John C. Maxwell

Showing posts with label John C. Maxwell. Show all posts
Showing posts with label John C. Maxwell. Show all posts
Apakah yang menyebabkan orang mahu mengikut pemimpin? Apakah yang menyebabkan pengikut pemimpin sanggup bermati-matian untuknya, manakala pengikut pemimpin yang lain merungut-rungut mengikuti arahan pemimpin itu? Jawapan sebenarnya terletak pada sifat-sifat yang ada pada diri pemimpin itu. Buku ini ditulis bagi membantu menyedarkan anda berkenaan nilai-nilai yang perlu ada pada pemimpin, serta membantu anda menanam serta membentuk nilai-nilai itu dalam keperibadian anda. Supaya anda menjadi pemimpin yang lebih efektif dan disanjungi serta disayangi pengikut-pengikut anda. 

Adakah anda mempunyai ciri-ciri pemimpin yang disayangi dan disanjungi pengikutnya? Apabila difikirkan kembali, adakah anda yakin anda mampu mencapai segala cita-cita dan impian anda? Inilah persoalan utama yang perlu dijawab sebelum anda dapat mencapai potensi diri anda yang sebenar.

Apabila membaca buku ini, anda akan mendapati bahasanya cukup mudah dan idea serta prinsip yang cuba disampaikan logik dan mudah difahami. Mungkin juga anda dapat habiskan membaca buku ini dalam sekali duduk sahaja. Jangan lakukan begitu! Buku 21 Kunci Pemimpin Efektif ini ditulis supaya anda dapat menghayati isi kandungannya dengan pendekatan yang sama seperti diambil oleh Bill Freeman: Secara strategik dan sistematik.

enulis mengesyorkan anda jadikan buku ini sebahagian daripada hidup anda buat seketika. Baca satu bab dan luangkan sedikit masa bagi memikirkannya. Gunakannya bagi mencerminkan diri dan orang sekeliling anda. Jika sifat yang anda sedang kaji itu memang kekurangan pada diri anda, luangkan sedikit masa bagi memperbaikinya sebelum anda beralih ke bab yang baru. Anda mungkin juga dapat mengulangi proses ini beberapa kali dalam setahun supaya sifat-sifat ini lebih sebati dengan peribadi anda.

========================
ISBN-13: 978-983-3586-88-2
Tarikh Terbit: 8 Apr 2008
Jumlah Muka Surat : 160
Berat (KG): 0.20
Penulis: John C. Maxwell
Penerbit: PTS Professional
========================


RM 28.00

Add to Cart