=======================
Format:
PaperbackSaiz:
4.5'X7.3'ISBN-13:
978-967-0448-87-9Berat (kg):
0.46
=======================
Sinopsis:-
Dalam hidup Elsuraya, hanya seorang lelaki yang dinantikannya. Bukan
bakal kekasih, jauh sekali bakal suami. Tetapi, seorang lelaki yang
menyebabkan nyawa keluarganya diragut kejam. Dia ralat kerana tidak
dapat bersama dengan keluarganya dan memegang status anak yatim piatu
kerana lelaki itu. Siapakah lelaki itu sebenarnya? Azad? Ye ke?
“Astalavista loozzer! With double o and double z.”
Adakah kerana kata-kata yang dilontarkan bertahun dulu membuat
jiwanya sentiasa parah dan terluka? Ingin sungguh dia bertemu dengan
empunya suara jelik itu agar dendamnya terlunas.
Perkenalan Elsuraya dengan Dani Ikram membuahkan bibit cinta. SMS menjadi titik awal hubungan yang indah itu.
Dah gugel douchebag. Kejamnya. Do I deserve that? – Dani Ikram.
Do I deserve bimbo?- Elsuraya.
Tanpa disangka… Azad yang dibenci ialah sahabat baik Dani Ikram. Dan
Azad pula… tidak sanggup memberitahu Elsuraya perkara sebenar kerana
sayangkan persahabatannya dengan Dani Ikram. Dia rela dituduh ‘pembunuh’
walaupun hakikatnya insan lain yang menyebabkan tragedi hitam itu
berlaku. Sementelah, hatinya sudah jatuh sayang pada Elsuraya. Dia tidak
sanggup melihat sahabat baiknya dan wanita yang mula mengetuk pintu
hatinya menderita.
Keadaan semakin rumit bila keluarga cuba menjodohkan Elsuraya dengan
Azad. Apatah lagi mereka sangat rapat dengan arwah ibu dan bapa
Elsuraya. Serasa mereka bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi
Elsuraya.
“Su tak nak! Su benci Azad. Apa auntie merepek ni? Su takkan bertunang dengan dia.” – Elsuraya.
“Su, cuba tengok lagi jauh. Umur Su makin meningkat. Su perlukan
orang untuk jaga Su. Keluarga Azad cukup baik dan mampu jaga Su macam
anak sendiri dan Azad sendiri tak kurang apa pun. Lainlah kalau Su ada
calon lain. Auntie tak akan paksa.” – Puan Rosanna.
Namun, Dani Ikram lebih pantas mendahului. Elsuraya cepat-cepat
diikat agar tidak terlepas ke tangan Azad. Azad pula tarik diri demi
kebahagiaan Dani Ikram dan Elsuraya.
Saat hubungan sedang memekar, sebuah kebenaran terbongkar! Ayat
‘astalavista loozzer…with double o and double z’ yang diungkapkan oleh
Dani Ikram ketika mereka outstation di Seoul, Korea membuka mata hati
Elsuraya. Ayat itu! Ayat yang membuatkan kedua-dua orang tuanya maut
dalam kemalangan jalan raya.
“All along. It is you. All along. It is a lie.” – Elsuraya.
“Listen.” – Dani Ikram.
“Truth… that night, it was you! You were the one.” – Elsuraya.
Hati Elsuraya mula berbelah bahagi. Cintanya pada Dani Ikram dan
dendamnya pada Dani Ikram. Dapatkah dia memaafkan lelaki itu sedangkan
dendamnya masih membara? Dapatkah dia reda dengan ketentuan Ilahi
sekiranya lelaki itulah jodoh untuknya yang telah tertulis di lohmahfuz?
Kuatkah dia berperang dengan perasaannya sendiri? Semuanya bakal
terjawab dalam BIMBO.
“Miss Bimbo versus Mister Douchebag.”
“Fantasi versus Realiti.”
----
Novel ini telah diadaptasi ke dalam drama
Aku Bukan Bimbo yang ditayang di Astro Ria.
Jangan lupa untuk membaca novel ini & menonton dramanya.