Kita adalah insan,
Hamba yang perlukan petunjuk,
Insan yang kekurangan,
Mencari reda dan rahmat Tuhan yang esa.
Sesungguhnya...,
Setiap percaturan kehidupan,
Ada hikmah di sebalik kejadian,
Meskipun tidak terjangkau akal fikiran,
Di situ ada kebesaran dan kekuasaan Tuhan.
Siti Hajar wanita mulia,
Insan terpilih dan istimewa,
Perintah suami dituruti segala,
Diduga Allah meningkat imannya,
Biarpun ditinggalkan di lembah tandus dan gersang,
Bersama Ismail putera tercinta,
Jiwanya tabah menempuh rintangan.
Perintah Tuhan, Hajar laksanakan,
Di lembah Bakkah tandus dan kering-kontang,
Bekalan makanan sedikit tersisa,
Habis semua kembali lapar dan dahaga,
Kuasa Tuhan tiada siapa mampu menghalang,
Terpancarlah mata air zamzam,
Kurniaan Tuhan berlimpah-limpah.
Bukit Safa dan Marwa menyaksikan keimanan,
Berlari-lari tujuh kali Hajar laksanakan,
Hikmah di sebalik apa dilakukan,
Itulah sai dikerjakan insan.
Menunaikan ibadah haji,
Diumpamakan insan yang lahir bersifat bersih dan suci,
Di kota Mekah manusia mengerumuni,
Mengakui kelemahan diri,
Dalam sebuah pencarian kehidupan ini,
Ibadah korban ditunaikan tanda cinta sejati,
Mencari reda daripada Ilahi,Kerana Tuhan adalah...,
Yang maha benar dan hakiki.
======================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-0142-26-5
Tarikh Terbit: 4 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 208
Berat (KG) : 0.25
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-0142-26-5
Tarikh Terbit: 4 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 208
Berat (KG) : 0.25
Penulis: Nurasyikin Ahmad
Penerbit: PTS Millennia
======================
======================
RM 14.00 |
Add to Cart |
Prakata vii Carta Salasilah Keluarga Siti Hajar dan Nabi Ibrahim xi Peta Perjalanan xii Puisi Srikandi Siti Hajar xiii Bab 1Asal Usul Siti Hajar 1 Bab 2Terselamat Daripada Raja Namrud 12 Bab 3Ketaksuban Penduduk Faddam A'ram 26 Bab 4Ibrahim Mencari Tuhan 38 Bab 5Cinta Sarah Kepada Ibrahim 51 Bab 6Ujian Ibrahim di Kota Haran 64 Bab 7Penghijrahan Ibrahim ke Kanaan dan Mesir 77 Bab 8Kekuatan Doa Isteri Tercinta 88 Bab 9Pertemuan Sarah dan Hajar 104 Bab 10Raja Sehari Hajar dan Ibrahim 115 Bab 11Cemburunya Sarah Kepada Hajar 127 Bab 12Cinta Siti Hajar Kepada Ibrahim 139 Bab 13Rahmat Allah ke atas Ibu Ismail 150 Bab 14Terpancar Keberkatan di Lembah Mekah 164 Bab 15Dugaan Hajar, Ismail Dijadikan Korban 179 Bibliografi 191 |
No comments
Post a Comment