Zawiah Hassan

Showing posts with label Zawiah Hassan. Show all posts
Showing posts with label Zawiah Hassan. Show all posts
Buku 501 Soal Jawab Perkahwinan Islam mengupas dengan ringkas dan padat pelbagai permasalahan dan persoalan yang sering menjadi tanda tanya kepada pasangan dalam melayari alam perkahwinan.

Panduan ringkas dan mudah mengenai hal ehwal perkahwinan. Sesuai untuk pelbagai golongna pembaca. Dalam usaha kita membangun dan mengurus pelbagai institusi dalam masyarakat dan negara, institusi perkahwinan adalah tunjang ketamadunan supaya manusia jadi lurus dan tunduk ke arah kompas ilahi. Buku ini ditulis oleh tokoh yang menjalani hidup harian beliau dengan 1001 macam karenah manusia menjalani hidup berkeluarga. Berdasarkan kisah-kisah benar itu, dipersembahkan kepada khalayak pembaca supaya jadi pedoman sekiranya kita yang mengalaminya sendiri.” - Ahmad Naim Jaafar (Peguam)

=======================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-983-3372-22-5
ISBN-10: 983-3372-22-8
Tarikh Terbit: 13 Apr 2009
Jumlah Muka Surat : 272
Berat (KG): 0.31
Penulis: Rohayati Bakri, Zawiah Hassan
Penerbit: PTS MILLENNIA
=======================


RM 17.50
Add to Cart
501 Persoalan Fikah Wanita yang sering kali ditanya oleh wanita. Buku ini mengandungi soal jawab sebanyak 501. Jawapan yang diberikan ringkas, tepat dan mudah difahami.

Fikah adalah satu daripada cabang ilmu yang penting bagi umat Islam bagi memastikan seseorang dapat melaksanakan ibadatnya dengan cara yang betul supaya segala amalannya diterima oleh Tuhan. Perlaksanaan ibadat yang betul dan diterima Tuhan seterusnya dapat meningkatkan keimanan seseorang, Insya-Allah. 
 
Dalam usaha bagi berkongsi maklumat tentang ilmu fikah ini, kami mengambil pendekatan yang lebih praktikal iaitu dengan menulis buku 501 Persoalan Fikah Wanita ini dalam bentuk soal jawab yang mudah. Persoalan yang dikemukakan merangkumi aspek-aspek antara lain penyucian, wuduk, solat, puasa, zakat, haji, nikah kahwin, jual beli dan jenayah.  
 
Persoalan-persoalan yang dimuatkan adalah berkaitan dengan masalah fikah harian serta isu-isu semasa. Walaupun ada di antara persoalan yang dikemukakan itu remeh namun ia penting bagi kita sama-sama mendapat manfaat serta maklumat yang betul, Insya-Allah. 
 
Buku ini tidak banyak memuatkan persoalan yang berkaitan dengan nikah kahwin dan kekeluargaan. Insya-Allah, persoalan yang berhubung dengannya akan dimuatkan dalam buku yang berasingan yang akan menyusul kemudian.

========================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-983-3604-25-8
ISBN-10: 983-3604-25-0
Tarikh Terbit: 7 Aug 2008
Jumlah Muka Surat : 240
Berat (KG): 0.30
Penulis: Zawiah Hassan, Rohayati Bakri
Penerbit: PTS
========================


RM 19.50

Add to Cart