Adaptasi

Showing posts with label Adaptasi. Show all posts
Showing posts with label Adaptasi. Show all posts
Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia dua tahun?

Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Zack biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pun dia dengan pernikahan itu pun hanya kerana dia memikirkan air muka tok ayah, insan kesayangannya yang juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob.

“Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. Itu doa saya!” – Pehah.

“Pehah, Pehah... Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing- pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara Aishah ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiii...” – Zack.

Adakah dia bad luck? Lapan tahun pun berlalu, tapi jangankan Siti Nurhaliza atau Izara Aishah, yang ala- ala itu pun Zack tak pernah jumpa. Phewww! Takkan dia dah terkena sumpahan Pehah? Atau mungkin menjadi duda yang terlajak laris itu menjadi satu batu penghalang untuk Zack bertemu dengan pemilik tulang rusuknya yang sebelah lagi itu apabila hubungannya tak pernah kekal sehingga ke jenjang pelamin?

“Nope. I am okay with that. Saya tak kesah pun sama ada awak ni duda atau teruna sebab saya tak pernah letak syarat apa-apa pada calon suami saya. Dan kalau ada pun syaratnya cuma satu. Orangnya mesti awak. Tak ada orang lain. Hanya Zafran Aldrin!” – Idayu.

Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini? Akan diturutkan jugakah untuk menikahi Idayu atau sebaliknya?

Kata orang-orang tua, cakap tu biar berpijak di bumi yang nyata. Jangan bongkak sangat nanti terpaksa telan kata-kata sendiri. Kata-kata sendiri, boleh diterima lagi kalau terpaksa dia telan, tapi kalau terpaksa jilat ludah sendiri? Memang taklah!

============================
ISBN : 978-967-0567-51-8
Berat (kg) : 0.45
Penulis : Aifa Batrisya
Penerbit : Fajar Pakeer

============================


RM 25.00

Add to Cart
Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki, Zaim menyahut cabaran itu.

Apabila fikirannya mula tenang, Alana tersedar yang dia telah mengambil tindakan yang bodoh dan meminta Zaim membatalkan rancangan peminangan. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kedua ibu bapanya telah menerima pinangan Zaim.

Kehadiran Irfan Fakrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim.

Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga.

Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya.

Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim? Mampukah bahtera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau, berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapakah sebenarnya yang menjadi orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri dan tunang… yang manakah akhirnya menjadi pilihan?

“Ketentuan yang tidak pasti… itulah meresahkan hati.”

===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7.3”
ISBN-13: 9789670874036
Jumlah Muka Surat: 448
Berat (Kg): 0.35
Penulis: Aesya Azahar
===========================


RM 20.00
Add to Cart
=============================
ID produk : 978-967-0448-65-7
Format : Kulit Nipis
Penerbit : Kaki Novel
Tarikh terbitan : 30 Apr 2014
Berat (kg): 0.74
=============================

Sinopsis:-

Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.
Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!
Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.
Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?
“Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….”

RM 37.00
Add to Cart
Format: PaperbackSaiz: 4.5'X7.3'ISBN-13: 978-967-0246-18-5Berat (kg):0.39
========================

–Zafriel Irham-
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan kerenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidal lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
“Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila baying saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh cinta dengan mamat berlagak tu? aduhh…tapi…” - Zaara Amirah-

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti…

RM 18.00
Add to Cart
Penulis: Anjell
ISBN: 978-967-0246-97-0
Berat: 0.60kg
 
=======================
 
Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.
“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL
Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!
“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA
Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.
Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.

“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL
Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?

RM 29.00
Add to Cart
Format: Paperback
ISBN-13: 9789675783562
Tarikh Terbit: 22 Apr 2011
Berat (KG): 0.40
Penulis: Dee
=============================
Namanya Kugy. Kecil molek, pengkhayal dan berantakan. Dari benaknya, mengalir untaian dongeng indah. Keenan belum pernah bertemu manusia seaneh itu.
...
Namanya Keenan. Cerdas, artistik dan penuh kejutan.Dari tangannya, terlahir lukisan-lukisan magis.Kugy belum pernah bertemu manusia seajaib itu.
...
Dan kini mereka berhadapan di antara hamparan misteri dan rintangan.Akankah dongeng dan lukisan itu bersatu?Akankah hati dan impian mereka bertemu?

RM 20.00
Add to Cart
===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x7.5
ISBN-13: 978-983-3604-41-8
Jumlah Muka Surat: 484
Berat (Kg): 0.45
Penulis: Zaid Akhtar=========================== 
 
Menyoroti kehidupan seorang gadis bernama Sumayyah, seorang mahasiswi di Universiti Yarmouk, Jordan, yang disapa pelbagai ujian selepas tamat pengajian. Kisah cinta yang tidak kesampaian, umpatan masyarakat sekeliling hanya kerana soal jodoh, penglibatan kakak tersayang dalam ajaran sesat, satu per satu dugaan berkunjung tanpa diduga. Namun, pesan ayahnya selalu disemat dalam ingatan, nama yang diberi kepadanya bukan sebarang nama, tetapi nama srikandi pertama yang syahid, tidak mudah putus asa dek ujian yang menjengah.
Di samping cabaran hidup yang mendatang, kepulangan Sumayyah dari Jordan dengan gelaran mahasiswa sebenarnya menarik perhatian ramai di kampungnya. Sumayyah, nama itu itu mula harum di mana-mana. Namun, satu insiden yang tidak diduga telah berlaku. Sumayyah terbang semula ke Yarmouk demi membersihkan nama. Kepulangan Sumayyah ke bumi Yarmouk Dalam keributan hidup yang melanda, pintu hatinya diketuk oleh dua jejaka yang bukan biasa-biasa. Antara Luqman dan Naufal, siapa yang berjaya menduduki takhta dalam hati Sumayyah? Terjawabkah istikarah Sumayyah dalam perjalanan mencari cinta sejatinya? 

RM 26.00
Add to Cart
This is the short description for any product post. Write a short description for the product here in not less than 300 words. This will create a unique content for your product - giving the extra boost from search engine results.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7
ISBN: 9789675289286
Jumlah Muka Surat: 564
Berat (Kg): 0.40
===========================
 
Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz' dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor'. Sudahnya beginilah… SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan…
-Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama.- Mukhriz

-Bukan keluar berdua. Saya, ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa.- Ariana
PELBAGAI perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.
Saya dah jatuh hati dengan ustaz. Dah jatuh cinta dengan ustaz. Saya tak nak jawapan sekarang, ustaz fikir-fikirkanlah ya. Moga-moga cara memikat style lama ini buatkan hati ustaz terbuka untuk saya. I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.
MUKHRIZ pening kepala. Ariana lagilah pening kepala. Mana tidaknya, di hospital dia ramah dengan pesakit dan serius dengan tugasnya tetapi apabila bab Mukhriz…Dia lakukan sesuatu yang ‘terbalik'.
“Saya nak ustaz jawab soalan sms terakhir saya dulu, baru ustaz boleh balik.”

Jemari Mukhriz sudah di dahi. Apa yang dia nak jawab? Ariana... Ariana.
“Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya.” Hanya itu sahaja jawapan kepada soalan Ariana lewat smsnya. Spontan sebenarnya dia jawab tanpa berfikir apa-apa.

“Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan meminang.” Ariana rasa macam nak terjun sahaja ke tasik buatan tu sekarang ini. Sangat-sangat teruja dan gembira.
DOKTOR Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua orang pening kepala! Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat… Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah. Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Dan, mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz…
 
 
RM 25.00
Add to Cart
=======================
Format: Paperback
Saiz: 4.5'X7.3'
ISBN-13: 978-967-0448-87-9
Berat (kg):0.46
=======================

Sinopsis:-

Dalam hidup Elsuraya, hanya seorang lelaki yang dinantikannya. Bukan bakal kekasih, jauh sekali bakal suami. Tetapi, seorang lelaki yang menyebabkan nyawa keluarganya diragut kejam. Dia ralat kerana tidak dapat bersama dengan keluarganya dan memegang status anak yatim piatu kerana lelaki itu. Siapakah lelaki itu sebenarnya? Azad? Ye ke?
“Astalavista loozzer! With double o and double z.”
Adakah kerana kata-kata yang dilontarkan bertahun dulu membuat jiwanya sentiasa parah dan terluka? Ingin sungguh dia bertemu dengan empunya suara jelik itu agar dendamnya terlunas.
Perkenalan Elsuraya dengan Dani Ikram membuahkan bibit cinta. SMS menjadi titik awal hubungan yang indah itu.
Dah gugel douchebag. Kejamnya. Do I deserve that? – Dani Ikram.
Do I deserve bimbo?- Elsuraya.
Tanpa disangka… Azad yang dibenci ialah sahabat baik Dani Ikram. Dan Azad pula… tidak sanggup memberitahu Elsuraya perkara sebenar kerana sayangkan persahabatannya dengan Dani Ikram. Dia rela dituduh ‘pembunuh’ walaupun hakikatnya insan lain yang menyebabkan tragedi hitam itu berlaku. Sementelah, hatinya sudah jatuh sayang pada Elsuraya. Dia tidak sanggup melihat sahabat baiknya dan wanita yang mula mengetuk pintu hatinya menderita.
Keadaan semakin rumit bila keluarga cuba menjodohkan Elsuraya dengan Azad. Apatah lagi mereka sangat rapat dengan arwah ibu dan bapa Elsuraya. Serasa mereka bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi Elsuraya.
“Su tak nak! Su benci Azad. Apa auntie merepek ni? Su takkan bertunang dengan dia.” – Elsuraya.
“Su, cuba tengok lagi jauh. Umur Su makin meningkat. Su perlukan orang untuk jaga Su. Keluarga Azad cukup baik dan mampu jaga Su macam anak sendiri dan Azad sendiri tak kurang apa pun. Lainlah kalau Su ada calon lain. Auntie tak akan paksa.” – Puan Rosanna.
Namun, Dani Ikram lebih pantas mendahului. Elsuraya cepat-cepat diikat agar tidak terlepas ke tangan Azad. Azad pula tarik diri demi kebahagiaan Dani Ikram dan Elsuraya.
Saat hubungan sedang memekar, sebuah kebenaran terbongkar! Ayat ‘astalavista loozzer…with double o and double z’ yang diungkapkan oleh Dani Ikram ketika mereka outstation di Seoul, Korea membuka mata hati Elsuraya. Ayat itu! Ayat yang membuatkan kedua-dua orang tuanya maut dalam kemalangan jalan raya.

“All along. It is you. All along. It is a lie.” – Elsuraya.
“Listen.” – Dani Ikram.
“Truth… that night, it was you! You were the one.” – Elsuraya.
Hati Elsuraya mula berbelah bahagi. Cintanya pada Dani Ikram dan dendamnya pada Dani Ikram. Dapatkah dia memaafkan lelaki itu sedangkan dendamnya masih membara? Dapatkah dia reda dengan ketentuan Ilahi sekiranya lelaki itulah jodoh untuknya yang telah tertulis di lohmahfuz? Kuatkah dia berperang dengan perasaannya sendiri? Semuanya bakal terjawab dalam BIMBO.

“Miss Bimbo versus Mister Douchebag.”
“Fantasi versus Realiti.”

----
Novel ini telah diadaptasi ke dalam drama Aku Bukan Bimbo yang ditayang di Astro Ria.
Jangan lupa untuk membaca novel ini & menonton dramanya.


RM23.00
Add to Cart
===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7
ISBN: 9789670448756
Jumlah Muka Surat: 528
Berat (Kg): 0.40
===========================
 
Sara Azreen diberikan tugasan untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, bernama Hariz Zhafran. Disuruh untuk memohon kerja di Mentari Angkasa Sdn Bhd, syarikat milik Hariz Zhafran membuatkan mereka berdua mula saling tertarik.

Namun, tugasan baru Sara Azreen untuk membuat Hariz Zhafran jatuh cinta kepadanya demi memudahkan siasatan meresahkan Sara Azreen apabila dia terpaksa melibatkan hati dan perasaan dalam siasatannya.

Apa yang merumitkan lagi keadaan ialah Hariz Zhafran melamarnya. Perlukah dia beritahu Hariz Zhafran perkara yang sebenar atau terus mengikut arahan Encik Hamzah untuk memerangkap Hariz Zhafran?

“Antara nyata dan mimpi...
Ada hati yang ingin kutawan...
Tapi, dalam lain dimensi...
Hatiku kau jadikan tawanan….”
 
 
RM21.00
Add to Cart
Sinopsis:Tentang seorang pemuda Indonesia yang mencari ilmu jauh di tanah Arab. Berbekal iman yang kuat dan ketabahan, Fahri mengalami banyak hal yang menggetarkan hidupnya, yang sesaat membuat Fahri mempertanyakan jalan hidupnya.

Kesabaran dan keimanan adalah kunci kehidupan. Fahri, Aisyah dan Maria membuktikannya dalam cerita yang halus dan mengalir.



PEMENANG PENA AWARD NOVEL TERPUJI NASIONAL 2005

PEMENANG ANUGERAH PENGHARGAAN "THE MOST FAVOURITE BOOK" 2005


Buku ini menggambarkan latar (setting) sosiobudaya Timur Tengah dengan begitu hidup tanpa perlu menggunakan istilah-istilah bahasa Arab. 

"Ayat-ayat Cinta " memangnya pintar mengheret kita menjejaki, malah menghidu perhubungan Fahri (Indonesia) dan Maria (Mesir) secara penuh mengajar, menghantar isyarat dan kebijaksanaan baru melalui perhubungan sopan antara insan dua negara. Rasanya memang sesekali kisah cinta yang Islami begini sempat disampaikan dengan penuh tertib. Maka itu, tidak membacanya seperti sengaja melepaskan peluang untuk mencium bau, merasa iklim dan memahami gerak hidup insan Indonesia baru di luar dan di dalam negaranya." 

Kesabaran dan keimanan adalah kunci kehidupan. Fahri, Aisyah dan Maria membuktikannya dalam cerita yang halus dan mengalir.

Pilihan Staf:
Novel Islamik yang meninggalkan kesan di hati yang mana membuktikan bahawa Cinta kepada Allah adalah cinta yang lebih hakiki. Kesabaran Fahri dalam menghadapi tohmahan, fitnah dan ujian dari Allah S.W.T. wajarlah dicontohi kerana disebalik kesabaran itu terselitnya kemanisan iman.
 

================
ISBN : 9832672368
Muka Surat : 418
Berat (kg) : 0.41
Penulis: Habiburrahman El-Shirazy
Penerbit: Ar-Risalah
Kategori: Novel
Genre: Islami
================

RM 23.90
Add to Cart

.

.
“Cinta yang sempurna, bila kita dicintai dan mencintai. Cinta yang sejati, bila kita gembira melihat insan yang kita cintai bahagia walaupun bukan bersama kita. Cinta yang poyo... bila dia cintakan aku, dan aku tahu aku juga cintakan dia, tapi aku tak boleh cakap aku cinta.”

Ain Syifa, seorang yang berhati kering. Dia memang langsung tidak punya perasaan tetapi, dia minta dikahwinkan kepada Zaidan Iman tanpa rasa cinta. Dengan cara ini saja, syarikat keluarganya boleh diselamatkan.

Kata Ain Syifa, “Cinta itu hanyalah emosi dan dia tiada emosi!”

Kata papa, “A successful marriage will make a successful business. So, in order to get both, make sure your marriage is successful.”

Kata mama, “Ingat, Aid tu bakal suami Ain, syurga Ain. Jangan buat kahwin macam business.”

Kata Ustaz Abdul Rahim, “Dilarang untuk main-main atau bergurau tentang tiga perkara iaitu cerai, nikah dan rujuk. Talak atau penceraian itu adalah sesuatu yang halal tapi yang paling dibenci Allah SWT.”

Kata Zaidan Iman, “Belajar cemburu sama tau... cemburu tu tanda pengukur cinta pada suami atau isteri. Macam ustaz cakap tadi tu, tak ada orang nak bagi syurga dia pada orang lain.”

Apakah perlu ada cabaran untuk menyintai Zaidan Iman? Atau perlu hadir cinta kedua, untuk membuktikan cinta pertama? Tidak sempurna cinta, tanpa dia...

“Tidak sempurna KITA kalau tidak bersama, tapi kalau KITA bersama, ia lebih dari sempurna.”

======================
ISBN : 978-967-0707-10-5
Berat (kg) : 0.65
Penulis: Syamnuriezmil
Penerbit:
Kategori: Novel
Genre: Cinta
======================

RM 30.00

Add to Cart

.

.