Rohayati Bakri

Showing posts with label Rohayati Bakri. Show all posts
Showing posts with label Rohayati Bakri. Show all posts

Buku 40 Tokoh Islam memuatkan 40 kisah tokoh Islam yang banyak memberi sumbangan dalam perkembangan ilmu,sama ada ilmu agama atau ilmu dalam bidang yang berkaitan dengan kehidupan dunia. Ia meliputi zaman selepas Nabi Muhammad meninggal dunia pada tahun 11 hijrah bersamaan 632 Masihi sehingga ke zaman ilmuwan Islam yang masyhur. 

===========================

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-366-004-9
Tarikh Terbit: 30 Jul 2013
Jumlah Muka Surat : 184
Berat (kg): 0.45
Penulis: Rohayati Bakri, Nazrie Haslieanie, Nur Izzati
Penerbit: PTS Islamika
===========================


RM 28.00
Add to Cart
Mengapa kita perlu berakhlak mulia? Kata ibu, orang yang berakhlak baik akan disayangi Allah dan rasul-rasulnya. Adik-adik mahu disayangi Allah dan rasul? Mari kenali akhlak-akhlak yang boleh boleh kita contohi melalui buku ini. Akhlak yang baik lahir daripada peribadi yang selalu ingin mencontohi Rasulullah. Buku ini mengajak adik-adik mengenali dan memahami 101 akhlak yang boleh dicontohi. "Sesungguhnya pada diri Rasullulah itu contoh ikutan yang paling baik bagi kamu."

====================
ISBN: 978-967-5137-51-8
Size: 6.8 x 9.8
Muka Surat: 225
Tarikh Terbitan: 10 Dec 2015
Berat(kg) : 0.60
Penulis: Rohayati Bakri
Penerbit: PTS Islamika
====================


RM 32.00
Add to Cart
Buku 40 Kisah Nabi daripada Hadis ini adalah buku yang perlu dimiliki oleh kawan-kawan. Buku ini memuatkan kisah-kisah para nabi yang diambil daripada hadis.

Tahukah kawan-kawan bahawa Nabi Daud a.s. seorang yang kuat bekerja? Semasa berkhutbah, Nabi Daud a.s. tanpa rasa malu menyatakan dirinya sebagai seorang tukang besi. 

Nabi Idris a.s. pula adalah seorang tukang jahit. Beliau selalu memberi sedekah lebihan daripada hasil usahanya selepas digunakan bagi memenuhi keperluan hidupnya yang sangat sederhana.

Nabi Zakaria a.s. pula seorang tukang kayu dan Nabi Musa a.s. adalah seorang penggembala, manakala Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang pedagang. 

Bagaimana pula dengan nabi-nabi lain? Apakah kisah lain tentang para nabi yang ada di dalam buku ini? Dengan itu, milikilah buku ini.Jadikan kisah para nabi kita sebagai pedoman hidup kepada kawan-kawan bagi menjadi seorang yang berilmu dan disanjung seperti mereka.

====================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-401-358-5
Tarikh Terbit: 15 Sep 2014
Jumlah Muka Surat : 216
Berat(kg): 0.52
Penulis: Rohayati Bakri, Ahmad Faiz Mohd Khalil
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
=====================


RM 28.00

Add to Cart
Buku 501 Soal Jawab Perkahwinan Islam mengupas dengan ringkas dan padat pelbagai permasalahan dan persoalan yang sering menjadi tanda tanya kepada pasangan dalam melayari alam perkahwinan.

Panduan ringkas dan mudah mengenai hal ehwal perkahwinan. Sesuai untuk pelbagai golongna pembaca. Dalam usaha kita membangun dan mengurus pelbagai institusi dalam masyarakat dan negara, institusi perkahwinan adalah tunjang ketamadunan supaya manusia jadi lurus dan tunduk ke arah kompas ilahi. Buku ini ditulis oleh tokoh yang menjalani hidup harian beliau dengan 1001 macam karenah manusia menjalani hidup berkeluarga. Berdasarkan kisah-kisah benar itu, dipersembahkan kepada khalayak pembaca supaya jadi pedoman sekiranya kita yang mengalaminya sendiri.” - Ahmad Naim Jaafar (Peguam)

=======================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-983-3372-22-5
ISBN-10: 983-3372-22-8
Tarikh Terbit: 13 Apr 2009
Jumlah Muka Surat : 272
Berat (KG): 0.31
Penulis: Rohayati Bakri, Zawiah Hassan
Penerbit: PTS MILLENNIA
=======================


RM 17.50
Add to Cart
501 Persoalan Fikah Wanita yang sering kali ditanya oleh wanita. Buku ini mengandungi soal jawab sebanyak 501. Jawapan yang diberikan ringkas, tepat dan mudah difahami.

Fikah adalah satu daripada cabang ilmu yang penting bagi umat Islam bagi memastikan seseorang dapat melaksanakan ibadatnya dengan cara yang betul supaya segala amalannya diterima oleh Tuhan. Perlaksanaan ibadat yang betul dan diterima Tuhan seterusnya dapat meningkatkan keimanan seseorang, Insya-Allah. 
 
Dalam usaha bagi berkongsi maklumat tentang ilmu fikah ini, kami mengambil pendekatan yang lebih praktikal iaitu dengan menulis buku 501 Persoalan Fikah Wanita ini dalam bentuk soal jawab yang mudah. Persoalan yang dikemukakan merangkumi aspek-aspek antara lain penyucian, wuduk, solat, puasa, zakat, haji, nikah kahwin, jual beli dan jenayah.  
 
Persoalan-persoalan yang dimuatkan adalah berkaitan dengan masalah fikah harian serta isu-isu semasa. Walaupun ada di antara persoalan yang dikemukakan itu remeh namun ia penting bagi kita sama-sama mendapat manfaat serta maklumat yang betul, Insya-Allah. 
 
Buku ini tidak banyak memuatkan persoalan yang berkaitan dengan nikah kahwin dan kekeluargaan. Insya-Allah, persoalan yang berhubung dengannya akan dimuatkan dalam buku yang berasingan yang akan menyusul kemudian.

========================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-983-3604-25-8
ISBN-10: 983-3604-25-0
Tarikh Terbit: 7 Aug 2008
Jumlah Muka Surat : 240
Berat (KG): 0.30
Penulis: Zawiah Hassan, Rohayati Bakri
Penerbit: PTS
========================


RM 19.50

Add to Cart
Nabi Muhammad memerintahkan dia dan seorang sahabat lain bernama Said bin Thabit menjadi pengintip di Syam. Syam adalah pusat perniagaan yang maju pada masa itu. Nabi Muhammad pernah berniaga ke Syam semasa beliau berumur 12 tahun.

Nabi Muhammad berkata, “Saya ingin tahu, apakah aktiviti perniagaan orang Quraisy di Syam? Saya juga ingin tahu, siapakah yang menjadi ketua misi perdagangan puak Quraisy?” Selepas itu, Talhah dan Said berangkat ke Syam.

Syam kini adalah gabungan kawasan negara Syiria, Jordan, Palestine dan Lubnan. Ia menjadi pusat perdagangan selain Mekah dan Yaman. Pedagang Mekah sering berulang-alik ke Syam di utara Mekah pada musim panas dan Yaman di selatan Mekah pada musim sejuk. Namun, pada tahun 2 Hijrah, Nabi Muhammad memerintahkan Talhah bin Ubaidillah dan Said bin Thabit menjadi pengintip di Kota Syam. Apakah misi mereka?

========================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-983-192-390-0
ISBN-10: 983-192-390-1
Tarikh Terbit: 11 Feb 2008
Jumlah Muka Surat : 180
Berat (kg): 0.15
Penulis: Rohayati Bakri
Penerbit: PTS
========================


RM 15.00

Add to Cart