Ikatlah isteri dan anak-anakmu di rumah, kerana ramainya pengikut dajjal adalah kaum wanita. – pesanan Rasulullah
Demi mencari kesempurnaan, Dr. Ehsan menjalankan satu kajian perubatan tanpa menduga kajiannya telah menarik minat sebuah konsortium yang ingin menakluk dunia. Konsortium yang sedang merancang meluaskan tanah jajahan Israel sebagai pentas menyambut kedatangan Dajjal merasakan kajian Dr. Ehsan mampu mencantikkan imej pemimpin yang ditunggu berkurun abad itu. Dan bagi memastikan rancangan mereka tidak mendapat tentangan dari sesiapa pun, konsortium menggunakan berbagai cara bagi mencipta Imam Mahdi palsu agar umat Islam tunduk kepada proksi mereka itu.
Sementara itu, Dr. Ehsan terpaksa berhadapan dengan masalah peribadi apabila lamarannya asyik ditolak oleh Nur Sayang. Dr. Ehsan terpaksa menggunakan tipu helah bagi menghalalkan hubungan mereka. Namun, bahagia sebuah perkahwinan yang diimpikan, derita pula yang menjengah. Nur Sayang ditinggalkan di Mesir. Dr. Ehsan dilupakan. Ketika itu Arielle dan Ayala pula menawarkan diri sanggup berkongsi kasih dengan Nur Sayang. Nur Sayang mahu kembali kepada Kamil, sedangkan Kamil sudah dirancangkan akan berkahwin dengan Amanda.
Kemelut bertambah rumit apabila konsortium menculik Dr. Ehsan bagi mendapatkan hak eksklusif terhadap kajiannya itu. Jeneral Zuckermann, musuh lama Dr. Ehsan, mengambil peluang ini untuk membalas dendam dengan menjadikan Nur Sayang sebagai tebusan. Nur Sayang dan Dr. Ehsan terperangkap dalam konspirasi bertaraf antarabangsa yang bakal menggoncang keimanan. Dan hanya ada satu jalan keluar.. cinta pada Yang Satu.
Maya Iris 15/06/2015, 10:17 PM
===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5'X7.3'
ISBN-13: 978-967-369-292-7
Tarikh Terbit: 13 Feb 2015
Jumlah Muka Surat : 686
Berat (kg) : 0.53
Penerbit : Gedebook
===========================
Harga Asal:
| RM 21.25 |
| Add to Cart |