Merpati Jingga

Showing posts with label Merpati Jingga. Show all posts
Showing posts with label Merpati Jingga. Show all posts
Andai satu hari nanti,
Ilmu itu jadi transaksi,
Pasti mereka berpusu-pusu,
Berlari telanjang ke sekolah,
Merangkak rangkak ke universiti,
Hanya untuk garap sedikit kata tahu,
Agar dapat mereka jadikan belanja harian,
Ini hanyalah andaian,
Jangan gusar,
Duit masih lagi ruji dunia kita.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.8 " x 8.2”
ISBN-13: 978-967-0584-03-4
Jumlah Muka Surat: 148
Berat (Kg): 0.20
Penulis: Amir Amin Halim
Penerbit: Merpati JIngga
===========================


RM 20.00

Add to Cart
Pada suatu malam, hampir semua penduduk Kampung Cendana dibanjiri air mata apabila Gatha Uda dan isterinya Wanis diberitakan mati dalam keadaan tragis dan misteri. Selama hidup mereka sebagai suami isteri, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama KARKUMA, berhati mulia dan memiliki kelebihan bertutur dengan tumbuh-tumbuhan.

Atas nama cinta Sirehpani, gadis tercantik di Kampung Cendana ini telah berkahwin dengan Karkuma, seorang tukang kebun. Namun, ia telah mengundang dendam Jameng, seorang ketua agama daripada golongan bangsawan yang memiliki kelebihan bertutur dengan jin.

Semakin lama, semakin kejam dendam Jameng, hingga beliau merancang untuk membunuh Karkuma. Jameng dibantu beratus hulubalang istana dan bala tentera daripada golongan jin, untuk menentang Karkuma.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7”
ISBN-13: 978-967-0584-10-2
Jumlah Muka Surat: 320
Berat (Kg): 0.26
Penulis: Raja Azmi
Penerbit: Merpati Jingga
===========================


RM 30.00

Add to Cart
A woman who hates motherhood... A man has sex with a dead body to win a bet…Two brothers have an incestuous relationship….A man recalls the circumstance that drove his best friend to take his own life... Doubt is a collection of stories that deal with life, love, lust and loneliness.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7”ISBN-13: 978-967-11185-4-2
Jumlah Muka Surat: 136
Berat (Kg): 0.13
Penulis: Bissme S
Penerbit: Merpati Jingga
=========================== 


RM 21.00

Add to Cart
Hasya Lourdes, Wanita lulusan Sarjana Muda Undang-undang memilih kerjaya penyiasat persendirian berbanding peguam. Bertitik tolak dari takdir ibunya, Hasnah yang dipenjara seumur hayat atas kesalahan membunuh suami, status Hasya sebagai anak tidak sah taraf yang tidak dituntut oleh mana-mana ahli keluarganya memaksanya membesar dikalangan masyarakat Kristian apabila Sebastian Jones, peguambela ibunya yang berbangsa India, mengambilnya sebagai anak angkat. Kehadiran Keris, harimau Bengal dari Afrika Selatan menjadi penawar sekaligus pemangkin kekuatannya untuk mengemudi bahtera kehidupan. Indahnya dunia apabila Hasya dilamun cinta dengan lelaki penuh karismatik, Bahrain Nasution. Kisah cinta ‘ Antara dua dunia berbeza’ bertukar menjadi ‘ cinta penjuru tiga’ apabila Hasya turut dicintai Rafael, anak tunggal Bahrain. Konflik semakin bercelaru dek etika profesionalisme yang dilanggarnya sendiri di mana Bahrain sebenarnya merupakan suami Regina Ong, klien yang mengupahnya untuk mengintip sang suami. Inikah namanya ‘harapkan pagar, pagar makan padi’?

===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.9" x 6.9”
ISBN-13: 978-967-0584-402-7
Jumlah Muka Surat: 171
Berat (Kg): 0.16
Penulis: Haliza Misbun
Penerbit: Merpati Jingga
===========================


RM 22.90

Add to Cart
Aku sering menginginkan lelaki gagah…

Bukan gagah yang dilimpahi ringgit, atau cahaya emas, atau saku penuh kerongsang delima.

Aku tak perlukan lelaki untuk kepuasan.

Aku mahukan lelaki yang luhur.

Aku mahu lelaki yang jujur membentengi.

Mungkinkah akan kutemui.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 4" x 7”
ISBN-13: 978-967-0584-21-8
Jumlah Muka Surat: 270
Berat (Kg): 0.21
Penulis: Raja Azmi
Penerbit: Merpati Jingga
===========================


RM 21.00

Add to Cart
A husband kills his wife...a mother eats the flesh of her child...a father cuts his son's throat... a daughter kills her parents to be famous...a son hides his paedophile nature from his mother...family looms large in bitter, a disturbing collection of 13 stories that deal with dreams,desires and dissapointments.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7”
ISBN-13: 978-967-05841-7-1
Jumlah Muka Surat: 132
Berat (Kg): 0.12
Penulis: Bissme S
Penerbit: Merpati Jingga
===========================


RM 21.00

Add to Cart
Komplikasi yang harus ditanggung oleh tiga beradik yang dibentukkan berbeza oleh suatu sistem yang dalam cerita ini disebut sebagai Bapak. Helium Si Gas Nadir, Maseh Dara., dan Ptuih! telah terdidik sewajarnya sebagaimana kemahuan sistem tersebut.

Berlatarkan sebuah stesen transit pada suatu awal pagi, bila mana Ptuih! yang teracu sebagai berbentuk berontakan, telah melawan Bapak – lagi, sebagaimana sifatnya. Kali ini dia diusir dari rumah. Helium, sang abang yang tinggi pengetahuan tetapi sedikit autisme mengekori, bertujuan memujuk adiknya itu supaya terus bersama keluarga, atau barangkali secara peribadi dia punya keinginan lain.

Kemudian muncul Maseh Dara., kakak yang taat setia kepada Bapak untuk membawa Helium pulang atas arahan Bapak. Pertengkaran terjadi, maka terlantunlah di situ segala keperihalan mereka – yang akan kita fahami sebagai perihal suatu sistem yang dengan jayanya telah meliputi segenap ruang kehidupan mereka.

Dibungkus dengan simbolisme, teks ini cuba memberitahu bahawa mereka adalah mangsa. Superptui! & Transit Kaler Magenta adalah sebuah konsekuensi.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 8”
ISBN-13: 978-967-0584-15-7
Jumlah Muka Surat: 60
Berat (Kg): 0.09
Penulis: Wan Azli Wan Jusoh
Penerbit: Merpati Jingga
===========================


RM 15.00

Add to Cart
Kata orang, tidak semua soalan sesuai dijawab. Tidak semua kejadian ada penjelasan. Kadang-kadang ia berlaku sebagai sekadar berlaku. Kata pepatah urban, shit happens. Kan? Rasa kecewa, bahagia, sedih, sengsara, sunyi...hanya sebahagian kecil dari banyak lagi perkataan yang boleh kita gambarkan, mungkin sebagai justifikasi terhadap kehidupan.

Dalam selang detik yang berlari seperti saat ini, yang kita namakan sebagai masa, kita akan terus memikul beban emosi yang tidak selalu menyenangkan. Ada kalanya kita tersepit antara dua jurang yang saling membunuh.

Naskhah ini, bukan sekadar memberi gambaran perasaan atau sekadar memaknai gelojak rasa. Ia memotret segala rasa, segala aksi dan segala tema yang mungkin pernah kita lalui sepanjang hidup. Ia menghidangkan kisah-kisah manusia yang sedang dan bakal berlaku dalam bentuk yang paling mengesankan. Ia mungkin juga bakal memperkosa minda matang kita meski, kata cinta-kesunyian-sengsara dan lagi dan lagi itu mungkin sering kita diucapkan sekadar mengisi makna. Tapi percayalah, buku akan memberi tambah nilai kepada kehidupan kalian!

===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7”
ISBN-13: 978-967-0584-18-8
Jumlah Muka Surat: 140
Berat (Kg): 0.12
Penulis: Bissme S
Penerbit: Merpati Jingga
===========================

RM 21.00

Add to Cart


‘Hai engkau Malaysia, apa konsepsi yang engkau berikan kepada umat manusia, apa konsepsi yang engkau berikan kepada rakyat di Kalimantan Utara? Atau rakyat di Malaya atau rakyat di Singapura?Apa konsepsi yang engkau keluarkan? Republik Indonesia tegas mengeluarkan konsep, PANCASILA, MANIPOL, USDEK, BERDIKARI, TRISAKTI, NASAKOM. Malaysia adalah suatu negara kalau boleh dinamakan, negara TANPA KONSEPSI. Suatu Negara tanpa Ideologi!’

Ini adalah petikan ucapan popular oleh Presiden Republik Indonesia, Presiden Soekarno pada sekitar 1963, ketika zaman konfrontasi Indonesia-Malaysia. Kasar, keras, menghina, namun pahitnya; benar.

Jika hanya mengambil kira latar cerita di belakang pengungkapan tersebut, ramai akan mendakwa ungkapan tersebut tidak lagi kontekstual untuk diletakkan selari dengan zaman ini.

Benar ketika zaman konfrontasi, permusuhan antara dua Negara ini senantiasi menyebabkan pemimpin dari kedua-dua Negara saling bertikam lidah.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7”
ISBN-13: 978-967-0584-08-9
Jumlah Muka Surat: 244
Berat (Kg): 0.22
Penulis: Adam Adli
Penerbit: Merpati Jingga
==========================
RM 28.00

Add to Cart
MEMOIR BUKAN MEMOIR satu penceritaan mengenai perjalanan Pekin Ibrahim di dalam mengejar impiannya menjadi seorang artis terkenal. Bukan seperti memoir biasa, kisah di dalam buku ini bermula daripada Pekin berusia 15 tahun sehingga ke-awal 20an, ketika beliau dan rakan saudaranya, Danny berhijrah ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu.

Penerimaan pengarah Silver Chong melalui filem vcd Pendekar (2000) menjadi lesen kepada Pekin ke dalam industri filem Negara dan antarabangsa. Pahit manis liku yang dilalui Pekin dinukilkan secara ringan.

Perjalanan hidupnya selama lima tahun (1996 ke 2000) memberi iktibar kepada remaja-remaja yang masih merewang-rewang dan juga sebuah penceritaan sebenar seorang insan bernama Pekin Ibrahim, sesuai kepada setiap peringkat umur.

Perjalanan yang dilalui itu juga banyak mengajar beliau menjadi lebih matang dan menginsafi akan kesalahan, keabaiannya masa lalu. Kesusahan itulah membuka hati Pekin untuk mengucup tangan ibunya buat pertama kali, yakni ketika beliau pulang berHari Raya pertama kali selepas merantau ke Kuala Lumpur.

Pencapaian tertingginya apabila mendapat tawaran berlakon sebagai pelakon utama filem Bunohan yang berjaya menyertai pelbagai festival filem antarabangsa yang berprestij. Inilah kisah benar PEKIN IBRAHIM.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.5 " x 8.5”
ISBN-13: 978-967-11185-0-4
Jumlah Muka Surat: 152
Berat (Kg): 0.20
Penulis: Pekin Ibrahim
Penerbit: Merpati Jingga
===========================

RM 30.00

Add to Cart
LEMBU
Merupakan kisah cinta yang sangat biasa, seolah-olah sebuah drama yang sudah klise. Namun Nam Ron mengambil pendekatan komedi, dengan mengetengahkan peristiwa kehilangan seekor lembu yang sepatutnya menjadi korban untuk meraikan kedatangan seorang pemimpin. Dalam pada itu beliau ketara menyuntik dan menjentik hal-hal yang dirasakan mengganggu fikirannya.

PROSES
Mengangkat masalah sosial yang sejak berkurun sudah mewarisi kehidupan masyarakat Melayu: kemiskinan dan tidak berpendidikan. Situasi ini diburukkan lagi dengan sikap sesetengah orang Melayu sendiri yang tidak begitu cerdik untuk mengatur kehidupan. Memberhentikan anak daripada persekolahan dan mengahwinkannya dalam usia muda jelas merosakkan terus masa depan anak itu.

MATDERIHKOLAPERLI
Sebagai sebuah monodrama, mengambil pendekatan penceritaan dari sudut pandangan beberapa watak. Selain Derih sendiri, cerita juga disampaikan oleh watak rakannya, Solleh dan Wati. Kisah watak ‘budak' nelayan dari Kuala Perlis yang bertukar menjadi gedebe yang mengutip duit perlindugan, menjadi tauke Song di Pdang Besar, hingga akhirnya bertukar menjadi ahli politik.

AKU NAK JADI BINTANG
Mengungkapkan kisah seorang gadis desa dengan impian besarnya untuk menjadi bintang – sebagai artis yang hidup penuh glamour. Bagaimanapun dia terjebak dengan Alex yang menjadikannya “bintang” lain. Si gadis mula mengenali segala macam lelaki yang berjanji untuk menjadikannya bintang. Gadis lalu melayani kesemua mereka. Akhirnya dia bertemu dengan Johan yang bekerja dalam bidang perfileman dan gadis sangat meyakininya. Dan dia menyerah kepada Johan. Hingga akhirnya dia terbabit dalam perlakuan dan aksi yang membawa kepada tragedy.

LAUT LEBIH INDAH DARI BULAN
Semacam sekuel kepada Aku Nak Jadi Bintang, mengambil premis daripada satu peristiwa yang pernah berlaku dan menggemparkan Negara tidak berapa lama dahulu. Kalau Aku Nak Jadi Bintang merupakan monolog atau penceritaan dari sudut pandangan isteri kepada lelaki yang menghadapi tuduhan sebagai pembunuh (Johan dalam Aku Nak Jadi Bintang?). Si isteri (Bulan) yang sangat setia dan percaya pada suaminya (Laut) itu sangat sukar untuk mempercayai kecurangan pasangannya, sehingga dia menemui bukti-bukti yang nyata.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 8”
ISBN-13: 978-967-10126-9-7
Jumlah Muka Surat: 84
Berat (Kg): 0.13
Penulis: Nam Ron
Penerbit: Merpati Jingga
===========================


RM 20.00

Add to Cart
Faizal Hussein, nama yang tidak asing lagi bagi peminat filem tanahair. Beliau juga pewaris kepada legasi Allahyarham Seniman Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Seniwati Mahyoun Ismail.

Seawal usia lima tahun lagi, Faizal sudah pun beraksi di depan lensa kamera. Pengalaman beliau berada dalam industri lakonan selama 40 tahun ini dihuraikan di dalam buku LIMELIGHT.

LIMELIGHT mendedahkan profesionalisme kedua ibubapanya mendidik anak-anak, yang tidak pernah dikongsi selama hayat hidup Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail. Faizal juga pernah berhadapan dengan tindakan gantung tidak bertali oleh syarikat penerbit drama untuk beberapa tahun atas kedegilan dan prinsip yang dipegang.

Pernah dipilih sebagai ahli jawatankuasa SENIMAN, Faizal terpaksa melepaskan tanggungjawab tersebut kerana tidak sanggup melihat politik kotor dan kepentingan tertentu yang diperjuangkan. Faizal pernah memenangi beberapa anugerah dalam beberapa festival filem tanahair.

LIMELIGHT menceritakan bagaimana mengekalkan tahap profesionalisme beliau sehingga sekarang untuk dikongsi dengan sesiapa yang ingin menceburi dalam karier yang sama atau mahukan gambaran awal mengenai amalan industry perfileman tanahair.

Faizal juga menceritakan bibit-bibit manis berlakon dalam enam filem terpenting di dalam hidupnya; Antara filem-filem yang membawanya melonjak naik ialah Gila-gila Remaja (1985), Kanta Serigala (1992), XX Ray (1993), Fantasia (1994), Leftenen Adnan (2000) dan Bunohan (2012).

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.8 " x 8.2”
ISBN-13: 978-967-11185-1-1
Jumlah Muka Surat: 110
Berat (Kg): 0.20
Penulis: Faizal Hussein
Penerbit: Merpati Jingga
===========================


RM 30.00

Add to Cart
“ Ini naskah himpunan catatan peristiwa , pandangan dan harapan yang digarap dalam
Bentuk mudah berpengaruh . Mengetengahkan nilai manusiawi dan idea kebebasan , Lesong
Menyajikan perbezaan dengan saduran rencah politik , cinta , hak asasi dan pergelutan hidup
Dalam sebuah citra yang sinikal dan romantis .” 

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5.9" x 8.2”
ISBN-13: 978-967-0584-12-6
Jumlah Muka Surat: 144
Berat (Kg): 0.20
Penulis: Hafiz Zainuddin
Penerbit: Merpati Jingga
=========================== 


RM 20.00

Add to Cart