Kalau hidup susah, hati resah, dan jiwa gelisah, SAH, anda perlukan buku ini. Hidup tenang walaupun berhutang? Jangan menipu diri sendiri. Kalau ada masalah wang, muka pasti tidak berseri. Jangan tunggu muflis, deritanya tidak terperi. Isteri pun lari, hidup sepi seorang diri.
Wang bukan segala-galanya, namun segala-galanya perlukan wang. Buku ini bukan buku ajaib yang dapat mengeluarkan wang kepada pembacanya. Namun, setiap helaian buku ini sangat berharga dan membantu kita menguruskan hal ehwal kewangan. Buku ini menyediakan:
- Panduan mengurus dan menyelesaikan hutang
- Panduan melabur semasa ekonomi gawat atau stabil
- Cara menambah wang daripada sumber luar
- Teknik hidup selesa dengan cara yang jimat
Memegang buku ini adalah langkah pertama mengurus kewangan yang berkesan. Tahniah. Anda adalah bakal jutawan yang akan memiliki dan menguruskan wang berjuta-juta ringgit.
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-369-167-8
Tarikh Terbit: 1 Feb 2012
Jumlah Muka Surat : 96
Berat (kg): 0.10
Penulis: Sunthara Segar
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
===========================
===========================
RM 8.00 |
Add to Cart |
Review
Apabila kegawatan ekonomi melanda, banyak orang jadi gundah-gulana. Hidup sehari-harian jadi tertekan dan tidur malam tidak lena lagi. Masing-masing takut memikirkan tentang nasib diri. Semasa ekonomi gawat, macam-macam boleh berlaku. Ada yang takut dibuang kerja, ada yang bimbang perbelanjaan bulanan tidak cukup, dan ada yang gelisah memikirkan timbunan hutang yang wajib dibayar.
Ini adalah situasi biasa semasa ekonomi gawat. Yang paling menyedihkan, ada juga sesetengah orang yang situasi kewangan peribadinya sentiasa gawat. Walaupun ekonomi negara stabil, poketnya kering dan sering kekurangan wang. Keadaan ini tambah parah apabila negara mengalami kegawatan ekonomi.
Bagi mengatasi situasi ini, PTS Media Group mengambil inisiatif menerbitkan buku Urus Wang Semasa Gawat. Buku ini adalah panduan untuk menguruskan kewangan peribadi, panduan menyelesaikan hutang, dan menyediakan teknik hidup selesa dengan cara yang jimat. Panduan melabur semasa ekonomi gawat ataupun stabil turut dimuatkan.
Kalau hidup susah, hati resah, dan jiwa gelisah, SAH, anda perlukan buku ini. Hidup tenang walaupun berhutang? Jangan menipu diri sendiri. Kalau ada masalah wang, muka pasti tidak berseri. Jangan tunggu muflis, deritanya tidak terperi. Isteri pun lari, hidup sepi seorang diri.
Wang bukan segala-galanya, namun segala-galanya perlukan wang. Buku ini bukan buku ajaib yang dapat mengeluarkan wang kepada pembacanya. Namun, setiap helaian buku ini sangat berharga dan membantu kita menguruskan hal ehwal kewangan.
Membaca buku ini adalah langkah pertama mengurus kewangan yang berkesan. Tahniah. Para pembaca artikel ini adalah bakal jutawan yang akan memiliki dan menguruskan wang berjuta-juta ringgit.
Dapatkan buku Urus Wang Semasa Gawat sekarang juga. Harganya hanya RM8 sahaja. Dapatkan diskaun dan maklumat lanjut di www.pts.com.my
1. PERSEDIAAN ASAS - WAJIB BUAT 1.1 Persediaan Mental 1.2 Tujuh Kesilapan Kewangan 1.3 Petanda Masalah Kewangan 1.4 Wajib Tahu Aliran Tunai Kita 1.5 Nilai Aset Bersih 1.6 Laporan Sulit Kesihatan Kewangan 1.7 Cadangan Perisian Kewangan 2. HIDUP SELESA DENGAN BERJIMAT 2.1 Guna Kemudahan Teknologi 2.2 Pantau Gaya Hidup 2.3 Taktik Berkongsi 2.4 Memburu Potongan atau Diskaun 2.5 Selidik Kos Tersembunyi 2.6 Denda Diri Sendiri 3. PENGURUSAN HUTANG 3.1 Jenis-Jenis Pinjaman 3.2 Khidmat Agensi Kerajaan 3.3 Kaedah Konsolidasi Banyak kepada Satu 3.4 Kaedah Pemindahan Baki 3.5 Kaedah Pinjaman Peribadi 3.6 Kaedah Sandaran Overdraf 3.7 Kaedah Pelan Ansuran 4. TAMBAH WANG DARI SUMBER LUAR 4.1 Tip Mendapat Pinjaman 4.2 Menuntut Hutang dari Orang yang Berhutang 4.3 Kenapa Mesti Sediakan Pendapatan Sampingan 4.4 Penghalang Jana Pendapatan Tambahan 4.5 Kesilapan Semasa Menjalankan Perniagaan 4.6 Contoh Sumber Aliran Pendapatan Tambahan 4.7 Hati-hati Dengan Iklan Buat Duit Cepat 5. MELABUR SEMASA GAWAT 5.1 Apakah Personaliti Pelaburan Kita 5.2 Istilah-Istilah Pelaburan yang Wajib Diketahui 5.3 Dongeng Pelaburan 5.4 Instrumen Pelaburan 1 - Saham 5.5 Instrumen Pelaburan 2 - Unit Amanah 5.6 Instrumen Pelaburan 3 - Emas 5.7 Instrumen Pelaburan 4 - Perak 5.8 Instrumen Pelaburan 5 - Hartanah Untuk Pembaca yang Masih Kabur Bacaan Tambahan |
No comments
Post a Comment