BB1M

1. Buat pesanan buku di HabIlmu.blogspot.com seperti biasa.

2. Isi Maklumat penghantaran dan Klik Submit My Order seperti biasa.

3. Sediakan Dokumen yang Diperlukan:-

       a- Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) diisi dengan lengkap
( Depan: Nama Pelajar, No. Kad Pengenalan, No. Telefon (HP); Belakang: Cop Rasmi Sekolah/Kolej/Universiti )

       b- Salinan Kad Pengenalan (MyKad)

       c- Salinan Kad Pelajar*
*Salinan kad pelajar - Kad matriks atau apa-apa bukti yang menunjukkan pemilik baucar buku ini adalah pelajar sah di institusi baucar buku ini dikeluarkan. 

4. Masukkan detail di ruangan berikut: HANTAR BUKTI PEMBAYARAN

5. Hantar Baucar & Dokumen kepada alamat berikut (Pos Berdaftar SAHAJA):

PTS Bookcafe Sdn. Bhd.
No 12, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves,
Selangor, MALAYSIA.

No Tel : 03-61850718

# Sekiranya nilai baucar buku melebihi nilai belian, bakinya TIDAK akan dipulangkan. Anda digalakkan merancang nilai pembelian supaya genap dengan nilai baucar buku.

# Sekiranya nilai baucar buku yang dihantar kurang dari nilai belian, anda boleh topup bayaran menggunakan kaedah bank-in, bank transfer, Paypal atau menggunakan kad kredit.

#Gunakan Pos Berdaftar (contoh: Pos Express atau Pos Laju) sahaja kerana lebih mudah untuk kami rujuk baucar anda berdasarkan tracking number.

#Simpan tracking number penghantaran untuk rujukan akan datang. Kami tidak bertanggungjawab terhadap baucar buku yang tidak sampai kepada kami.


6. Sebaik sahaja pihak kami menerima baucar buku yang dihantar, kami akan mengemaskini status pesanan kepada Pembayaran Diterima. Satu email akan dihantar sebagai makluman.

7. Selepas status pesanan bertukar ke Pembayaran Diterima, kami akan mengambil masa dari 1 ke 3 hari bekerja untuk memproses dan menghantar buku kepada anda.

8. Apabila pesanan telah dihantar, satu lagi email akan ditujukan kepada anda, memaklumkan pesanan tersebut telah dihantar berserta dengan No Tracking Pos Laju / ABX Express.

SELAMAT MEMBELI BELAH!

Hab Ilmu
Trusted by The Smartest Minds