Sentap Press

Showing posts with label Sentap Press. Show all posts
Showing posts with label Sentap Press. Show all posts
Kahwin bukan benda main-main. Kahwin ni satu benda besar, ia satu Sunnah yang agung, bahkan ianya adalah satu jalan ketaqwaan. Amat malang andai kita merasakan kahwin ini hanyalah tempat pemuas nafsu dan hiburan semata-mata. Atau cukup setakat nak “halal”kan perhubungan yang selama ini tidak halal. Atau hanya semata untuk meninggalkan maksiat. Kahwin ini lebih jauh dari itu matlamatnya.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 8" x 5”
ISBN-13: 978-967-13498-8-5
Tarikh Terbit: 5 April 2016
Jumlah Muka Surat: 184
Berat (Kg): 0.18
Penulis: Kelab Zaujati Tobibatun
===========================


RM 25.00
Add to Cart
Kata cikgu Isa selepas keretanya rosak, “Ada Dajjal di kampung kita” Mahdi Infradi seorang nelayan yang selalu alami tayar motosikal pancit, setuju dengan kata-kata cikgu Isa, lalu menyeru Pemandu Kereta mayat yang sedang dalam perjalanan membeli makanan yang bini sedang mengidam, untuk pergi bersama mereka menangkap Dajjal. Di jalanan, tidak kami sedari, rupanya ada Yakjud Makjud sedang mara merobohkan masjid.

Kisah dalam buku ini selain menceritakan peristiwa akhir zaman berkenaan Dajjal, Imam Mahdi, Nabi Isa, Yakjud Makjud, dan kiamat besar secara imbas ke masa hadapan (flash forward), cerita sebenar dalam buku ini jauh menyelam falsafah tentang hakikat kiamat kecil yang pasti dihadapi oleh semua orang sebelum kiamat besar, maka cerita nasihat tentang kiamat kecil dan persediaannya adalah amat penting bagi semua  umat manusia, malahan, fitnah dajjal yang kecil, juga penting untuk umat manusia membuat persediaan menghadapinya sebelum kedatangan fitnah dajjal yang besar.

Lalu Cikgu Isa Kelisa, Mahdi Nelayan, dan Hamka Kereta Mayat kelihatan bekerjasama memburu Dajjal seawal waktu Dhuha…

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 8”
ISBN-13: 9789671349892
Jumlah Muka Surat: 350
Berat (Kg): 0.36
Penulis: Hamka Kereta Mayat
===========================


RM 30.00
Add to Cart
“Kenapa kau letak tajuk buku ini, Tamak Pahala?”

Ok, cuba korang fikir. Setiap benda kecil akan dinilai Allah, apatah lagi benda yang besar, kan? So, buku TAMAK PAHALA: Sebab aku nak masuk syurga. Kau nak ikut? Ditulis supaya kita tak underestimate aktiviti-aktiviti seharian yang kita buat, sebab mungkin kita rasa aktiviti tu kecil tapi boleh jadi ianya besar di sisi Allah. Benda yang kita rasa simple itulah yang akan bawa kita ke syurga, atau ke neraka.

Dalam 10 saat, jom muhasabah diri kita, “Buat baik pun kena catat, buat jahat pun kena catat, walaupun benda tu kecil. So, better kita buat benda baik je. Haa, malaikat yang ada kat sebelah kanan dan kiri kita tak pernah tidur dan selalu catat amalan kita. Kita je yang selalu tidur.”

Buku ni bagi idea tentang aktiviti-aktiviti seharian kita, tapi kita terlepas pandang (atau buat-buat tak tahu) yang benda tu akan bagi kesan pada kita di akhirat kelak. Sama ada kita akan dapat redha Allah, atau sebaliknya.

Semoga buku TAMAK PAHALA dapat ‘jentik’ hati masyarakat especially anak muda supaya fastabiqul khairat atau berlumba-lumba buat benda baik. Bagi yang dah berusia, tak ada istilah terlambat untuk berubah. Teruskan ‘lari’ untuk kejar redha Allah. Harapan masih ada selagi ajal tak jemput kita.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN-13: 9789671349878
Jumlah Muka Surat: 208
Berat (Kg): 0.31
Penulis: Aizuddin Hamid
===========================

RM 25.00
Add to Cart
“Mengapa Allah ciptakan bakat, kalau bukan untuk kita gunakannya atas jalan kebaikan?”
Aku tertunduk.
Aku merenung dalam-dalam.
“Kau pandai lukis? Kau pandai menyanyi? Kau pandai buat musik? Kau petah berkata-kata? Kau pakar buat filem?”
“Ingat, apa sahaja bakat yang kau ada, gunakan untuk kebaikan, untuk membimbing manusia!”
“Lukisan tarbiah”

50 komik yang sarat dengan pengajaran.
50 komik yang amat berkait rapat tentang pahit manis kehidupan.
50 komik yang penuh dengan teguran, harapan dan bimbingan.

Dengan satu tujuan.
“Dengan lukisan, aku membimbing manusia!”

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN-13: 9789671404829
Jumlah Muka Surat: 224
Berat (Kg): 0.29
Penulis: Abeben
===========================

RM 25.00
Add to Cart
Pernahkah dikau merasa kekosongan di hati?
Serba tidak kena.
Resah menghantui diri.
Masalah demi masalah dating tanpa menimpa hidup.
Resah dan gundah menjadi peneman.
Pernah tak dikau rasai kekosongan seperti itu?
Mencari jawapan mengapa ia terjadi namun tidak timbul juga.
“Si Kosong”
“Akan tiba satu saat dalam hidup, kau akan merasai kekosongan. Ketahuilah, ketika itu, kau memerlukanNya”

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN-13: 9789671404836
Jumlah Muka Surat: 180
Berat (Kg): 0.24
Penulis: Jibrail Fitrah
===========================

RM 25.00
Add to Cart
“Takkan nak ngorat awek tengah-tengah jalan kot bro? ni set-set tudung labuh pun kau minat?” tanya Khai.

“Bukan Khai.. Ni haaa dua perempuan pakai khemah atas kepala ni rasa dah besar sangat nak tegur aku. Hahahaha.” Gelak Is kuat, diikuti Hanif.

“Eh kau cakap baik sikit eh? Siapa yang kau cakap pakai khemah atas kepala?” marah Solehah.

Darahnya naik setelah diperli sedemikian rupa.

“Takkan sebab tu je kau nak buang masa bergaduh dengan dua budak tak matang ni Is? Hanif? Come on la.” Kata Khai sambal menepuk bahu kedua-dua kawannya itu.

Khairul Rafeeq. Ya, mungkin melihat pada barannya dia seakan bukan manusia. Tapi satu; baginya perempuan bukan untuk dikasari.

Orang selalu mengambil alih kerja Tuhan. Lantas, Khai dihukum Neraka oleh manusia yang memandangnya dengan penuh hina. Hidayah, kerja Tuhan. Kita hamba, wajib percaya. Mudahnya menghukum, padahal kita perut tak pernah kosong. Selalu memaki, lupa bahawa aib sendiri bergunung tinggi.

Manusia tak jahat, it is the dasa that makes the poison. Pain – changes people.

“Kerana Syurga bukan percuma. Sebab tu kena usaha.” – Khai.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 8”
ISBN-13: 9789671404812
Jumlah Muka Surat: 340
Berat (Kg): 0.32
Penulis: Najmi Fetih
===========================


RM 25.00
Add to Cart