Sukses dalam Karier untuk Muslimah... menangkis persepsi negatif segelintir masyarakat selama ini kepada tangan yang mengayun buaian. Persoalan demi persoalan dirungkai hingga terhasilnya untaian jawapan yang memberi kepuasan kepada pembaca. Kandungan yang padat dengan amalan, kemahiran, kehebatan, kebijaksanaan, ciptaan, keberanian, dan kerajinan luar biasa insan bergelar Muslimah bekerjaya.
Format: Paperback
ISBN-13: 978-983-3604-57-9
ISBN-10: 983-3604-57-9
Tarikh Terbit: 31 Dec 2008
Jumlah Muka Surat : 192
Berat (kg): 0.22
Penulis: Aishah Yusoffea
Penerbit: PTS Millennia
========================
========================
RM 17.50 |
Add to Cart |
Review
Pada zaman dahulu ibu bapa sering membuat tanggapan, kaum wanita tempatnya hanya di ceruk dapur. Walau belajar setinggi mana sekalipun, wanita tetap bergelumang dengan asap dan periuk belanga di dapur. Lantaran itu, ramai wanita zaman dahulu tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kini tanggapan tradisional ini ternyata tidak praktikal lagi.
Mencari rezeki yang halal dituntut oleh agama. Majoriti wanita moden kini memilih hidup bekerjaya bagi mencari rezeki. Ada yang berniat mengurangkan beban suami dan menambah pendapatan keluarga. Ada yang bekerja sekadar mengisi masa lapang, meningkatkan keyakinan diri dan ada juga yang bekerja demi mencari nafkah buat anak-anak. Adakah wanita termasuk dalam salah satu daripada golongan ini?
Wanita bekerjaya berasa lebih bebas berbelanja tanpa perlu meminta-minta daripada orang lain kerana mempunyai pendapatan sendiri. Apabila terjadi perkara yang tidak diingini, wanita mempunyai wang simpanan sendiri. Di samping itu, pengalaman bekerja mengajar wanita menjadi lebih berdikari menghadapi hidup.
Bagi wanita yang sudah berkeluarga, seimbangkan kerjaya dan keluarga. Jangan terlepas pandang sehingga salah satunya terabai. Pastikan kebahagiaan keluarga dan pencapaian kerjaya sama-sama berada di puncak kejayaan.
Tip-tip seterusnya yang dibincangkan di dalam buku ini membantu wanita membina personaliti diri yang berkualiti bagi menghadapi dunia kerjaya yang serba mencabar ini. Pupuk sifat-sifat mulia dalam diri supaya menjadi pesona wanita yang cemerlang dalam kerjaya. Buktikan kaum Hawa yang sering dianggap lemah dapat sama-sama memikul tanggungjawab membangunkan organisasi.
Prakata Wanita Amalkan… Tip 1: Wanita Amalkan Hidup Bekerjaya Tip 2: Wanita Amalkan Budaya Salam Tip 3: Wanita Amalkan Sifat Sabar Tip 4: Wanita Amalkan Imej Positif Tip 5: Wanita Amalkan Akhlak Mulia Tip 6: Wanita Amalkan Etika Kerja yang Baik Tip 7: Wanita Amalkan Sifat Amanah dan Tanggungjawab Tip 8: Wanita Amalkan Budaya Kerja Berkumpulan Wanita Mahir… Tip 9: Wanita Mahir Menyesuaikan Diri dengan Kerjaya Tip 10: Wanita Mahir Memulakan Tugas Tip 11: Wanita Mahir Merancang Tugas Tip 12: Wanita Mahir Menguruskan Tugas Tip 13: Wanita Mahir Mengurus dan Menghadiri Mesyuarat Tip 14: Wanita Mahir Melayan Pelanggan Tip 15: Wanita Mahir Melayan Kerenah Rakan Setugas Tip 16: Wanita Mahir Mengurus Meja di Tempat Kerja Wanita Hebat… Tip 17: Wanita Hebat Berkomunikasi Tip 18: Wanita Hebat Berurusan dengan Bos Tip 19: Wanita Hebat Mengawal Emosi Tip 20: Wanita Hebat Menguruskan Masa Tip 21: Wanita Hebat Bergaul Tip 22: Wanita Hebat Mengurus Kakitangan Tip 23: Wanita Hebat Menyelesaikan Masalah Tip 24: Wanita Hebat Membuat Keputusan Wanita Bijak… Tip 25: Wanita Bijak Berdikari Tip 26: Wanita Bijak Menjaga Penampilan Tip 27: Wanita Bijak Menghargai Pertolongan Rakan Setugas Tip 28: Wanita Bijak Mencari Idola Tip 29: Wanita Bijak Menangani Stres Tip 30: Wanita Bijak Menangani Rasa Mengantuk Tip 31: Wanita Bijak Meluahkan Pendapat dan Pandangan Tip 32: Wanita Bijak Memanfaatkan Teknologi Wanita Perlu… Tip 33: Wanita Perlu Agresif dan Proaktif Tip 34: Wanita Perlu Bina Sinergi Tip 35: Wanita Perlu Menghargai Diri Sendiri Tip 36: Wanita Perlu Cemburu Positif Tip 37: Wanita Perlu Yakini Kebolehan Diri Tip 38: Wanita Perlu Meningkatkan Prestasi Kerja Tip 39: Wanita Perlu Timbulkan Minat Tip 40: Wanita Perlu Ada Sifat Kepimpinan Wanita Rajin… Tip 41: Wanita Rajin Berfikir Secara Positif Tip 42: Wanita Rajin Mencari Ilmu Tip 43: Wanita Rajin Pamerkan Senyuman Tip 44: Wanita Rajin Bertanya Tip 45: Wanita Rajin Terokai Pelbagai Bidang Tip 46: Wanita Rajin Bersyukur dan Beribadah Tip 47: Wanita Rajin Berbincang Tip 48: Wanita Rajin Menjaga Kebersihan Wanita Berani… Tip 49: Wanita Berani Menerima Kritikan Tip 50: Wanita Berani Berubah Tip 51: Wanita Berani Menerima Tugasan Tip 52: Wanita Berani Tonjolkan Bakat Tip 53: Wanita Berani Berjuang Tip 54: Wanita Berani Cabar Diri Sendiri Tip 55: Wanita Berani Ambil Risiko Tip 56: Wanita Berani Bersaing Wanita Cipta… Tip 57: Wanita Cipta Angan-angan Tip 58: Wanita Cipta Idea Tip 59: Wanita Cipta Wawasan Tip 60: Wanita Cipta Semangat Motivasi Tip 61: Wanita Cipta Sasaran Tip 62: Wanita Cipta Pelan Tindakan Tip 63: Wanita Cipta Pembakar Semangat Tip 64: Wanita Cipta Disiplin Wanita Tidak… Tip 65: Wanita Tidak Betah Duduk Diam Tip 66: Wanita Tidak Berputus Asa dan Tidak Lekas Bosan Tip 67: Wanita Tidak Kedekut Ilmu Tip 68: Wanita Tidak Sombong dan Bangga Diri Tip 69: Wanita Tidak Menjatuhkan Orang Lain Tip 70: Wanita Tidak Bercakap Bohong Tip 71: Wanita Tidak Ego Tip 72: Wanita Tidak Bergosip dan Mengumpat Wanita Bersedia… Tip 73: Wanita Bersedia Menjadi Pekerja ‘Multi Roles‘ Tip 74: Wanita Bersedia Memberi Maaf Tip 75: Wanita Bersedia Menjadi Pendorong Tip 76: Wanita Bersedia Membimbing Rakan Setugas Tip 77: Wanita Bersedia Menjadi Teladan Tip 78: Wanita Bersedia Menjadi Lebih Kreatif Tip 79: Wanita Bersedia Naik Pangkat Tip 80: Wanita Bersedia Menjadi Pekerja Cemerlang Bibliografi |
No comments
Post a Comment