Wanita-Wanita Syurga (Set)

Nafisah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.,
"Perkara apakah yang menghalang kamu berumahtangga?"

Nabi Muhammad s.a.w. menjawab,
"Kerana aku tidak mempunyai apa-apa pun."

Nafisah bertanya lagi,
"Apa pendapat kamu, sekiranya kamu dicukupkan dengan seorang wanita yang cantik, kaya, dan serasi?"

"Siapa?" soal Nabi Muhammad s.a.w.

"Khajidah," jawab Nafisah.

Perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidatina Khadijah r.a. dinaungi kebahagiaan yang berpanjangan. Jasa Saidatina Khadijah begitu besar bukan sahaja dalam kehidupan peribadi Rasulullah,

malah kepada perkembangan Islam seluruhnya. Cinta hati Rasulullah itu banyak berkorban harta dan air mata, menjadi sayap kiri perjuangan Baginda, dan pendamping setia ketika gembira mahupun derita.

Imam Al-Bukhari merekodkan daripada Abu Hurairah. Beliau menceritakan Malaikat Jibril datang menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata, "Wahai Muhammad, Khadijah sedang menuju ke arahmu dengan membawa seberkas makanan.

Apabila beliau sampai, sila sampaikan salam kepadanya daripada Allah dan aku. Khabarkan berita gembira kepada beliau tentang sebuah mahligai pertama untuknya di syurga. Di sana tidak ada lagi kesengsaraan dan kesakitan."

Kisah-Kisah Srikandi Agung yang terdapat dalam buku ini:
  • Khadijah Binti Khuwailid, Cinta Hati Rasulullah s.a.w.
  • Fatimah Binti Muhammad, Puteri Kesayangan Rasulullah s.a.w.
  • Asma Binti Abu Bakar, Pemilik Dua Tali Pinggang
  • Rumaisa' Binti Salman, Pemilik Mahar Termahal
  • Nusaibah Bintiu Kaab, Perisai Rasulullah s.a.w.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 955-568-0700-38-8
Tarikh Terbit: 27 Dec 2013
Jumlah Muka Surat : 106
Berat (kg) : 0.24
Kategori: Islam, Islam Umum
Penulis: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
===========================


RM 17.00

Add to Cart




Isi Kandungan


Kalam Penterjemah

Pendahuluan 

Bab 1: Khadijah Binti Khuwailid, Cinta Hati Rasulullah s.a.w.
  • Khadijah Ketika Zaman Jahiliyah
  • Khadijah Seorang Usahawan
  • Rakan Niaga Menjadi Teman Hidup
  • Perkahwinan Mithali
  • Khadijah Wanita yang Beriman
  • Pemergian dan Kesetiaan

Bab 2: Fatimah Az-Zahra, Puteri Kesayangan Rasulullah s.a.w.
  • Ya Allah, Mereka Adalah Ahli Keluargaku
  • Warisan dan Didikan
  • Ali Merisik Fatimah
  • Majlis Perkahwinan Terbaik
  • Kerjasama dalam Menanggung Beban Hidup
  • Keistimewaan Fatimah di Sisi Rasulullah
  • Keluhan Sang Puteri


Bab 3: Asma Binti Abu Bakar, Pemilik Dua Tali Pinggang
  • Keturunan dan Agamanya
  • Asma Sebagai Seorang Isteri
  • Asma Sebagai Seorang Ibu
  • Konflik Antara Asma dan Hajjaj


Bab 4: Rumaiso’Binti Salman, Pemilik Mahar Termahal
  • Rumahtangga dan Keturunannya
  • Dia Isteri
  • Seorang Ibu
  • Wanita yang Beriman


Bab 5: Nusaibah Binti Kaab, Perisai Rasulullah s.a.w.
  • Keluarga Nusaibah
  • Menganut Islam
  • Berpencak di Medan Jihad
  • Bertarung di Yamamah


Epilog

Biodata Penulis

Biodata Penterjemah

No comments

Post a Comment

Info Section