Kuasa Kepimpinan 4E

Kepimpinan 4E adalah model kepimpinan hebat yang mencetuskan kontroversi, membawa revolusi, dan penuh inspirasi. Pelaksanaan model kepimpinan ini dapat membaskan tenaga dan aura positif dalam sesebuah organisasi. Ia kadang-kadang mencetuskan kontroversi, namun mampu membawa transformasi yang sangat baik dan menguntungkan syarikat. Model ini dicetuskan oleh Jack Welch, CEO sebuah syarikat yang pernah diiktiraf sebagai syarikat yang terbaik di dunia, iaitu General Electric (GE).

Pada peringkat awal pelaksanaannya, model ini mencetuskan kontroversi dan menerima tentangan yang hebat. Jack Welch memecat ramai pengurus yang berfikiran sempit dan menggantikan mereka dengan individu yang bersedia membaca kehendak pelanggan dan pasaran. Model ini memerlukan kita mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Beliau juga menjual lebih 100 bisnes yang tidak sejajar dengan visi GE dan memberhentikan lebih 100,000 orang pekerja. Tiga tahun selepas penyusunan semula yang menyakitkan ini, GE berubah sepenuhnya menjadi syarikat yang hebat.

Model ini sesuai digunakan oleh para pemimpin, pengurus, dan ketua organisasi bagi memilih dan melatih pekerjanya menjadi aset yang terbaik. Model ini terbukti berkesan dapat menjimatkan kos, menguntungkan syarikat, dan melahirkan pekerja serta pemimpin yang hebat.

==========================
Format: Paperback
Saiz: 9 x 6 x 0.45
ISBN-13: 978-967-369-188-3
Tarikh Terbit: 7 Dec 2012
Jumlah Muka Surat : 192
Berat(kg): 0.30
Penulis: Jeffrey A. Kremes
Penerbit: PTS PROFESSIONAL
==========================


RM 20.00

Add to Cart


No comments

Post a Comment

Info Section