Wedding Photography

Faktor perkembangan teknologi digital menjadikan bidang fotografi perkahwinan kini lebih mencabar kerana ia dapat dikatakan mencakupi pelbagai genre fotografi secara meluas. Dalam fotografi perkahwinan masa kini terkandung antara lainnya genre potret, majlis rasmi, komersil, dan fotojurnalisme. Ini menjadikan bidang fotografi perkahwinan sebagai genre yang istimewa dan diminati ramai.

Oleh kerana luasnya ruang lingkup bidang ini, terdapat banyak perkara yang tidak dapat dikupas dengan mendalam dalam buku ini. Justeru memerlukan rujukan lanjut kepada pelbagai sumber lain seperti manual peralatan fotografi serta rujukan tentang seni visual.

Fotografi perkahwinan juga memerlukan lebih daripada kemahiran teknikal semata-mata. Ia melibatkan kemahiran halus seperti teknik komunikasi yang betul, daya ketahanan diri yang tinggi, serta kebolehan berfikir dan bertindak dengan pantas.

Dengan tip-tip yang ringkas dan padat yang ditampilkan berdasarkan pengalaman penulis selaku fotografer profesional, diharap sedikit sebanyak dapat membantu bagi meningkatkan kemahiran.

Sekiranya pembaca berhajat bagi menjadikan bidang ini sebagai sebahagian mata pencarian, anggap segala detik penting dari mula perjalanan majlis perkahwinan berlangsung hingga ke akhirnya sebagai milik kita sendiri. Dengan cara ini, bukan sahaja membantu kita menghargai aspek halus yang menjadikan setiap detik dan sudut bermakna, tetapi juga meningkatkan rasa tanggungjawab bagi menunaikan harapan pelanggan.

=====================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-0185-40-8
Tarikh Terbit: 27 Apr 2012
Jumlah Muka Surat : 96
Berat (kg): 0.18
Penulis: Aziel Azhar, Syed Fadhil
Penerbit: PTS PROFESSIONAL
=====================


RM 15.00

Add to Cart



Isi Kandungan


Prakata vii

Bab 1: Pendahuluan 1

Bab 2: Penyediaan Peralatan 4

Bab 3: Persiapan 17

Bab 4: Setting Kamera 26

Bab 5: Pencahayaan 43

Bab 6: Komposisi & Sudut Kreatif 51

Bab 7: Teknik Komunikasi 59

Bab 8: Panduan dan Info Berguna 63

Contoh Foto 69

Penutup 85

Biodata Penulis 87

No comments

Post a Comment

Info Section