“Dan Kami turunkan daripada al-Quran, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan al-Quran itu tidak menambah apa-apa untuk orang kafir yang zalim selain rugi.”
(surah al-Israk: 82)
Dalam kemajuan sains dan teknologi, kita tidak dapat menafikan kewujudan makhluk halus seperti malaikat, syaitan dan jin yang juga merupakan makhluk ciptaan Allah.
Di kalangan makhluk halus ini, ada yang mendatang kebaikan dan ada yang membawa bencana. Jin dan syaitan contohnya, sering mengganggu kehidupan manusia sama ada atas rasa cemburu, dendam dan sebagainya hingga kepada mengikut arahan ‘tuan’ yang mengarah supaya memusnahkan hidup manusia sendiri.
Bagi menghadapi gangguan ini, Rasulullah SAW mengajar kepada umatnya ruqyah atau jampi yang bersumberkan wahyu dan tidak terpesong daripada landasan akidah yang lurus.Selain bertujuan menyekat dan menghapuskan serangan ghaib, ruqyah juga boleh digunakan untuk memulihkan masalah fizikal seperti demam, disengat binatang berbisa dan keracunan. Selain itu, ruqyah boleh menjadi pendinding dan senjata menghadapi serangan ghaib yang paling ampuh.
Buku ini disusun bagi membantu pembaca yang tidak mempunyai asas bahasa Arab ataupun asas perubatan Islam. Ia bertujuan untuk menggalakkan pembaca mengamalkan sendiri jampi serapah apabila menghadapi masalah yang berkaitan. Buku ini juga boleh membantu pembaca untuk menilai kriteria pengamal perubatan tradisional, sama ada ia mengikut syarak atau tidak.
Di dalam buku ini pembaca akan:
- Mengetaui hakikat sihir dan bagaimana ia berlaku.
- Mengenali jenis-jenis sihir.
- Mengenali jin dan syaitan serta jenis-jenisnya.
- Rawatan bagi penyakit jasmani seperti luka, deman dan sebagainya.
- Rawatan bagi penyakit rohani seperti kemurungan, susah tidur dan sebagainya.
- Mengenali terapi daripada alam semula jadi seperti madu lebah, habbatus sauda’ dan sebagainya.
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-5137-71-6
Tarikh Terbit: 12 Aug 2009
Jumlah Muka Surat : 104
Berat (KG) : 0.11
Penulis: Rohidzir Rais
Penerbit: PTS Islamika
===================
===================
RM 4.50 |
Add to Cart |
Isi Kandungan Kata Pengantar Penyusun Bab 1: RAWATAN SERANGAN SIHIR Hukum Sihir dan Orang yang Mempelajari dan Mengamalkannya Hukum Menemui Tukang Tilik Nasib atau Tukang Ramal Rawatan Menghadapi Serangan Sihir Terapi 1: Pendinding Sihir Terapi 2: Rawatan Mangsa Sihir Ruqyah Mengubati Mangsa Sihir Serangan Pandangan Mata Jahat (al-’Ain) Hakikat al-‘Ain Terapi 1: Menghindarkan Diri daripada Orang yang Mempunyai al-’Ain Terapi 2: Pemulihan Orang yang Terkena Serangan al-‘Ain Bab 2: RAWATAN GANGGUAN JIN & SYAITAN Gangguan Jin dan Syaitan Jenis-Jenis Jin dan Syaitan Serta Rawatan Jin 1: JIN API atau JIN MAJUSI Simptom Kerasukan Jin Api Rawatan Ruqyah bagi Kerasukan Jin Api Jin 2: JIN CINTA Punca Kerasukan Jin Cinta Simptom Kerasukan Jin Cinta Rawatan Ruqyah bagi Kerasukan Jin Cinta Jin 3: JIN AIR Punca Kerasukan Jin Air Simptom Kerasukan Jin Air Rawatan Ruqyah bagi Kerasukan Jin Air Jin 4: JIN TANDAS Pencegahan Gangguan Jin Tandas Simptom Kerasukan Jin Tandas Rawatan Ruqyah bagi Kerasukan Jin Tandas Jin 5: JIN TERBANG Rawatan Ruqyah Kerasukan Jin Terbang Jin 6: JIN KUBUR Sebab Kerasukan Jin Kubur Simptom Kerasukan Jin Kubur Rawatan Ruqyah Kerasukan Jin Kubur Jin 7: JIN RUMAH Simptom Kerasukan Jin Rumah Tip Menghindari Jin Rumah Rawatan Ruqyah bagi Kerasukan Jin Rumah Jin 8: TOYOL Simptom Kerasukan Toyol Rawatan Ruqyah bagi Kerasukan Toyol Jin 9: JIN TEMPEL Punca Jin Tempel Melekat pada Manusia Simptom Gangguan Jin Tempel Rawatan Ruqyah Gangguan Jin Tempel Jin 10: JIN PINTAR Punca Kerasukan Jin Pintar Simptom Kerasukan Jin Pintar Rawatan Ruqyah bagi Kerasukan Jin Pintar Jin 11: QORIN Hakikat Qorin Punca Penguasaan Jin Qorin ke atas Manusia Simptom Orang Dikuasai Qorin Rawatan Ruqyah bagi Orang Dikuasai Qorin Rawatan Mengusir Qorin Bab 3 RAWATAN PEMULIHAN JASMANI Doa Membantu Penyembuhan dengan Perubatan Moden Ruqyah Ruqyah 1: Merawat Luka Berdarah dan Luka Bernanah Ruqyah 2: Mengubati Demam Panas Ruqyah 3: Menghilangkan Bisa Sengatan dan Gigitan Ruqyah 4: Merawat Diri Sendiri Ruqyah 5: Merawat Orang Sakit ketika Menziarahinya Ruqyah 6: Merawat Sakit Mata Ruqyah 7: Rawatan Terhadap Penyakit Batu Karang dan Kencing Tertahan Ruqyah 8: Doa Melindungi Diri daripada Keracunan, Serangga Berbisa atau Santau Ruqyah 9: Menghilangkan Rasa Sakit Bab 4RAWATAN PENYEGARAN ROHANI Terapi Ruqyah bagi Gangguan Jiwa Terapi 1: Doa Memulihkan Hati yang Terlalu Sedih atau Kemurungan Melampau Terapi 2: Doa Meredakan Penderitaan Batin Terapi 3: Doa bagi Pesakit Insomnia dan Gangguan ketika Tidur Terapi 4: Doa Menghilangkan Perasaan Marah Terapi 5: Doa Mohon Kesabaran Terapi 6: Doa Kemantapan Jiwa Terapi 7: Doa Meningkatkan Keyakinan Diri Terapi 8: Doa Ketika Melihat Maksiat Bab 5 TERAPI ALAM Terapi Alam 1: Terapi Habbatus Sauda` Komposisi Minyak Habbatus Sauda Kaedah Penggunaan Habbatus Sauda’ dan Khasiatnya Terapi Alam 2: Terapi Madu Lebah Khasiat Madu Lebah Bahan Mineral Dan Vitamin Dalam Madu Lebah Terapi Alam 3: Terapi Air Zamzam Adab Meminum Air Zamzam Bibliografi |
No comments
Post a Comment