Kisah Zainuddin yang punyai ayah asal Minangkabau, dan ibu Makasar. Di Makasar dia dianggap orang Minangkabau lalu tidak diterima bergaul. Apabila dia sudah menjadi yatim piatu, dia berangkat pula ke ranah Minang. Di sana, dia dianggap pula sebagai orang Makasar. Tidak juga diterima. Itu membuat dia dipencillkan, lalu tersudut di suatu wilayah yang sepi. Sehinggalah dia bertemu dengan Hayati.
Gadis yang digelar bunga Batipuh. Cantiknya tiada banding, dan Hayati sahaja yang sudi berkawan dengan dia. Mereka berbalas-balas surat. Yang akhirnya itu berubah menjadi cinta.
Cinta itu yang baru pucuk, rupa-rupanya akan dilanda badai. Ranah Minang yang kuat berpegang dengan adat, membuatkan Zainuddin tidak diterima. Pedihnya hati pada ketika hadirnya pula orang ketiga, Aziz, yang hampir sempurna. Malah diterima baik oleh keluarga Hayati.
Itulah mulanya perit cinta, dan berhujung pada tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.3” x 7.6”
ISBN: 978-967-369-316-0
Jumlah Muka Surat: 288
Tarikh Terbit: 10 Dec 2015
Berat (Kg): 0.24
===========================
RM 22.00 |
Add to Cart |
Zainuddin, lelaki yang tidak punya apa-apa. Harta tidak, rupa tidak, cinta pun kosong. Pada ketika bertemu Hayati, Zainuddin mula sedar, yang harta itu boleh dicari, rupa itu boleh diterima seadanya, dan cinta, adalah satu anugerah Tuhan. Datangnya cinta itu sebagai satu anugerah, dan perginya ia adalah satu bencana. Haryati terpaksa menikah bukan dengan dia. Patah hati Zainuddin. Tidak dia sedar, patah hati kerana cinta itu juga satu anugerah. Anugerah yang pada akhirnya mempertemukan dia semula dengan Hayati dalam suasana yang tidak dia sangka. ISI KANDUNGAN:- 1- Anak Orang Terbuang 2- Yatim Piatu 3- Menuju Negeri Nenek Moyang 4- Tanah Asal 5- Cahaya Hidup 6- Berkirim-kiriman surat 7- Pemandangan di Surat 8- Berangkat 9- Di Padang Panjang 10- Pacu Kuda dan Pasar Malam 11- Bimbang 12- Meminang 13- Pertimbangan 14- Pengharapan Yang Putus 15- Perkahwinan 16- Menempuh Hidup 17- Jiwa Pengarang 18- Surat-surat Hayati Kepada Khadijah 19- Klub Anak Sumatra 20- Rumah Tangga 21- Hati Zainuddin 22- Dekat, Tetapi Berjauhan 23- Surat Cerai 24- Air Mata Penghabisan 25- Pulang 26- Surat Hayati Yang Penghabisan 27- Sepeninggal Hayati 28- Penutup |
No comments
Post a Comment