Hamka atau nama sebenarnya Abdul Malik bin Karim
Amrullah lahir pada 16 Februari 1908 di Ranah Minangkabau, Sumatera
Barat, meninggal dunia di Jakarta pada 24 July 1981 dikebumikan di TPU
Tanah Kusir Jakarta. Beliau meninggalkan 10 orang anak, 7 lelaki dan 3
perempuan.
Nama Hamka bukan saja terkenal di Indonesia malah di
Malaysia, Singapura, Brunei dan beberapa Negara Arab. Beliau diberi
gelaran Buya, panggilan masyarakat Minangkabau yang bermaksud ayah atau
seseorang yang dihormati. Buya Hamka terkenal sebagai seorang
Sasterawan, pendakwah, ulama dan aktivis politik.
Buya Hamka mendapat pendidikan awal di Sekolah Dasar
Maninjau sehingga darjah dua. Kemudian menyambung pelajaran di Thawalib
yang didirikan oleh bapanya sendiri di Padang Panjang. Di situ Buya
Hamka belajar agama dan bahasa Arab.
Buya Hamka pernah menjadi guru agama pada tahun 1927
di sekolah Agama Perkebunan Tebing Tinggi, Medan kemudian berpindah ke
Padang Panjang pada tahun 1929. Buya Hamka pernah menjadi pensyarah di
Universiti Islam, Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Padang Panjang
dari tahun 1957 hingga 1958. Kemudian beliau dilantik sebagai rektor
Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universiti Mustopo,
Jakarta.
Dari tahun 1951 hingga 1960, beliau memegang jawatan
sebagai Pegawai Tinggi Agama Indonesia kemudiannya meletak jawatan
kerana mahu aktif dalam politik.
Nama Hamka mula dikenali sebagai Sasterawan apabila
menulis beberapa buah novel yang diminati ramai hingga sekarang
antaranya Tenggelamnya Kapal Van der Wijck (1937), Di Bawah Lindungan
Kaabah (1936), Merantau ke Deli (1940), Tuan Direktur (1939) dan
beberapa buah lagi.
Sebagai ulama pula Buya Hamka menulis berpuluh buah
buku agama antaranya Tasawuf Moden (1939). Falsafah Hidup (1939) Lembaga
Hidup (1940) Lembaga Budi (1940) Tafsir al Azhar 1-30 juzuk dan banyak
lagi.
Selain itu Buya Hamka juga pernah memegang jawatan
Pegawai Agama di Kementerian Agama, kemudian terlibat dengan gerakan
Muhammadiyah dan Masyumi serta menjadi ketua Majlis Ulama Indonesia
(MUI). Buya Hamka juga sering diundang berceramah di radio dan TV
Indonesia.
Sebagai ulama Minangkabau, Buya Hamka digelar “Tuanku
Syaikh”, berarti ulama besar. Sebagai pejuang kemerdekaan, Buya Hamka
mendapat gelaran “Pangeran Wiroguno” dari Pemerintah Indonesia. Sebagai
ilmuan Islam, Buya Hamka mendapat gelaran “Ustadzyyah Fakhryyah” (Doctor
Honoris Causa) dari Universitas Al-Azhar, Mesir, pada 1959. Buya Hamka
juga dianugerahkan Prof Doktor Hamka dari Universiti Kebangsaan Malaysia
pada tahun 1974.
Buya Hamka pernah ditahan selama dua tahun empat
bulan disebabkan perbezaan fahaman politik dengan Presiden Suekarno.
Buya Hamka pernah menjadi ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) tetapi
kemudiannya meletak jawatan kerana di paksa menarik semula fatwa MUI
yang menfatwakan haram hukumnya umat Islam merayakan hari natal.
Format: Paperback
Saiz: 5.5 X 8.5
ISBN-13: 978-967-411-310-0
Tarikh Terbit: 10 Oct 2014
Jumlah Muka Surat : 492
Saiz: 5.5 X 8.5
ISBN-13: 978-967-411-310-0
Tarikh Terbit: 10 Oct 2014
Jumlah Muka Surat : 492
Penulis: Abdul Latip Talib
Penerbit: PTS Litera Utama
================== Penerbit: PTS Litera Utama
RM 27.00 |
Add to Cart |
No comments
Post a Comment