Deme Wasap, Ambe Reply

“Ustaz, saya masih muda. Mana patut saya pilih dahulu, haji ataupun kahwin?”

Jikalau kamu tengok tiang lampu macam awek, wajib kahwin dahulu.”

“Saya gatal mahu berkahwin, tetapi masih sekolah. Macam mana Ustaz?”

“Jikalau masih sekolah, garu gatal itu dahulu. Jangan sibuk mahu berkahwin sebab ia bukan seronok sahaja, tetapi banyak tanggungjawab.”

Ustaz Azhar Idrus, pendakwah nombor 1 di Malaysia, kali ini tampil dengan buku terbaru beliau, Deme Wasap, Ambe Reply berkenaan Fikah Remaja. Buku ini adalah buku siri soal jawab beliau yang ketiga. Ia mengandungi persoalan-persoalan fikah harian yang selalu remaja tertanya-tanya, yang merangkumi pelbagai aspek seperti hiburan, ibadah, isu semasa, akidah, dan banyak lagi. Buku ini juga memuatkan karikatur Ustaz Azhar Idrus yang mencuit hati, selain warna dan grafiknya yang menarik. Sesuai untuk semua lapisan umur dan masyarakat.

Mahu tahu lebih lanjut? Dapatkan buku ini segera!

=======================
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-3681
Tarikh Terbit: 8 Dec 2014
Jumlah Muka Surat : 256
Berat(kg): 0.36
========================

RM 18.00
RM 16.20
Add to Cart


ISI KANDUNGAN
BAB 1 : HIBURAN
BAB 2 : MAKANAN
BAB 3 : WUDHUK
BAB 4 : HAID, NIFAS, DAN DARAH PENYAKIT
BAB 5 : MANDI WAJIB
BAB 6 : AURAT DAN PAKAIAN
BAB 7 : BERSOLEK DAN BERHIAS
BAB 8 : SOLAT
BAB 9 : JENAZAH
BAB 10 : PUASA
BAB 11 : ZAKAT
BAB 12 : HAJI, UMRAH, DAN KORBAN
BAB 13 : JUAL BELI DAN MUAMALAT
BAB 14 : HUTANG DAN GADAIAN
BAB 15 : AMAL DAN PERBUATAN BAIK
BAB 16 : PERHUBUNGAN LELAKI DAN PEREMPUAN
BAB 17 : AQIDAH
BAB 18 : SUMPAH DAN NAZAR
BAB 19 : ADAB DAN HUBUNGAN SESAMA MANUSIA
BAB 20 : KEKELUARGAAN DAN PERKAHWINAN
BAB 21 : ISU SEMASA
BAB 22 : RAWATAN DAN PERUBATAN
BAB 23 : PERKARA GHAIB






No comments

Post a Comment

Info Section