Destinasi Haji & Umrah

Perjalanan Haji mungkin singkat namun maknanya cukup besar kepada perkembangan ummah. Ia adalah permulaan seperti percikan cinta Hawa dan Adam setelah terpisah kerana Allah dan bertemu kerana Allah. Bayangkan rindu yang terpendam begitu lama,rindu dalam keinsafan dan taubat yang meruntun segala kekuatan untuk dipertemukan di Arafah. Sinar Arafah bermula ketika mentari terik dan mula condong, ketika nafsu sudah ditundukkan dan bermula episod baru; kesedaran, wawasan, kemerdekaan dan pengetahuan. Inilah detik untuk bersendirian dengan Khaliq, bermunajat, menceritakan segala isi hati, kemahuan dan kehendak. Kemudian diikuti dengan janji-janji untuk berhijrah ke alam baru yang lebih mencabar. Arafah perjuangan hari ini untuk kesejahteraan masa depan.

========================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-366-100-8
Tarikh Terbit: 11 Jul 2011
Jumlah Muka Surat : 160
Berat(kg): 0.40
========================


Harga Asal RM 20.00
RM 18.00
Add to Cart


REVIEW
Rindu kepada Allah dan kekasih-Nya, Muhammad adalah kerinduan yang tidak pernah luntur. Rumah Allah dan makam Rasulullah yang berada di tanah suci sentiasa menggamit jutaan insan untuk datang kepadanya. Makin didekati makin mendalam cinta di hati.

Kunjungan ke destinasi suci ini menumbuhkan bibit-bibit cinta yang mendalam. Ibadah haji adalah anugerah Allah kepada hamba-hamba yang Dia kasihi. Allah mengutuskan panggilan cinta supaya umat Islam berpusu-pusu berziarah ke rumah-Nya di Makkah. Sesudah menyempurnakan ibadah haji, para jemaah berangkat ke Madinah untuk menziarahi kekasih hati yang sentiasa dirindui, Muhammad Rasulullah.

Kembara ke tanah suci memerlukan pengorbanan yang banyak. Medan ujian di tanah suci juga hebat, hanya bekal iman dan takwa yang menjadi penguat semangat. Pengalaman menunaikan haji sentiasa indah walaupun berhadapan dengan segala macam kesukaran. Nikmat menunaikan haji terlalu indah dan hanya dapat dirasai oleh tetamu Allah yang terpilih.

Buku ini bukan catatan pengalaman semata-mata tetapi didasari oleh semangat perjuangan yang ingin memartabatkan Islam melalui media di tanah air. Buku ini adalah sebahagian daripada alat untuk menyampaikan karya kerohanian dan sekaligus mengalahkan karya-karya yang melalaikan.

Catatan bertulis ini disempurnakan dengan kepingan gambar pada setiap muka suratnya. Dengan halaman yang penuh berwarna-warni, para pembaca dapat melihat sendiri suasana dan keadaan di dua tanah suci. Makin dilihat, makin mendalam kerinduan pada tanah suci ini. Bakal jemaah pasti tidak sabar-sabar mahu melihat sendiri semua keindahan yang dipaparkan dalam buku ini. Terlebih utama, para jemaah mahu menikmati sendiri ketenangan dan kekhusyukan apabila berada di tempat suci yang penuh keberkatan.


ISI KANDUNGAN

Sekapur Sireh Seulas Bicara

BAB 1 : Persiapan Sebelum Bertolak
BAB 2 : Saat Berangkat - Kompleks Haji Kelana Jaya
BAB 3 : Terbang Tinggi di Awan
BAB 4 : Ketibaan ke Tanah Suci
BAB 5 : Jeddah - Kota Sepanjang Zaman
BAB 6 : Lambaian Kaabah
BAB 7 : Makkah Menunggu Hari Wukuf
BAB 8 : Arafah - Sehari dalam Setahun
BAB 9 : Bertolak ke Arafah
BAB 10 : Arafah - Perhimpunan Haji
BAB 11 : Mudzalifah - Damba Cinta Pengembara Senja
BAB 12 : Mina - Mengungkai Mazmumah
BAB 13 : Melontar Jamrah
BAB 14 : Cinta Madinah
BAB 15 : Madinahtul Hujaz - Menunggu Saat Berangkat Pulang
BAB 16 : Taif

Rujukan



No comments

Post a Comment

Info Section