Buku ini adalah penambahan dan pengkhususan perihal tafsir Al-Quran berdasarkan buku Quran saintifik. Dr. Danial melihat ayat-ayat Al-Quran melalui kaca mata sains dalam mengetegahkan keajaibannya.
===============================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-121-2
Tarikh Terbit: 26 Apr 2013
Jumlah Muka Surat : 192
Berat(kg): 0.25
Berat(kg): 0.25
Kategori: Islam, Islam Umum
Penulis: Dr. Danial Zainal Abidin
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
===============================
===============================
RM 20.00 |
Add to Cart |
Review
Jutaan manusia membacanya, ribuan manusia menghafalnya dan seluruh dunia mendapat manfaat daripada Al-Quran. Inilah kitab suci yang mengubah dunia dan melakar sejarah ketamadunan manusia. Al-Quran adalah kalam Tuhan yang terpelihara kesuciannya di sepanjang zaman. Tiada keraguan padanya dan tiada manusia mahupun jin yang mampu menandingi Al-Quran walaupun mereka bergabung tenaga melakukannya.
Kehebatan Al-Quran, kebenaran ilmu dan kesahihan fakta di dalamnya dijelaskan dalam buku “The Power of Al-Quran”. Tiada orang yang akan menolak dan mempertikaikan Al-Quran, melainkan orang yang bodoh. Buku ini membentangkan kaedah pentafsiran Al-Quran menggunakan ilmu moden terutamanya ilmu sains. Penemuan-penemuan sains yang terkini membantu kita memahami Al-Quran dan sunah Rasulullah dengan lebih mendalam.
Matlamat buku ini adalah untuk membentuk masyarakat yang bukan sekadar menghafal, tetapi memahami Al-Quran. Al-Quran akan memberi manfaat apabila isi kandungannya difahami, diamalkan dalam kehidupan, dan disebarkan ke seluruh alam. Perkara ini sesuai dengan kata-kata Rasulullah yang bermaksud, “Manusia yang paling baik adalah orang yang mempelajari Al-Quran, iaitu orang yang membaca dan memahami makna Al-Quran, dan menyampaikan ajaran Al-Quran.”
Sesuai dengan perubahan zaman, buku ini memuatkan kaedah mentafsir Al-Quran secara saintifik. Perlu diingatkan, Al-Quran tidak memerlukan sokongan fakta sains untuk membuktikan kebenarannya, tetapi fakta sainslah yang dibuktikan betul berpandukan Al-Quran. Dapatkan buku ini untuk merasai keajaiban mukjizat agung sepanjang zaman. Mukjizat setiap nabi berakhir dengan kewafatan nabi itu. Namun, mukjizat Al-Quran wujud di sepanjang zaman dan keajaibannya tidak akan habis.
Isi Kandungan Prakata Al-Quran menggegar Barat Al-Quran Mengubah Dunia, Mencipta sejarah Umat Al-Quran, Umat Luar Biasa -Umat Al-Quran Mengubah Barat Kitab-Kitab Allah seperti Peta -Maksud Al-Quran, Tujuh Huruf serta Qiraat -Dari Lohmahfuz Ke Baitul Izzah Kepada Nabi -Ayat Pertama dan Ayat Terakhir Keaslian Al-Quran Terpelihara Proses Penulisan dan Pembukuan Al-Quran -Perbezaan Antara Hadith Qudsi dan Al-Quran -Ciri-ciri Khusus Al-Quran -Fungsi Khusus Al-Quran -Sikap Terhadap Al-Quran -Ilmu Ulum Al-Quran Tafsir dan Takwil -Ciri-ciri pentafsir al-Quran -Tokoh-tokoh pentafsir al-quran -Metodologi Tafsir Al-Quran -Sains dan Al-Quran Hadith Israiliyat dalam Kitab kitab Tafsir -Al-Quran kitab Mukjizat -Mukjizat-kebenaran kisah-kisah silam -Mukjizat-Ramalan Menjadi Kenyataan -Mukjizat-Kenyataan Saintifik Menjadi Kenyataan Penutup Biodata Penulis Bibliografi |
No comments
Post a Comment