keberkesanan belajar dengan cara biasa, namun mampu memperoleh markah yang luar biasa setiap kali kertas peperiksaan ditanda.

=============================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-5564-14-7
Tarikh Terbit: 31 May 2010
Jumlah Muka Surat : 264
Berat (KG): 0.25
Penulis: Mohd Razali Kamarudin
Penerbit: PTS Millennia
=============================


RM 16.50

Add to Cart
Sekiranya kita sebagai guru, warden asrama, dan trainer pembelajaran, antara perkara yang sering kita dengar tentang rungutan pelajar-pelajar adalah berkenaan stres belajar. Timbul persoalan, mengapa mereka stres belajar? Adakah kerana sukarnya pelajaran yang mereka pelajari ataupun stres kerana bimbangkan peperiksaan yang akan tiba?

Mungkin juga mereka stres kerana masalah peribadi? Contohnya, pemikiran tidak rasional, masalah perhubungan dengan ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan guru-guru serta banyak lagi. Betapa dahsyat cabaran yang dilalui oleh pelajar pada hari ini.

Bertitik tolak daripada sini, saya terpanggil bagi menulis buku ini. Skop perbincangan buku ini lebih tertumpu kepada bagaimana kita dapat melatih minda menukar persepsi ‘Saya ada masalah’ kepada ‘Saya ada cabaran’ dan menukar kepercayaan negatif terhadap stres kepada kepercayaan positif. Sekaligus, kita akan berasa tenang walaupun stres.

===========================
ISBN-13: 978-967-411-090-1
Tarikh Terbit: 25 Mar 2013
Jumlah Muka Surat : 256
Berat (KG) : 0.24
Kategori: Motivasi & Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri
Penulis: Mohd Razali Kamarudin
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
===========================


RM 14.00

Add to Cart