Mengalami tekanan dalam mengendalikan rumah tangga, pada masa yang sama turut berkerjaya? Malah, ada wanita yang lebih dahsyat. Mereka bekerja, menguruskan rumah tangga dan kemudian turut menyambung pelajaran.
Tidak kurang hebat juga para suri rumah yang 'tidak cukup tangan' dalam menguruskan anak-anak dan keluarga. Umpama tidak cukup 24 jam yang ditetapkan di dunia ini.
Kini, Super Woman hadir demi membantu kita, menjadi para wanita menjadi luar biasa! Dengan tip dan maklumat yang padat, turut dikupas berkenaan peranan wanita sebagai anak, isteri, ibu, pekerja, pelajar dan paling penting, sebagai hamba Allah yang mendambakan cinta-Nya.
Kita akan ketawa, tersenyum, dan menangis membacanya. Kita terinspirasi dan hidup menjadi lebih bermakna.
Format: Paperback
Saiz: 5.5" x 8.5"
ISBN-13: 978-967-411-058-1
Tarikh Terbit: 22 Jul 2013
Jumlah Muka Surat : 374
Berat(kg): 0.43
Kategori: Wanita
Penulis: Mardiana Mat Ishak
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
===================================
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
===================================
RM 35.00 |
Add to Cart |
Review
Kerjaya apakah yang paling mencabar di dunia ini? Pasti ada yang akan menjawab tentera di medan perang, pemburu dan penjinak binatang liar, nelayan laut dalam, dan berbagai-bagai lagi jawapan yang seangkatan dengannya. Namun, jarang sekali yang akan menyebut suri rumah sebagai kerjaya yang paling mencabar. Mahu rasakan cabaran dan kesusahannya? Cubalah sendiri. Pasti ramai lelaki yang akan mengalah dan barulah mereka mahu mengakui kehebatan wanita.
Tambah mencabar lagi, ramai wanita sekarang yang perlu bekerja di pejabat, menyambung belajar di universiti, mengurus rumah tangga, memenuhi tanggungjawab sosial bersama masyarakat, dan pada masa yang sama perlu memenuhi keperluan peribadi. Mereka memikul lebih banyak tanggungjawab berbanding masa yang ada. Menjadi wanita itu sendiri adalah satu cabaran yang besar bagi mereka.
Namun, ajaibnya para wanita ini. Allah mengurniakan kelebihan, ketenangan, kesabaran, dan kelembutan kepada mereka untuk melunaskan pelbagai tanggungjawab ini dengan cara yang terbaik. Tangan mereka yang mengayun buaian mampu menggoncang dunia dan kelembutan mereka menyebarkan kasih sayang ke seluruh dunia. Mereka selayaknya digelar sebagai “Super Woman”.
Buku “Super Woman” ini terbit tepat pada masanya. Dalam dunia moden yang penuh dengan kekalutan dan kesibukan, terlalu ramai wanita yang mencari-cari manual lengkap untuk mencapai keseimbangan dalam kehidupan. Dengan berlandaskan bimbingan wahyu dan hadis, buku ini memberi panduan untuk menjadi super woman yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Dengan pengalaman peribadi penulis dan himpunan kisah inspirasi tokoh wanita yang hebat, buku ini menjadi berkesan dan praktikal untuk diamalkan. Kita akan ketawa, tersenyum, dan menangis membacanya. Kita terinspirasi dan hidup menjadi lebih bermakna.
Kerjaya dan rumah tangga, manakah yang lebih penting? Perlukah kita mengorbankan salah satu daripada untuk menjadi super woman? Memilih antara kerjaya dan rumah tangga, bagaikan kita memilih untuk mengerat tangan kiri atau tangan kanan kita sendiri. Dengan panduan dalam buku ini, kita akan dibimbing untuk mencapai keseimbangan tanpa perlu mengorbankan perkara penting dalam hidup kita. Kuncinya adalah prioriti dan teknik yang berkesan untuk mengurusnya.
Buku ini adalah sebuah perjalanan bagi menuju keseimbangan dan kecemerlangan bersama. Ia adalah perjalanan yang berterusan sekalipun kita sudah selesai menghadam buku ini. Buku ini bukanlah langkah demi langkah yang gerenti jadi seperti buku masakan, tetapi proses pembelajaran yang berterusan. Perjalanan ini sangat panjang dan penghujungnya adalah masuk syurga bersama-sama suami dan anak-anak yang dicintai. Semoga Allah meredhai kita sekeluarga.
Isi Kandungan Kata Pengantar Jom Berkongsi Pengalaman Bersama Pendahuluan Bahagian 1: Wanita Sukses dan Tanggungjawab Serentak Corat-Coret Wanita Berkerjaya Sejarah Asal Kejadian Wanita Imbas Kembali Sejarah Dahulu Kedudukan Wanita daripada Perspektif Agama lain Siapa Wanita Super? Peranan Wanita Super Alang-Alang Menyeluk Pekasam Jom Sukses dengan Tulang Ikan Teknik Tulang Ikan Kenali Diri dengan Bunga Empat Kelopak Bagaimana Mengenali Diri? Rehat Sebentar dengan Segelas Air Saya Perlu… Mempunyai Azam, Matlamat, dan Istiqamah Wanita Super adalah M.U.S.L.I.M.A.H SUPER Bahagian 2: Setiap Wanita adalah Wanita Super dan Kita adalah Wanita Super Wanita Super dan Pengurusan Diri Kualiti Kecantikan Seorang Wanita Super Kuasa Doa Wanita Apa yang Masuk, Itulah yang Keluar Wanita dan Tanggungjawab Serentak Kuasa Produktiviti daripada Kelemahan Diri Impian CINTA dan CITA-CITA Wanita Super Berjaya di Dunia dan Akhirat Kerjaya sebagai Seorang Pelajar? Mentor dan Protégé @ Mentee 10 Strategi Meningkatkan Motivasi dan Keyakinan Diri Sihatkan Diri Terlebih Dahulu Sebelum Menjaga Orang Lain Inilah Impian dan Cita-Citaku Wanita Super dan Pengurusan Rumah Tangga Wanita Bujang yang Gembira dan Wanita Berkahwin yang Bahagia Kunci Kebahagiaan Doakan Impian Bahagia hingga ke Syurga Wanita Bujang yang Gembira Wanita Super adalah Isteri Super (Super Wife) Tip Mengurus Rumah Tangga Tiga dalam Satu Berkongsi Resipi Bersama KPI Wanita Super 5 Rahsia Kebahagiaan dan Kecemerlangan Ibu Mithali Wanita Idaman Lelaki & Petua Dato’ Sarimah Ahmad Sedapnya Air Tangan Isteri dan Ibu Wanita Super Sebagai Pengurus Kewangan Wanita Super adalah Ibu Super (Super Mom) Rumah Kita, Syurga Kita Perlu ataupun Tidak Pembantu Rumah? Wanita dan 5 Pejabat Utamanya Inilah Cita-Cita, Harapan dan Impian untuk Ahli Keluargaku Wanita Super dan Pengurusan Kerjaya Mengapa Saya Bekerja? Adakah Saya Perlu Bekerja Ataupun Tidak? Kerjaya sebagai Pengurus Rumah Tangga Kerjaya sebagai Ikon Masyarakat Kerjaya sebagai Pekerja dan Kerjaya sebagai Bos Bos Hebat dan Bos Cemerlang Kerjaya sebagai Pelajar Apabila Bekerja… Wanita Berkarier: Sibukkah Saya? Tekanan di Rumah dan Tempat Kerja? Usah Risau, Ada Penyelesaiannya Menjadi Wanita Super di Tempat Kerja Peranan Tempat Kerja dan Produktiviti Pekerja Inilah Cita-Cita, Harapan dan Impian dalam Kerjayaku Bahagian 3: 7 Langkah bagi Menyeimbangkan antara Rumah Tangga dan Kerjaya Apakah Maksud ‘Seimbang antara Rumah Tangga dan Kerjaya?’ Apa itu Seimbang? 7 Langkah bagi Menyeimbangkan antara Rumah Tangga dan Kerjaya Sebab dan Punca Keruntuhan Rumah Tangga Adalah Kerjaya Bahagian 4: Muhasabah dan Checklist Checklist Wanita Super Checklist Wanita Super Produktif Noktah untuk Wanita Super Bibliografi Biodata Penulis |
No comments
Post a Comment