Teori & Konspirasi

Showing posts with label Teori & Konspirasi. Show all posts
Showing posts with label Teori & Konspirasi. Show all posts
===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN-13: 9789672011118
Tarikh Terbit: April 2016
Jumlah Muka Surat: 128
Berat (Kg): 0.19
Penerbit: Mugabe Press
===========================

RM 25.00

Add to Cart
===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN-13: 9789672011101
Tarikh Terbit: April 2016
Jumlah Muka Surat: 200
Berat (Kg): 0.22
Penerbit: Mugabe Press
===========================


RM 25.00

Add to Cart
===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN-13: 9789672011125
Tarikh Terbit: April 2016
Jumlah Muka Surat: 144
Berat (Kg): 0.22
Penerbit: Mugabe Press
===========================


RM 25.00

Add to Cart
Termaktub dalam Al-Quran dan hadith, bangsa Yahudi adalah bangsa yang banyak melakukan kerosakan di bumi. Bangsa berketurunan Nabi Yaaqub a.s. ini seringkali dikaitkan dengan pemalsuan, pemesongan akidah. Malah, mereka juga membunuh nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka.

Sejarah juga membuktikan, bangsa ini memainkan peranan yang begitu penting sebagai masterminddalam pertembungan antara timur dan barat seperti kejatuhan Empayar Uthmaniah, peperangan dan penjajahan era Perang Dunia Pertama dan Kedua, dan yang terkini penyembelihan umat Islam di Palestin, Syria, dan Mesir. Malah, isu ini tidak akan lengkap perbincangan ia sekiranya tidak mengaitkan dengan peranan Syiah di rantau asia tengah.

Siapakah Yahudi dan syiah yang sebenar? Apakah perkaitan antara kedua-dua golongan ini dengan Dajal? Apakah kesesatan dan keburukan yang dibawa oleh mereka?

Buku ini akan memperkenalkan kelompok manusia yang suka melakukan kerosakan di atas muka bumi Allah s.w.t. ini, sehingga menjadi fitnah kepada orang yang beriman.

===========================
ISBN-13: 978-967-366-242-5
Tarikh Terbit: 22 Oct 2013
Jumlah Muka Surat : 344
Berat (KG): 0.45
Kategori: Islam Umum
Penulis: Sabaruddin Hussein
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
===========================


RM 20.00

Add to Cart
Buku ini adalah buku pertama di dunia yang berjaya membongkar misteri sosok Luqmanul Hakim dalam sejarah. Daripada kajian yang dijalankan oleh penulis, ternyata Luqmanul Hakim adalah ahli falsafah Athens, iaitu Socrates (469-366 SM).

Tradisi hadith menyatakan Luqmanul Hakim merupakan lelaki berkulit hitam (keturunan negro) dan bekas hamba sahaya. Tetapi Socrates yang selama ini dikenal sebagai pencetus atau bapa falsafah barat, dipercaya berketurunan kulit putih Eropah. Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan fizikal Luqmanul Hakim.

Menerusi kaedah perbandingan Sinkronik-Diakronik, analisis kandungan, analisis bingkai, dan analisis komponen semantik, Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko menemukan adanya dua persamaan:
  • Pertama - Bentuk fizikal Socrates sama 100% dengan Luqmanul Hakim, iaitu berkulit hitam.
  • Kedua - Ajaran falsafah Socrates memiliki tematik sama 100% dengan nasihat Luqmanul Hakim dalam Al-Quran, menerusi surah Luqman.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 9 x 6 x 1.26
ISBN-13: 978-967-366-172-5
Tarikh Terbit: 8 Jul 2013
Jumlah Muka Surat : 744
Berat (kg): 0.94
Kategori: Bukan Fiksyen, Umum, Sejarah, Islam, Politik & Sejarah
Penulis: Muhammad Alexander
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
===========================


RM 40.00

Add to Cart
  • Siapakah Nabi Nuh yang sebenar? 
  • Apakah kisah di sebalik bahtera dan banjir dahsyat yang melanda pada zaman antediluvian? 
  • Benarkah bahtera baginda sudah dijumpai? 
  • Dimanakah lokasi sebenar Bukit Judi yang disebutkan dalam Al-Quran
Kisah Nabi Nuh dan banjir besar banyak diceritakan dalam kitab Taurat, Injil, dan Al-Quran. Kisah baginda juga banyak terdapat dalam agama dan budaya lain, sehingga terdapat 72 versi adaptasi daripada Al-Quran dan Bible yang menceritakan kisah yang sama dengan penerapan unsur-unsur khayalan, seperti mitos Yunani dan India yang mengenali baginda sebagai Deucalion dan Manu.

Misteri Nabi Nuh membongkor kisah agung seorang rasul yang menjadi sebutan pelbagai agama, sejarah, dan sains berpandukan Al-Quran, hadith, Bible, dan Veda.

Buku ini membuktikan kebenaran Al-Quran terhadap fenomena banjir dahsyat yang pernah melanda suatu ketika dahulu.

============================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-047-5
Tarikh Terbit: 10 Feb 2014
Jumlah Muka Surat : 200Berat (kg): 0.26
Kategori: Islam Umum
Penulis: Ahmad Iqram Mohamad Noor
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
============================


RM 15.00
Add to Cart
"Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain. Katakanlah, 'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.' Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya." (surah al-Kahfi: 83-84)

Sejak sekian lama, nama agung Zulqarnain cuba dikaitkan dengan nama-nama raja agung dalam sejarah. Mustahil raja agung yang tercatat di dalam al-Quran 'hilang' dalam rekod sejarah. Bukan seorang dua raja agung yang dinobatkan, namun mengaitkan peribadi raja dengan iman yang disebutkan di dalam al-Quran masih 'misteri.'

Mencari Zulqarnain ibarat bermain teka-teki. Setiap teka-teki mempunyai kata kunci. Antara kata kunci utama adalah beriman, menjelajah timur dan barat dan bertemu dengan Yakjuj dan Makjuj. Tersalah pada satu kata kunci, calon raja agung terkeluar daripada gelaran Zulqarnain.

Senarai calon raja agung sudah dibuat, kata kunci sudah dirungkaikan, ternyata Alexander the Great adalah calon yang paling layak. Biar pun tuduhan musyrik yang dilemparkan, buku ini menjawab Alexander Macedonea atau Iskandar al-Makduni adalah orang yang beriman pada satu Tuhan yang esa, pembebas timur dan barat dan pembina tembok Yakjuj dan Makjuj.

Buku Alexander adalah Zulqarnain mendedahkan profil Alexander the Great, anak Philip II, agamanya, dan kaitannya dengan bangsa paling kejam dalam sejarah, Yakjuj dan Makjuj. Menjawab tuduhan musyrik yang dilemparkan, membersihkan peribadinya daripada sembahan pagan dan membuktikan bahawa beliau sememangnya beriman.

Antara kandungan menarik di dalam buku ini: Alexander the Great di dalam Tafsir al-Quran * Nama Alexander the Great dicemari di dalam Teks Yunani-Rom Kuno * Senarai Penguasa Dunia (1010 - 330 SM) * Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj & Makjuj * Oasis Monoteisme di tengah Gurun Paganisme Yunani * Peringkat Awal Misi Pembebasan Alexander * Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem *  Pengembaraan Alexander di Timur * Pengembaraan Alexander di Barat * Pertemuan Alexander dengan Kaum-kaum yang disebut di dalam al-Quran * Lokasi Alexander membina Tembok Besi * Jawapan kepada Tuduhan.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009).

=====================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-5137-81-5
Tarikh Terbit: 18 Mar 2010
Jumlah Muka Surat : 760

Berat (KG): 0.95 
Penulis: Muhammad Alexander
Penerbit: PTS Islamika
=====================


RM 35.00
Add to Cart
Dunia digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang awal pagi 8 Mac 2014. Penerbangan itu yang membawa 227 penumpang dari 15 buah negara termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal menjadi tumpuan dunia. Pesawat itu terputus hubungan daripada pusat kawalan udara Subang sekitar pukul 2.40 pagi iaitu hanya 2 jam setelah berlepas. Usaha pencarian dan penyelamatan bersama meliputi luas 30,000 km2 (12,000 batu²) di Teluk Thailand. Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac pada 00:41 waktu tempatan (16:41 UTC, 7 Mac) dan dijadualkan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing (06:30 waktu tempatan, 8 Mac). 

Operasi besar-besaran mencari pesawat MH370 melibatkan lebih 30 pesawat dan 40 kapal dari berbagai masih tidak memberi sebarang petunjuk. Penggeledahan dilaut terbuka secara massa masih diteruskan.

Berbagai-bagai kemungkinan dan teori ditonjolkn oleh berbagai-bagai pihak termasuk untuk memberi indikasi pencarian pesawat tersebut. Namun nasib pesawat MH370 kekal menjadi misteri. 
Adakah ini merupakan satu konspirasi peringkat tertinggi dari negara-negara atau pihak tertentu? Atau satu tragedi yang sungguh mistik?
Adakah kelonggaran sistem pemeriksaan telah menyebabkan penumpang dapat menaiki pesawat dengan passport curi?
Mungkinkah ini merupakan satu permainan perang teknologi yang menjadikan pesawat MH 370 sebagai mangsa keadaan?

Buku ini mengkaji kronologi dan sebaik mungkin membongkar satu teori dan kemungkinan di sebalik tragedi MH370. Buku wajib baca oleh semua golongan dan sesuai untuk dijadikan rujukan bagi menghadapi kemungkinan tragedi akan datang.

==========================
ISBN: 978-967-5994-13-5
Tahun Terbitan: 2014
Penulis: Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin
Penerbit: Casamas Resources Sdn Bhd
==========================


RM 24.00

Add to Cart
"Bergembiralah kamu kerana sesungguhnya seorang lelaki daripada kamu adalah sama dengan 1000 orang daripada Yakjuj dan Makjuj" Hadis direkodkan oleh Bukhari.

Buku Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung (2009) mendedahkan bangsa misteri yang disebutkan di dalam al-Quran, Yakjuj & Makjuj. Isu-isu misteri kian terungkap dengan penemuan bangsa Scythia yang mirip dengan karakter Yakjuj & Makjuj dan Pergunungan Kaukasus sebagai lokasi 'tembok' Yakjuj & Makjuj. Bukti-bukti sejarah kian menunjukkan kebenaran ini. Namun, bangsa Scythia hanyalah satu daripada bangsa Yakjuj dan Makjuj.

Buku Yakjuj & Makjuj: Lima Gelombang Pembawa Bencana ini mendedahkan lima bangsa Yakjuj & Makjuj yang terkenal dengan serangan kejam dalam sejarah * Menghurai keturunan Yakjuj & Makjuj bermula daripada keturunan Nabi Nuh * Sifat yang ada pada Yakjuj & Makjuj terdapat dalam keturunannya sekarang * Apabila tiba masa yang dijanjikan, lima bangsa ini akan kembali menguasai bumi.

Penulis adalah pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan mendapat Ijazah Doktor dan Falsafah (PhD) dalam bidang sejarah dan peradaban. Beliau menghasilkan karya-karya bestseller seperti Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009), Alexander adalah Zulqarnain (2010), Armagedon: 2012 (2010).

=============================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-366-071-1
Tarikh Terbit: 27 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 776
Berat (kg): 0.95
Penulis: Muhammad Alexander, Wisnu Sasongko
Penerbit: PTS Islamika
=============================


RM 35.00

Add to Cart
Dia terlupa cintanya. Yang dalam fikiran cuma si kekasih lama, dan sang suami yang lebih berhak hanya mampu memendam rasa. Dia juga lupa suaminya seorang prjuang-pejuang yang akan mendapatkan kembali cintanya.

Ikatlah isteri dan anak-anakmu di rumah, kerana ramainya pengikut dajjal adalah kaum wanita. – pesanan Rasulullah

Demi mencari kesempurnaan, Dr. Ehsan menjalankan satu kajian perubatan tanpa menduga kajiannya telah menarik minat sebuah konsortium yang ingin menakluk dunia. Konsortium yang sedang merancang meluaskan tanah jajahan Israel sebagai pentas menyambut kedatangan Dajjal merasakan kajian Dr. Ehsan mampu mencantikkan imej pemimpin yang ditunggu berkurun abad itu. Dan bagi memastikan rancangan mereka tidak mendapat tentangan dari sesiapa pun, konsortium menggunakan berbagai cara bagi mencipta Imam Mahdi palsu agar umat Islam tunduk kepada proksi mereka itu.

Sementara itu, Dr. Ehsan terpaksa berhadapan dengan masalah peribadi apabila lamarannya asyik ditolak oleh Nur Sayang. Dr. Ehsan terpaksa menggunakan tipu helah bagi menghalalkan hubungan mereka. Namun, bahagia sebuah perkahwinan yang diimpikan, derita pula yang menjengah. Nur Sayang ditinggalkan di Mesir. Dr. Ehsan dilupakan. Ketika itu Arielle dan Ayala pula menawarkan diri sanggup berkongsi kasih dengan Nur Sayang. Nur Sayang mahu kembali kepada Kamil, sedangkan Kamil sudah dirancangkan akan berkahwin dengan Amanda.

Kemelut bertambah rumit apabila konsortium menculik Dr. Ehsan bagi mendapatkan hak eksklusif terhadap kajiannya itu. Jeneral Zuckermann, musuh lama Dr. Ehsan, mengambil peluang ini untuk membalas dendam dengan menjadikan Nur Sayang sebagai tebusan. Nur Sayang dan Dr. Ehsan terperangkap dalam konspirasi bertaraf antarabangsa yang bakal menggoncang keimanan. Dan hanya ada satu jalan keluar.. cinta pada Yang Satu.
Maya Iris 15/06/2015, 10:17 PM

===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5'X7.3'
ISBN-13: 978-967-369-292-7
Tarikh Terbit: 13 Feb 2015
Jumlah Muka Surat : 686
Berat (kg) : 0.53
Penerbit : Gedebook
===========================

Harga Asal: RM 25.00
RM 21.25
Add to Cart