Cerita kali ini mengisahkan Aina disuruh oleh bapanya, Tuan Danial supaya mengajar dua kawannya iaitu Tini dan Zati membuat kek. Pada awalnya, Tini memberitahu tujuan asal dia mahu belajar membuat kek kerana mahu menghadiahkan sempena hari lahir ibunya. Aina mengambil kesempatan membuli dua kawannya kerana menganggap dia sudah senior.
Namun, tidak lama selepas itu, tujuan sebenar Tini bersungguh-sungguh mahu belajar membuat kek terbongkar. Tujuan sebenarnya adalah kerana dia mahu menyertai pertandingan membuat kek. Lalu mereka sepakat menyertai pertandingan itu bersama-sama.
ISBN-13: 978-967-401-213-7
Tarikh Terbit: 16 Aug 2013
Jumlah Muka Surat : 112
Berat (KG) : 0.11
Kategori: Kanak-Kanak Umum
Penulis: Hayati Hanif
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
===========================
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
===========================
No comments
Post a Comment