zaid akhtar

Showing posts with label zaid akhtar. Show all posts
Showing posts with label zaid akhtar. Show all posts
Puaskanlah hatimu dengan menyumpah-seranahku sehingga hatimu kembali tenang. Kerana setelah engkau tenang, barulah engkau akan memikirkan betapa bukan engkau seorang saja yang menderita dan sakit hati. Tapi aku juga. Dan setelah engkau tenang, barulah engkau akan menyedari betapa bukan engkau seorang saja yang merintih dan terazab dilukai. Aku juga turut sengsara!

Antara pelajaran, perjuangan, dan cinta yang jauh, Iqbal meniti semuanya penuh tertib, penuh cermat. Dan sebagai lelaki, sebagai insan... yang paling menguji tentunya adalah cinta. Tiga bulan tanpa apa-apa berita, namun Iqbal masih memegang pada janji. Utusan e-mel misteri membangkitkan tanda tanya - seakan mahu mencurahkan isi hati - siapa sebenarnya Nailofar?

=======================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7.25"
ISBN-13: 978-967-411-431-2
Tarikh Terbit: 14 Jan 2015
Jumlah Muka Surat : 256
Berat (kg): 0.18
Penulis: Zaid Akhtar
Penerbit: PTS Publishing House
=======================


RM 18.00

Add to Cart
===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x7.5
ISBN-13: 978-983-3604-41-8
Jumlah Muka Surat: 484
Berat (Kg): 0.45
Penulis: Zaid Akhtar=========================== 
 
Menyoroti kehidupan seorang gadis bernama Sumayyah, seorang mahasiswi di Universiti Yarmouk, Jordan, yang disapa pelbagai ujian selepas tamat pengajian. Kisah cinta yang tidak kesampaian, umpatan masyarakat sekeliling hanya kerana soal jodoh, penglibatan kakak tersayang dalam ajaran sesat, satu per satu dugaan berkunjung tanpa diduga. Namun, pesan ayahnya selalu disemat dalam ingatan, nama yang diberi kepadanya bukan sebarang nama, tetapi nama srikandi pertama yang syahid, tidak mudah putus asa dek ujian yang menjengah.
Di samping cabaran hidup yang mendatang, kepulangan Sumayyah dari Jordan dengan gelaran mahasiswa sebenarnya menarik perhatian ramai di kampungnya. Sumayyah, nama itu itu mula harum di mana-mana. Namun, satu insiden yang tidak diduga telah berlaku. Sumayyah terbang semula ke Yarmouk demi membersihkan nama. Kepulangan Sumayyah ke bumi Yarmouk Dalam keributan hidup yang melanda, pintu hatinya diketuk oleh dua jejaka yang bukan biasa-biasa. Antara Luqman dan Naufal, siapa yang berjaya menduduki takhta dalam hati Sumayyah? Terjawabkah istikarah Sumayyah dalam perjalanan mencari cinta sejatinya? 

RM 26.00
Add to Cart