Speak To Win - Edisi Bahasa Melayu

Selama bertahun-tahun, pakar terkemuka dunia, Brian Tracy, menyampaikan lebih daripada 4,000 pembentangan dan bercakap secara personal kepada lebih 5 juta orang di 46 negara. Keupayaannya menyampaikan ucapan yang memenangi hati audiens dan komunikasi lisan yang efektif dalam membentangkan idea membantu mengubah hidup dan kerjayanya. Kini, dalam Speakto Win, Brian Tracy menunjukkan cara menguasai seni berucap terhebat. Gunakannya bagi mencapai matlamat yang hampir mustahil mahu dicapai!

Ini bukan rahsia lagi! Orang berjaya tahu apabila bijak bercakap ini membantu kita meraih penghormatan, menjadi aset berharga syarikat, mendapat bisnes baru, dan membantu mendapat perhatian orang berpengaruh yang boleh membuka pintu penting kepada kehidupan dan kerjaya. Selain daripada itu, keupayaan berucap dengan yakin kepada sebarang saiz ataupun jenis audiens adalah kunci utama bagi mendaki tangga profesional.

Di dalam Speak to Win, beliau mendedahkan teknik yang boleh digunakan bagi membentang dengan penuh mantap dan bercakap penuh persuasif. Pembentangan itu sesuai dalam perjumpaan formal ataupun di hadapan kumpulan besar manusia. Anda akan belajar bagaimana:
  • Tampil yakin, positif, dan tenang walau siapa pun audiens.
  • Raih perhatian audiens dari awal.
  • Menggunakan bahasa badan, prop, dan teknik vokal supaya audiens tertarik.
  • Beralih topik dengan lancar.
  • Menggunakan jenaka, cerita, petikan, dan soalan penuh skil.
  • Mengurus audiens yang skeptikal.
  • Menggulung dengan mantap dan jitu.
Buku ini menjangkaui asas bercakap dan berucap yang membawa anda kepada rahsia terhebat supaya kelihatan hebat semasa membentang serta membenarkan anda bukan sahaja berkomunikasi dengan efektif, malah menguasai skil menukar minda audiens mengenai subjek yang kritikal demi kejayaan anda.

===============================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-369-109-8
Tarikh Terbit: 20 Jun 2011
Jumlah Muka Surat : 192
Berat (KG): 0.26
Penulis: Brian Tracy
Penerbit: PTS Professional
===============================


RM 20.00

Add to Cart


Isi Kandungan

Pengenalan: Bercakap Supaya Menang

Bab 1 Seni Berucap dan Retorik

Bab 2 Rancang dan Bersedia

Bab 3 Yakin Diri dan Kuasai Mental: Menghakis Ketakutan Pengucapan Awam

Bab 4 Bermula dengan Yakin

Bab 5 Kuasai Mesyuarat dengan Kumpulan Kecil

Bab 6 Kuasai Pembentangan dan Perundingan Kumpulan Kecil

Bab 7 Penguasaan Platform: Memukau Khalayak Ramai

Bab 8 Penguasaan Vokal - Teknik Suara Terhebat

Bab 9 Helah Perdagangan, Teknik Pakar Penceramah

Bab 10 Mengawal Ruang

Bab 11 Tamat dengan 'Meletup' - Biarkan Khalayak Terkedu

Bab 12 Membuat Pembentangan Jualan yang Persuasif

No comments

Post a Comment

Info Section