Pengalaman saya menjadi chef selama hampir 25 tahun, membawa saya menjelajah ke banyak negara di seluruh dunia. Pelbagai ragam dunia masakan yang saya lalui, memberi banyak pengajaran dan membuatkan saya lebih mengenal hubungan antara makanan dalam pembentukan peribadi manusia. Benar, makanan memberi banyak pengaruh dalam pertumbuhan akal dan naluri setiap manusia.
Atas kesedaran betapa penting makanan sihat dan baik dalam kehidupan, saya membulat tekad menghasilkan buku berkenaan makanan sunnah ini. Dengan menggabungkan bahan-bahan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. ke dalam bentuk resepi makanan moden citarasa Malaysia ini, semoga ia dapat memberikan inspirasi kepada masyarakat bagi mempelbagaikan menu sihat dalam diet seharian.
ISBN-13: 978-967-411-143-4
Tarikh Terbit: 10 Jan 2014
Jumlah Muka Surat : 192
Kategori: Resipi, Gaya Hidup
Penulis: Chef Sabri
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
==========================
RM 29.00 |
Add to Cart |
BAHAGIAN 1 Khasiat Makanan Rasulullah Menurut Al-Quran dan Hadith 9 BAHAGIAN 2 Etika Makan dan Minum BAHAGIAN 3 Etika di Dapur BAHAGIAN 4 Petua di Dapur BAHAGIAN 5 Adab Berziarah dan Menerima Tetamu BAHAGIAN 6 Tip Kesihatan dan Kecantikan BAHAGIAN 7 Resipi Istimewa BAHAGIAN 8 Pencapaian Chef Sabri BAHAGIAN 9 Corat-Coret Chef Sabri |
No comments
Post a Comment