Dubook Press

Showing posts with label Dubook Press. Show all posts
Showing posts with label Dubook Press. Show all posts
Buku ini menceritakan sebuah kisah benar. Berbekalkan RM8000, aku berbasikal merentas 18 negara sejauh 11,000 km demi mengajar impian melihat dunia. Aku memulakan misi berbasikal ini hanya beberapa hari selepas aku tamatkan pengajian ijazah pertama jurusan Kejuruteraan Mekanikal di University of Sheffield, UK.

Moga pengembaraan bersejarah ini menjadi inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia.

===========================
Format: Paperback
ISBN-13:9789670723242
Jumlah Muka Surat: 152
Berat (Kg): 0.15
Penulis: Badrul Hisham
Penerbit: Dubook Press
===========================


RM 25.00

Add to Cart
Tiba-tiba kedengaran bunyi mengaduh di dalam kelompok kanak-kanak yang sedang berkejaran sebentar tadi. Seorang anak kecil berumur lingkungan 5 tahun terduduk kesakitan. Kami mendekat. Aku terkejut besar melihat sebilah kaca sebesar ibu jari tangan orang dewasa tertusuk ke dalam kakinya. Aku cuba membantu, tetapi tangan anak itu lebih pantas mencabut kaca berkenaan.

“Ini benda biasa” kata beliau tersengih.

Tiada darah yang keluar. Mungkin kulit kaki beliau sudah kebal sehingga kaca tersebut gagal menembusi lebih dalam. Anak itu bangun semula, lalu kembali menyertai rakan-rakannya berlari

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7”
ISBN-13: 978-967-0723-47-1
Jumlah Muka Surat: 224
Berat (Kg): 0.20
Penulis: Musa Nuwayri
Penerbit: DuBook Press
===========================


RM 25.00

Add to Cart
Lalu bagaimanapun kesemua fungsi bidang ini harus aman bersatu di bawah sebuah perlembagaan nan suci, demi memayungi rakyat pelbagai latar, ras, dan budaya dalam membentuk sebuah negara bangsa yang sejahtera.

=================
ISBN : 9789670723433
Muka Surat : 168
Berat (kg) : 0.15
Penulis: Yusmadi Yusoff
Penerbit: DuBook Press
=================


RM 20.00

Add to Cart
Novel komedi satira yang mengisahkan Hang Tuah, Hang Jebat dan Munsyi Abdullah muncul di kota Kuala Lumpur tahun 2015. Mereka bertemu Hadi, seorang kartunis hebat yang menghadapi masalah mencari idea untuk mengembalikan semula kegemilangan karyanya.

Pertembungan karektor antara Munsyi, Hang Tuah, Hang Jebat dan Hadi yang mewakili perspektif generasi masakini menimbulkan perdebatan hangat tentang, jatidiri, kemajuan, prinsip dan nilai kemanusiaan.

Novel satira santai namun sarat falsafah ini menampilkan tema perbahasan dan hujah-hujah yang kuat dan kukuh.

====================
ISBN : 9789670723372
Muka Surat : 144
Berat (kg) : 0.13
Penulis: Ronasina
Penerbit: Dubook Press
====================


RM 20.00

Add to Cart
Bayi selalu menangis? Jangan ambil mudah apabila bayi menangis. Juga jangan terlalu terkongkong dengan kepercayaan karut-marut apabila bayi menangis tak berhenti.

Ada 6 fakta tangisan bayi yang wajib ibu bapa ambil tahu :

· Menangis adalah refleks
· Gangguan yang bersesuaian
· Boleh diubahsuai
· Respons pada tangisan bayi adalah betul secara biologinya
· Konsep tangisan bayi berbeza dengan konsep tangisan orang dewasa
· Semua bayi menangis lebih banyak di bulan-bulan awal kehidupan

Buku ini ada penyelesaian yang pastinya berkesan merungkai kekusutan yang menghantui ibu bapa.Menangis itu fitrah. Tapi bersebab. Bukan suka-suka.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7”
ISBN-13: 9789670723556
Jumlah Muka Surat: 144
Berat (Kg): 0.14
Penulis: Uswatun Hasanah Mohd Habib
Penerbit: DuBook Press
===========================


RM 30.00

Add to Cart
Sebelum zaman Instagram, 'Hipster' dan gaya misai lentik berminyak, wujud seorang penulis yang hasil pemerhatiannya barangkali telah mempengaruhi cara hidup dan mentaliti satu generasi.

Pedas, sinis dan penuh dengan penulisan tajam dan teliti. Aku Tak Peduli mungkin satu-satunya artifak internet zaman kegemilangan blogosfera Melayu yang kekal relevan hingga hari ini.

Baca tentang tafsiran Perempuan Ampang, fahami apa itu post-punk dan ketahui sebab-sebab kenapa zombie Melayu itu tidak mungkin wujud, buat pertama kalinya boleh diakses tanpa bantuan internet.

======================
ISBN: 978-967-0723-26-6
Mukasurat: 256
Berat: 0.23 kg
Penulis: Melayu Minimalis
Penerbit: DuBook Press
======================


RM 25.00

Add to Cart
Ilmu itu ada tiga bahagian:

Kitab yang berbicara, Sunah yang berdiri tegak dan la adri (aku tidak tahu).

===========================
Format: Paperback
ISBN-13: 9789671209486
Jumlah Muka Surat: 122
Penulis: Zahiruddin Zabidi
Penerbit: DuBook Press
===========================


RM 17.00

Add to Cart
Ooi Kok Hin mencari perjalanannya dalam naratif yang ada tetapi dengan cara yang berbeza. Untuk tulisan ini, beliau telah melakukannya dengan rasa cinta yang hebat.

Kita dapat lihat keberaniannya dalam menunjuk masalah yang kita hadapi di kala ini, tetapi dengan perasaan ingin tahu yang seakan-akan naif, disajikan dengan pelbagai jalan yang boleh diambil agar kita mampu membaiki keadaan yang ada. Kita sedar, apa yang kita mampu buat adalah berdasarkan perbandingan dengan keadaan yang lebih teruk boleh berlaku di masa hadapan. Kesedaran kebaikan yang berasaskan keburukan adalah landasan harapan. Dan untuk itu kita harus berterima kasih kepada Ooi Kok Hin untuk suara dan tenaganya yang mampu menghidupkan harapan yang ada.

===========================
Format: Paperback
ISBN-13: 9789670723204
Jumlah Muka Surat: 189
Berat (Kg): 0.19
Penulis: Ooi Kok Hin
Penerbit: DuBook Press
===========================


RM 20.00

Add to Cart
Ah! Kau kata...
Aku Liberal.
Aku Syiah.
Aku Anti Melayu.
Aku Kafir.
Aku Sesat.

Usah ajari aku bagaimana menjadi Muslim.
Engkau tak semua tahu. Dan aku tak selalu jahil.

=====================
ISBN: 978-967-0723-22-8
Mukasurat: 177
Berat: 0.17 kg
Penulis: Faisal Tehrani
Penerbit: DuBook Press
======================


RM 20.00

Add to Cart
"Yak Bok Te"

Adalah perkataan yang dipinjam dari bahasa Kelantan, yang tidak mempunyai maksud. Tetapi sering digunakan ketika melatah dan terkejut.

Perkataan Yak Bok Te boleh disifatkan senasib dengan perkatan "Ek Eleh" yang tidak punya maksudh tetapi bila digunakan pada tempat-tempat tertentu dan memberi maksud yang berbeza.

Yak Bok Te!

===========================
Format: Paperback
ISBN-13: 9789670723235
Jumlah Muka Surat: 127
Berat (Kg): 0.16
Penulis: Amin Landak
Penerbit: DuBook Press
===========================


RM 20.00

Add to Cart
Orang yang tidak punya rasa tanggung dan jawab kepada masharakat; tidak lebih dari seekor kambing berbiri. Mereka ini dilatih di dalam ladang yang bernama universiti, oleh anjing yang bernama pensyarah, tidak lain adalah hanya untuk makan dan menggemuk. Di akhirnya, mereka akan menyerahkan lipatan lemak leher tenggorok mereka sebagai sebuah korban, balasan kepada penggembala mereka yang bernama kerajaan. 

Dan yang akan menghisap lelehan darah, menghirup lapisan lemak, menggigit dan menjilat daging sehingga ke tulangan itu ialah kaum pedagang. Mereka inilah tuan kepadala pengembala, pemilik sebenar ladang, anjing dan berbiri itu sendiri.

================
ISBN : 978-967-0723-10-5
Muka Surat : 196
Berat (kg) : 0.14
Penulis: Zul Fikri Zamir
Penerbit: DuBook Press
================


RM 20.00

Add to Cart
Pembangunan di Bali semakin tidak terkawal dan tidak manusiawi, siapapun yang pernah ke Bali pasti menyedari hal ini dengan lambakan hotel dan kesesakan jalan raya yang menghampiri Jakarta.

Reklamasi bukan hal mendesak, lebih mustahak adalah mengurus semula Bali agar pembangunan bersifat berkelajuan.

Meski pembangunan berkelajuan akan memberi manfaat panjang kepada orang Bali, sesungguhnya itu yang tidak diingini pelabur serakah yang cenderung kepada pembangunan berkehanyutan sepaya cepat dikaut untungnya dan tatkala Bali rosak, mereka memburu destinasi batu untuk dihanyutkan.

Begitu dan begitu seterusnya modus operandi mereka.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5’ x 7’
ISBN-13: 9789670723501 
Tarikh Terbit: 15 Mar 2 016
Jumlah Muka Surat: 240 
Berat (Kg): 0.20
Penulis: Zulhabri Supian
Penerbit: DuBook Press
===========================


RM 25.00

Add to Cart
Menceburi bidang Perubatan bukan sahaja memerlukan kelebihan intelek, tetapi juga ketahanan emosi dan komitmen kerja yang tinggi. Semua pihak yang ingin menceburi atau menggalakkan ahli keluarga terdekat menceburi bidang ini perlu memahami situasi yang bakal ditempuhi. Maklumat di dalam buku ini amat sesuai dijadikan pengenalan terhadap perkara-perkara yang pernah dialami oleh seorang yang bergelar doctor.

Buku yang berada di tangan anda ini merupakan buku perkongsian pengalaman penulis mengharungi cabaran-cabaran untuk bergelar dan berkhidmat sebagai seorang Doktor.

===========================
Format: Paperback
ISBN-13:9789670723136
Jumlah Muka Surat: 268
Berat (Kg): 0.26
Penulis: Dr. Jacknaim
Penerbit: DuBook Press
===========================


RM 25.00

Add to Cart
Adakah Malaysia akan MUFLIS?

Bolehkah MAS dipulihkan?

Mengapakah Panda adalah satu keuntungan untuk Negara?

Mat Rodi menjawab kesemua persoalan tersebut di dalam Saring Sebelum Mereng ini. 

Buku ini adalah koleksi tulisan-tulisan Mat Rodi yang mengajak masyarakat untuk memilih pendirian tanpa perlu memihak.

“Aku back up polisi negara la bukan individu dalam BN.” – Mat Rodi


===========================
Format: Paperback
ISBN-13:9789670723129
Jumlah Muka Surat: 227
Berat (Kg): 0.20
Penulis: Mat Rodi
Penerbit: DuBook Press
===========================


RM 20.00

Add to Cart
" Terima Kasih Si Babi Hutan... Tuhan Kini Aku Datang" adalah perjalanan surreal dan nyata Ismail Ariffin @ Lepat saat dia berada dalam amukan kegilaan merempuh dugaan bertimpa yang mengasak jalan takdir hidupnya sembilan belas tahun dahulu. Siri-siri hikayat "Al-Kisah Mereka Tak Kisah" ini telah dia tulis sejak dari tahun tahun berikutnya yang naskah asalnya telah beberapa kali hilang, dibakar orang, ditulis dan hilang lahi hingga yang tersisa hanyalah apa yang ada di fikirannya sahaja. Setelah mengambil keputusan yantuk men'sabatikal'kan dirinya ke sebuah pulau akhirnya naskah lengkap ini berjaya juga disiapkan.

Ia juga adalah medium asal tulis tangan sebelum adanya Facebook dan You Tube sebagai wadah bagi dia meluahkan amukan akal fikirnya serta menjelaskan pada umum (selain membuat sebuah album lagu yang tak pernah dirilis sepenuhnya) tentang apa yang telah terjadi padanya kerana dia sudah lelah dengan tohmahan serta ketidakpedulian mereka yang seharusnya membela nasibnya saat itu.

"Nak tau kesemua kena beli la buku ini, bukan berapa det pun, tak kena GST aihh, sapa tak beli rugii.. abihh ceritaa." kata dia saat diminta pendapat tetang "blurb" buku ini.

Harammm Sungguhh...kata aku!

===========================
Format: Paperback
ISBN-13: 9789670723297
Jumlah Muka Surat: 128
Berat (Kg): 0.22
Penulis: Ismail Ariffin
Penerbit: DuBook Press
===========================


RM 25.00

Add to Cart
“Buku Tora Datang Lagi ini berupaya mengenang memori retro dengan jelas dan terperinci. Menghabiskan buku ini sama seperti menyusun balik memori hidup mengikut timeline zaman kanak-kanak. Kita jumpa semula yang hilang, kita imbau balik yang sudah terlupa, kita bina balik blok-blok gambaran hidup zaman kanak-kanak dan segala keriangannya. Selepas ini kita tidak perlu bimbang jika aktiviti atau scene kanak-kanak kita terlepas dari ingatan. Simpan buku ini dan apabila hendak mengingat, bacalah. Bacalah untuk diri sendiri, bacalah untuk anak-anak dan bacalah untuk cucu-cicit di suatu masa nanti.”

===========================
Format: Paperback
ISBN-13:9789670723198
Jumlah Muka Surat: 300
Berat (Kg): 0.28
Penulis: Amirul Bozu
Penerbit: DuBook Press
===========================


RM 25.00

Add to Cart
Kau malas sembahyang.
Awek kau pun tahu yang kau malas sembahyang.
Dan dia tak pernah langsung suruh kau sembahyang.
Tahu sebab apa?
Sebab dia tak berharap pun kau jadi laki dia. Kah Kah Kah!

#The AmranFans

===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7”
ISBN-13: 9789670723570
Tahun Terbit: 2016
Jumlah Muka Surat: 128
Berat (Kg): 0.12
Penulis: Amran
===========================


RM 20.00
Add to Cart
“Assalamualaikum bang, saya bapa kepada pesakit katil hujung tu. Boleh kita borak kejap kat luar?” tegur seorang bapa pesakit dari wad yang sama. “Semalam Farish nampak hantu ke bang?” pemuda tadi memulakan bicara. “Dia cakap ada pocong datang tengok dia. Biasalah bebudak, dah sakit gitu macam-macamlah meracau.” Bob cuba berdalih tak mahu sensasikan cerita semalam.

“Bang, apa yang Farish nampak tu betul bang. Saya sendiri nampak pocong tu. Cuma yang Farish nampak tu satu, tapi saya nampak dua bang!” pemuda tadi separa tinggi nadanya. “Apa yang kau nampak? Kat mana?” Bob mula bertanya. “Macam ni bang. Masa abang bangun nak kencing, saya terjaga kejap. Saya pandang Farish, saya nampak ada satu susuk tubuh baring sebelah Farish, saya ingat abang. Lepas tu saya teringat saya nampak abang masuk tandas. Saya buku mata sikit, saya nampak yang baring tu berbungkus bang. Saya terperanjat saya baring tegak pandang ke atas, masa inilah saya menggigil hampir nak menjerit bang.”

“Uish kenapa? Apa yang kau nampak?” Bob teruskan soalan.

“Bang, ada dua ekor pocong berbungkus atas siling baring merenung saya bang. Tuhan je tahu saya nak menjerit macam mana. Suara rasa berbuku dekat kerongkong. Saya baca apa saja yang terlintas. Dekat 5 minit baru dua ekor tu hilang bang. Sumpah, Farish bercakap benar bang. Ada hantu dalam wad ni.”


===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7”
ISBN-13:9789670723402
Jumlah Muka Surat: 176
Berat (Kg): 0.16
Penulis: Jaar Nadjmuddean
===========================
 

RM 23.00
Add to Cart
"Sekiranya anda taksub dengan cerita hantu seperti saya, saya tak pasti samada anda sanggup bertukar tempat/hidup bersama Jarr ataupun lari sepuluh tiang. Pengalaman yang tak semua dapat rasai terdapat dalam naskah ini." - @YasminHaniCLPT, Pelakon, Pengacara
 "Membaca buku ini adalah sama seperti pengalaman lepak ramai-ramai dengan kawan sambil setiap seorang kongsi cerita hantu mereka yang paling brutal, for me that's the best way yo dengar cerita hantu. 'PunyaSiok!'" - @FarishAziz, Pelakon, Pengacara

===========================
Format: Paperback
ISBN-13:9789671169797
Jumlah Muka Surat: 104
Berat (Kg): 0.10
Penulis: Jaar Nadjmuddean
===========================


RM 18.00
Add to Cart
Mak aku pernah cakap, dari kecil lagi aku ni mampu untuk lihat benda-benda ghaib yang tak mampu manusia biasa lihat.

Anugerah ini kekal sampai sekarang. Aku tak fikir benda ini menyeronokkan dan kadang-kadang, aku tak paham kenapa aku nampak. Ini #ceritaseram gaya moden. Disampaikan pun dengan gaya moden. Dari twitter ke buku agar ianya dapat dikongsikan oleh sekalian alam.

===========================
Format: Paperback
ISBN-13:9789671209448
Jumlah Muka Surat: 124
Berat (Kg): 0.13
Penulis: Jaar Nadjmuddean
===========================


RM 18.00
Add to Cart