Pada tahun 2112 Masihi, manusia akan melupakan Tuhan. Agama dipakai
seperti persalinan sutera – setiap orang memakainya mengikut agenda
peribadi, terlihat suci dan mewah sekali.
Asyik sekali manusia berbalahan, sehinggalah pada tahun 2060 Masihi,
Gempa Mega dan Tsunami Raya menjadi anarki teragung, memusnahkan peta
dunia yang kita kenal hari ini. Sebahagian dari Amerika Syarikat
tenggelam. Malaysia sudah terhapus ditampar Gempa Mega dan Tsunami Raya
yang berjujukan; hanya tinggal sebuah dataran besar, diberi nama
neo-Kuala Lumpur yang ditadbir oleh Tuan Presiden maha haloba.
Razieff adalah neo-Human yang didatangi mimpi tentang Tuhan. Anak
tunggal saintis neo-Human Mama Juwita, dia berkelana menemui Buhaira’,
seorang ulama tunggal neo-Human yang masih hidup untuk mempelajari suatu
rahsia agung.
Sejarah adalah roda dan penghukum tegar kepada yang melupakan. Nafsu
manusia yang terdidih bergumpal menjadi amukan perang di akhir zaman,
sebelum menunggu Isa al-Masih. Ada rahsia di antara Buhaira’ dan Tinta
Pujangga, juga tentang Bahtera Nabi Nuh yang akan menyelamatkan mereka.
Mungkinkah Suatu Hari Nanti, Manusia Akan Melupakan Tuhan?
===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7”
ISBN-13: 9789671284452
Jumlah Muka Surat: 408
Berat (Kg): 0.27
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7”
ISBN-13: 9789671284452
Jumlah Muka Surat: 408
Berat (Kg): 0.27
Penulis: Fahmi Mustaffa
Penerbit: Simptomatik Press
Penerbit: Simptomatik Press
===========================
RM 25.00 |
Add to Cart |
No comments
Post a Comment